[R]

571 46 2
                                    

Kriiiiiingggg

Yeayyy. Akhirnya, masa rehat. Setelah memberi hormat pada cikgu, masing - masing keluar makan ke kantin. Peghh siap tolak - tolak lagi kat pintu depan kelas untuk keluar dulu. Serupa zombie movie  Train to Busan. Maybe dia ada extra kot kat movie tu sebelum ni.

" Jom Chaemin. Makan kat kantin "

Tegur Hawon pada aku. Sempat dia menggeleng tengok situasi classmates dia yang berebut keluar tu. Aku sendiri pun taknak mengaku classmates tengok perangai diorang camtu.

"Emm takpelah. Aku nak gi atas la harini. Kau pergi la dengan yang lain ye. Sori tau. "

Balasku. Aku mahu makan sorang harini hehe.

" Oh takpe. Ok aku pergi makan dulu."

Kata Hawon lalu keluar ikut pintu belakang kelas sebab 'zombies' kat pintu depan so dia lalulah belakang. Wahh bijak. Aku pun bangun dan keluar ikut pintu belakang juga. Aku terus menapak ke rooftop. Tempat feveret aku bila mahu bersendirian. Ketika aku mahu buka pintu rooftop tu, aku terdengar tangisan. Siap melalak bagai. Haduh baru feeling makan sorang-sorang. Aku pun buka je pintu dan cari gerangan yang menangis tak ingat dunia tu. Aku ternampak seorang pelajar lelaki memeluk dan menyebam mukanya pada lutut sambil menangis. Aku dengan berani melangkah mendekatinya dan menegur sambil menepuk perlahan bahunya.

" Awak okay? Kenapa menangis ni ? "

Lelaki tersebut terus senyap daripada menangis. Aikk. Dia tak balas pun apa yang aku tanya.

" Kalau awak ada masalah, emm sharelah dengan saya. Mana tau kan saya boleh tolong awak. "

Kataku lagi. Dia mula mengangkat mukanya. Pipinya yang penuh dengan air mata serta tak lupa juga hidungnya meleleh hingus eiww. Dia melihat aku tanpa berkelip. Dia merenung redup padaku. Aku pun dengan baik hati (eceh), lapkan sisa air mata yang berbekas di pipinya. Lembutnya pipi dia macam nak cubit-cubit je. Tembam. Hehehe sempat lagi eh haha. Aku juga hulurkan sapu tangan kepadanya.

" Awak Chaemin kan? "

Tanyanya sambil mengesat sisa hingusnya pada sapu tangan yang aku hulur sebentar tadi. Aku terkejut sedikit. Tak sangka ada yang kenal aku ni. Aku ni takdelah rapat dengan budak-budak sekolah ni. Kira antisocial gak. Aku masih tegur orang sekeliling tapi yang memang kenal sajalah.

" Iya saya. Macam mana awak tahu nama saya? "

Balasku. Nak tau lah jugak macam mana dia boleh tahu.

" Tu. Kat nametag awak. "

Laaa. Aku baru perasan aku sebenarnya pakai nametag. Patutlah dia tahu nama aku. Baru nak acah diva macam Jeonghan dengan Sengkuang- ehh seungkwan. Selalu salah sebut nama dia.

" Awak janganlah menangis lagi ye. Nah makanlah sandwich ni. Omma saya yang buatkan. Mesti awak laparkan? Ambiklah. "

Aku hulurkan sekeping sandwich kepadanya. Dia pun macam teragak-agak nak ambil. Lalu kami berdua makan bersama-sama.

Setelah habis 4 keping yang omma aku sediakan. Aku menutup bekas kosong tu dan letak semula dalam beg kecil. Aku juga menghulur air kotak yang memang aku bawak dua untuk minum. Dia ambil lalu meminumnya.

" Terima kasih sebab sudi share makanan awak. Saya mintak maaf kalau saya menyusahkan awak harini. "

Katanya sambil menunduk ke lantai.

" Sama-sama. Saya ikhlas. "

Aku jawab dengan senyuman kepadanya. Dia melihat aku lalu menunduk semula ke lantai. Lantai tu lagi lawa dari aku ke ape hah?! Eh eh dia ni. Aku tengok jam tanganku lalu berdiri sambil membersihkan kotoran pada skirt aku akibat duduk di lantai. Aku meminta diri untuk kembali ke kelas. Sebelum sempat aku keluar dari situ, dia bertanya.

" Boleh kita jadi kawan, Chaemin? "

Aku balas dengan anggukan serta senyuman kepadanya. Lalu aku keluar dan terus ke kelas sebelum bunyi loceng waktu rehat tamat.

Obses ɞ PJM Where stories live. Discover now