[P]

951 49 3
                                    

Di depan aku penuh dengan makanan. Wahh~ meleleh air liur. Belum sempat air liur tu menitik ke bawah, seorang perempuan siap dengan berpakaian seperti orang istana menyapa aku sambil menunduk.

" Silakan bersantap, tuan puteri "

Tuan puteri? bila masa-- aku pun pandanglah bayanganku pada pinggan di hadapan aku. Dapatku lihat pantulan wajahku di situ. Aku lihat mukaku yang floless dan rambutku yang disanggul serta dilengkapi dengan sebuah crown dihiasi bunga berwarna pink pastel. Lawaa si-- belum sempat aku menyambung ( mencarut senanya ) , tetiba sahaja aku disimbah air. Eh pahal lak ni!

Bae Chaemin yahhh! Bangun! Eh budak bertuah ni!

Aku bangun dan terkejut melihat ommaku dengan baldi biru di tangan dengan muka tahan marahnya and tak lupa juga dengusan seperti keluar udara di hidungnya. Serupa raksasa weh.

" haish anak dara sorang ni tak reti- reti nak bangun. Dah pukul 7.10 ni. Nanti lambat ke sekolah kang bla bla bla "

Bebel ommaku sambil mengayun baldi tu ke atas bawah. Omma ni, kacau je orang mimpi pasal makanan. Tak sempat rasa lak tu sob sob T.T . Lalu aku lihat jam pada phoneku dan tertera pukul 7.12 a.m.

" Laa baru pukul 7.12 pagi baik tidur balik- ommaaa chae dah lambat "

jeritku sambil mengambil tualaku dan terus meluru ke bilik air.

" Haa tu la. Omma dah kejut tapi terbongkang lagi ye. Dah siap nanti sarapan kat bawah "

kata ommaku lalu keluar dari bilikku dan terus ke dapur.

Setelah siap berpakaian sekolah, aku terus turun tangga dengan laju sekali. Rambutku yang serabai ni aku abaikan saja. Kat tandas sekolah boleh betulkan.

" Ehh Chae, nah bekal kamu. Omma tau kamu tak sempat makan sekarang "

Omma hulurkan beg yang diisi bekalku ketika aku sedang gelabah memakai kasut. Nasib kasut yang sarung je takyah bertali- tali. Rimas. Aku ambilnya dari tangan omma dan menyalam omma. Hehe anak mithali ni. Riak jap.

Aku berlari dengan pantas kalah power rangers. Dari jauh aku lihat seorang pengawas perempuan tengah berdiri depan pagar. Laaa~ aku dah terlambat ke?! Aku pecut terus melepasi sempadan pagar sekolah tu. Fuhh~ Aku tunduk dengan termengah-mengah. Penat wehh.

" Nasib baik kau awal 5 minit dari pukul 7.30. Kalau tak aku dah tutup pagar ni. Biar kau kena kelas tahanan sebab lambat. "

Wait.. Bukan ke tadi aku nampak pengawas perempuan. Ni pahal suara garau lak ni.

Obses ɞ PJM Where stories live. Discover now