Yosh!! Gegergirl nak mintak maaf banyak atas keterlambatan untuk part seterusnya ni.....
Kebelakangan ni Agak sibuk sampai x sempat nk tulis..
Apapun semoga korang suka part ni...HAPPY READING GUYS~~
ENJOY TERBAIK!!!________________________________
Selepas selesai waktu pendidikan jasmani, BoBoiBoy, Yaya, Ying Gopal dan Fang membantu Cikgu Papa menyimpan alatan-alatan kesukanan ke dalam stor kesukanan. Murid-murid lain telah bergerak ke kelas terlebih dahulu meninggalkan BoBoiBoy dan yang lain...
Selepas selesai mengemas BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang bergerak ke kelas bersama- sama.. Semasa dalam perjalanan,"Agaknya macam mana rupa budak baru tu ye? " tanya Gopal yang tidak sabar untuk melihat budak baru itu.
"Korang rase budak baru tu dah ada kat dalam kelas ke tak?"celah Yaya pula.
"Mungkin dah ade kot, kan Cikgu Papa kata dia akan masuk kelas lepas Pendidikan Jasmani" jawab BoBoiBoy dengan yakin.
"Kau rase die hensem ke tak ye? " tanya Fang pula kepada kawan-kawannya.
"Ish! Kau ni Fang, kita tak tahu lagi kan die perempuan ke lelaki" kata Yaya dengan tegas..
"Yalo! kita akan dapat jumpa die juga kan nanti " Ying pula mencelah..
Semasa sampai di kelas, mereka melihat rakan-rakan mereka yang lain sedang berkumpul di tempat duduk belakang ."Ha! Tu mesti budak baru tu.. " Yaya berkata kepada rakan - rakannya.. Tetapi, BoBoiBoy dan Fang tidak berkumpul bersama rakan-rakannya yang lain selepas mendapat tahu murid tersebut adalah murid perempuan ..
Perasaan pelik timbul semula di hati BoBoiBoy, menyebabkan die melihat kegelapan di seluruh tempat.. BoBoiBoy bagaikan hilang dalam lamunannya sendiri di mana die berada dalam dunia kegelapan dan hanya dapat mendengar satu suara terngiang-ngiang di telinganya.. "Kawan-kawan duduklah di tempat korang semula" hanya suara seorang budak perempuan yang halus ini dapat didengar BoBoiBoy tetapi die tidak dapat melihat mana-mana kelibat orang semasa dalam lamunannya itu...
Sehinggalah, "Salam Pagi, Murid -murid" suara Papazola memecahkan dunia kegelapan tersebut.. BoBoiBoy bagaikan mencari-cari sesuatu.. "Dey! BoBoiBoy kau dah kenapa? " tanya Gopal yang risau terhadap kawan baiknya itu. BoBoiBoy menyentuh dahinya, "Ap.. apa benda yang berlaku tadi tu? "BoBoiBoy menyoal dirinya sendiri selepas keadaan yang dirasakan sekejap tadi.. Tetapi BoBoiBoy mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan apa yang telah berlaku...
"Baiklah, Cikgu sudah memberitahu yang kamu semua akan mendapat rakan baru, sekarang Cikgu akan memberi peluang kepada kamu semua untuk lebih mengenali rakan baru kamu,,, baiklah murid baru sila ke depan dan perkenalkan diri kamu.. " Cikgu Papa mempelawa murid baru itu untuk memperkenalkan dirinya..
Murid yang memakai baju sekolah berjaket ungu bercorak Bintang yang sama dengan tudungnya itu bangun dengan sopannya dan berjalan ke hadapan kelas.. "Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua! Nama saya-------.. Korang boleh panggil sy Gegergirl.. Saya berasal dari tempat yang jauh dari sini.. Saya harap korang berikan kerjasama dan terima saya sebagai kawan korang" kata murid baru ataupun Gegergirl itu dengan semangat...
Murid-murid memberi tepukan gemuruh atas keberanian Gegergirl yang memperkenalkan dirinya tadi.. Boboiboy hanya merenung Gegergirl dengan hairan dengan nama yang seakan-akan namanya.. Namun, BoBoiBoy dan murid-murid lain tidak dapat melihat muka Gegergirl sepenuhnya kerana Gegergirl memakai topeng (mask) disebabkan selsema yang di hidapinya.."Cikgu juga ingin maklumkan bahawa sekolah kita telah menerima empat orang pelajar baru termasuk Gegergirl, 2 orang murid perempuan dan 2 orang murid lelaki, kalau korang berjumpa diorang bolehlah korang bantu diorang untuk lebih mengenali sekolah kita ni" ternag Cikgu Papa dengan serius.. "Baik, Cikgu!!" jawab murid dengan serentak.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AMACAM OK TAK??
huhuhuhu.. Maaflah kalau part ni x Best...
Vote tau !!!#Part4
-jom kitorang bawak kau tengok2 sekolah ni..
-HAH!!! Muka die??!
YOU ARE READING
Rahsia Superhero Kita
FanfictionMengenai seorang budak perempuan yang datang ke Pulau Rintis ..Apakah yg berlaku seterusnya??.Pengembaraan BoBoiBoy bersama kawan2nya dalam menyelesaikan konflik budak perempuan tersebut.... Ada yang ingin membalas dendam kepada BoBoiBoy.. ??? Dan R...