I

221 21 12
                                    

"this is the start when my life is being controlled by mean author."

-kim nahee-

**********

EPISOD 1


" Nahee,dengar cakap Appa!" tengking Mr Kim.

" Tak! bukan kali ni! omma appa tengok sini okay. " Nahee berdiri dihadapan depan omma appa nya dan menunjukkan dirinya.

" Manusia depan korang ni, nama dia Kim Nahee iaitu NAHEE sendiri! Ini bukan Kim Taejoon ataupun Yoon Hye Joo! Ini KIM NA HEE. ini diri Nahee dan Nahee layak untuk memilih keputusan untuk menentukan hidup Nahee! bukan omma dengan appa... " Nahee mempertahankan dirinya. Dia cukup marah apabila omma dan appanya asyik mengawal hidupnya sahaja.

" ANAK KURANG AJAR!"

PPANG!!!

Pipi Nahee ditampar oleh Mr Kim. Nahee mengetap giginya sambil memegang pipinya.
Tergamak Appanya sendiri menampar dirinya!

" Yeobo!" Mrs Kim menahan suaminya daripada berterusan memarahi anak perempuannya. dia tidak mahu keluarga ini berpecah belah.

Scene ini diperhatikan dingin oleh seorang lelaki yang berambut blonde dan bermata biru dengan hasil memakai kanta lekap. lelaki itu mendekati Nahee dan membisik,

" padan muka kau." dan lelaki itu naik ke bilik. Baginya, Nahee hanya budak mentah yang menyusahkan dirinya sejak kecil lagi. pembetulan, sejak wujudnya Nahee dimuka bumi ini, dia membenci Nahee.

Kim Nahee's

aku berpuas hati kerana meluahkan yang aku tidak mahu dikongkong oleh mereka. aku bukannya anjing ataupun haiwan peliharaan ataupun hamba buat mereka. aku anak mereka dan aku seharusnya layak memilih cara hidup aku sendiri.
aku bukannya lagi anak kecil yang memerlukan bantuan serta perlindungan. Aku sudah besar.

ianya cukup menyakitkan hati apabila lelaki itu membisik benda itu pada aku.
selama ini aku sayangkan dia , tapi dia balas dengan segala tohmahan dan cacian buatku.

apa teruk sangat ke aku ? teruk sangatkah aku sebagai darah dagingnya ?

ya , dia darah dagingku. dia abangku. dia, Kim Taehyung. Abang yang selama ini membenci aku.

tidak pernah sekali dia melayanku dengan baik. hanya layanan teruk dihadiahkan. dihadapan omma appa , dia adalah angel yang cukup baik tetapi sebaliknya, dialah demon yang jahat.

tiada seorang pun dalam rumah ini yang aku rapat. kecuali tukang gaji rumahku iaitu Eunju eonni. dia tua 10 tahun dariku.

dia selalu mendengar luahan hati aku dan membantu dan menemaniku. nak harapkan omma dan appa , takpayahlah. yang mereka tahu hanyalah duit duit dan duit.

Taehyung pula , takpayah dicerita. dia memang selalu keluar rumah. selalu juga aku jumpa dia diluar tetapi dia buat tidak kenal.
aku pun hanya mengikut caranya.

hidup aku sejak aku dilahirkan, asyik dikawal sahaja. aku penat. aku penat mengikut segala telunjuk omma appa aku termasuk Taehyung. apabila omma dan appa tiada, akulah kuli Taehyung. aku mahu bencikan Taehyung tetapi hati ini tidak sampai.

Present From Paradise [BTS Jimin] ✔Where stories live. Discover now