Topeng

132 6 0
                                    

Luke tersentak.Wajah yang berpeluh diraup dengan sebelah tangan.Deru nafasnya yang kencang tadi sudah mula terkawal.Dia pandang ke sebelah kirinya.Terlihat Anggun,isteri yang baru dikahwini sejak tiga bulan lalu sedang enak berlingkar dalam selimut bersulamkan sebelah tangannya.

Perlahan-lahan Luke alihkan tangan yang dipeluk Anggun lantas bangkit dari perbaringan.Nafas Anggun kedengaran sangat perlahan.Kelihatan lenanya sungguh damai.Luke terus letakkan kaki ke lantai dan mencapai telefon bimbit di bawah bantal yang dimatikan sebelum dia tidur tadi.Sempat dikerlingnya lampu jam digital yang membentuk angka 3:00 di atas meja sebelah katil.

Dia segera bangkit mahu berlalu ke bilik air tapi sempat dia curi pandang pada wajah Anggun yang lena pulas di atas katil.Perlahan-lahan dia menunduk dan memberikan sebuah kucupan di pipi Anggun sebelum tersenyum nipis.

“I love you,sayang,”bisiknya lantas menuju ke bilik air sambil membawa telefon bimbit bersama.

‘Gudang X,jam empat pagi.Datang bersendirian.’

Luke renung skrin telefon bimbit agak lama.Instinct yang dimiliki cukup kuat.Nalurinya yang sangat sensitif bila dia akan menerima tugas baru menjadikan dia mudah menebak walaupun dalam tidur.

Kemudian tanpa membuang masa,dia pantas selitkan telefonnya ke kocek seluar pendek yang dipakai.Wajah kusamnya dicuci dengan air bersih dari singki.Kurang dari lima minit dia sudah bersiap dan menyelinap keluar dari rumah meninggalkan isterinya sendiri di dalam bilik peraduan mereka didodoi mimpi indah.

Gudang X,jam 4 pagi.

Luke melangkah penuh yakin menuju ke kawasan Gudang X seperti yang diarahkan.Lenggok jalannya serupa ahli gusti.Kemas,padu,gagah dan penuh keberanian.Jaket kulit berwarna hitam dengan seluar jeans warna yang sama yang tersarung ke tubuh membuatkan Luke sukar dilihat pada waktu begini.

Lagipun,suasana persekitaran sangat suram sehingga pergerakan lelaki itu menjadi seperti halimunan.Kereta yang dipandunya sudah awal-awal diparkir 100 meter dari hadapan gudang.Tidak mahu kehadirannya disedari oleh mana-mana manusia yang mungkin saja berada di sekitarnya.Tidak mahu nanti kerja-kerjanya terganggu.
Luke berhenti melangkah bila dia sudah melewati pintu gerbang setinggi lima meter yang terbuka separuh.Jam tangan pantas direnung sekilas demi memastikan yang dia tidak lewat walau sesaat.

Matanya meliar ke sekeliling.Lengang.Gudang kosong yang terletak jauh dari kawasan penempatan manusia itu membuatkan kawasan itu kelihatan bertambah sunyi.Cuma sesekali bunyi salakan anjing menghiasi pendengaran Luke yang berhati kering.Luke mendengus deras.Kotak rokok Dunhill yang terselit di belakang seluar dikeluarkan sebelum menarik sebatang rokok dari situ.Pantas dia sisipkan ke bibir dan api dari pemetik api dicucuh mengena rokok tadi sebelum menyedut dalam-dalam asap rokok yang baru dibakar.Puas!

“Luke,”tegur satu suara garau dari arah belakangnya.Luke berhenti membuat kepulan asap menjadi pelbagai bentuk melalui mulutnya.Cepat-cepat dia berpusing.Kali ini tubuhnya betul-betul berdiri bertentang dengan dua orang lelaki yang mempunyai susuk tubuh yang tinggi serta besar seperti ahli bina badan.Kedua-dua mereka mengenakan jaket kulit sama sepertinya cuma bezanya adalah pada warna dan jenisnya.

“Aku Luke,”ucap Luke sambil menghulurkan penumbuk tangannya sebagai tanda hormat kepada kedua-dua lelaki tersebut walaupun dia tidak pernah mengenali mereka.

Mereka terus sambut tumbukan Luke sebelum merenung wajah Luke penuh serius.Luke terus merokok,tak peduli langsung pada manusia di depannya.Kedua-dua lelaki itu langsung tak memperkenalkan diri mereka seperti Luke.Mungkin tak penting untuk memperkenalkan diri.

“Nyawa siapa yang perlu aku ambil?”soal Luke bersahaja sebelum sebelah keningnya terangkat memandang kedua-dua lelaki di depannya.Dia pasti lelaki berdua ini adalah orang suruhan atau orang upahan mana-mana jutawan atau orang kaya merangkap VVIP yang ingin menggunakan perkhidmatannya untuk mencabut nyawa manusia.Sudah lumrah dunia.Duit lebih berkuasa berbanding segalanya.Kau ada duit,kau boleh miliki segalanya termasuklah nyawa!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 29, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Topeng (Cerpen)Where stories live. Discover now