Pagi yang indah diiringi dengan kicapan burung-burung yang bertebangan mencari rezeki. Humaira baru sahaja menunaikan Solat Sunat Dhuha. Pesanan Ustaznya di Madrasah An-nur sentiasa terpahat diingatannya. Ustaz kata kita ini kena selalu bersyukur. Antara cara bersyukur, kita melakukan ibadah kepadaNya. Solat Dhuha jangan sebab nak rezeki sahaja jangan lupa Solat itu kerana Allah.
"Humaira, siap-siap . Ummi hendak pergi ke kedai. Banyak barang dah nak habis ni. " kata Aisyah, ibu kepada Humaira.
"Baiklah ummi, sebentar ya lagi 10 minit Humaira turun. " kata Humaira kepada ibunya.
Humaira lantas membuka telekungnya lalu disangkutkan di penggangtung baju. Dia memakai tudung instant shawl bidang 60. bewarna putih bersama t-shirt muslimah bewarna hijau dan berkain putih.Humaira turun ke bawah dan memakai stokin dan kasut. Aurat mesti dijaga. Dia selalu ingat pesanan bapanya supaya menutup aurat seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Humaira pun menyarung kasutnya lalu bersama-sama keluar bersama ibunya. Sebelum keluar mereka membaca ayat kursi. Supaya Allah melindungi mereka.
Bila di kedai, Humaira pergi ke bahagian alat tulis. Dia hendak mencari kertas warna untuk projek kerja seni. Bila dia mengambil kertas. Tiba-tiba ada yang sedang mengambil kertas itu juga. Bila Humaira menoleh ke tepi dia terlihat lelaki itu. Amir?
YOU ARE READING
Humaira
RandomHumaira. Gadis yang kecantikannya tidak terkata. Mempunyai iras orang Arab. Gadis kacukan Arab-Melayu itu pastinya menjadi tarikan kaum Adam. Suatu hari , Humaira terjumpa dengan Amir. Siapakah Amir?