chapter 1

51 2 2
                                    

Eyyza cuba bangun. Menyeringai wajahnya menahan sakit sambil menekan buku lali.
Pergelangan kakinya berasa perit kerana tersadung akar pokok getah semasa berlari tadi. Dalam kepekatan malam ,pandangannya memang terhad. Dia main redah saja ketika itu bagi menyelamatkan diri. Dia Cuba untuk bangun lagi,tapi kesakitan yang dirasakan membuatkan dia terduduk semula. Sakit bercampur ngilu. Namun apabila terdengar bunyi ranting patah dipijak orang yang tidak jauh dari tempatnya jatuh,dia gigihkan diri untuk bangun.
     Dalam kepayahan,dia memaut sebatang pokok getah bersaiz sepemeluk yang berhampiran dan cuba untuk bangun perlahan- lahan. Bibirnya diketap bersama wajah yang berkerut menahan sakit. Mengalir air matanya,tapi dia tidak berani untuk bersuara. Dia memejamkan mata untuk seketika. Dia bimbang jika dia mengaduh kesakitan,kedudukannya akan dapat dihidu .Musnahlah hidupnya nanti. Itu tidak boleh berlaku. Sebab itu,dia sanggup meredah kepekatan malam,berlari di kawasan kebun getah yang sunyi iu semata-mata mahu menyelamatkan diri.
      "Aduh!"rengeknya perlahan ketika kaki mula digerakkan.
        Dengan sisa tenaga yang ada,dia paksa dirinya untuk melangkah. Terjengket- jengket Eyyza menapak sambil sesekali menoleh ke belakang. Takut juga kalau dirinya  ditemui saat itu. Ada ketikanya, dia menyeringai menahan sakit yang terasa. Pasti pergelangan kakinya terseliuh kesan tersadung akar pokok getah tadi. Dalam kesakitan ,dia berdoa di dalam hati. Moga ALLAH menyelamatkan dirinya. Mohon agar dia dilindungi daripada mereka yang kejam.
     Terlihat saja sinar cahaya terang beberapa meter di hadapan,dia mula mengukir senyum. Itu bermakna,jalan raya sudah tidak jauh lagi,berhati- hati dia melangkah agat tidak terpijak ranting kering. Sedikit bunyi saja pasti menjanjikan bahaya. Sesekali,dia menoleh ke belakang ,memastikan dirinya tidak dapat dijejaki.
     Pantas saja dia berlari ke tengah jalan raya bila terlihat sorotan lampu kenderaan. Dia berdiri disitu sambil menggoyangkan tangan ke kiri dan kanan dengan harapan agar kenderaan itu berhenti. Dia tidak pasti jenis apa kenderaan itu. Dia memang nekad. Dia akan menahan mana- mana kenderaan yang lalu nanti. Itu saja usahanya. Lagipun,hari sudah lewat malam benar. Mana mungkin ada lagi bas atau teksi yang lalu di kawasan itu.

   Beberapa meter di hadapannya terdengar decitan tayar kereta yang agak kuat kesan daripada tekanan brek secara mendadak. Serta- merta Eyyza memejamkan mata sambil menekup telinganya. Wajah nya membiaskan rasa ketakutan. Saat itu,baru dia terfikir bahawa tindakannya berdiri di tengah Japan begitu mengundang bahaya. Dibuatnya pemandu kenderaan yang datang tidak perasaan  akan dirinya,pasti dia akan dilanggar pula.   
       "Hoi! Nak mati, ke? Apahal berdiri kat tengah jalan malam-malam buta macam in! Dah tak sayang nyawa,ke?"sergah pemandu kenderaan itu.Gems suaranya memecah keheningan malam.
   Eyyza membuka sedikit matanya. Dari jarak yang tidak yang tak berapa jauh,Eyyza dapat melihat yang lelaki itu tajam merenungnya. Marah sangat lah tu!
     Dalam kepayahan ,dia Cuba melawan pancaran cahaya lampu yang menyuluh wajahnya. Sedikit perit matanya melawan sinaran cahaya itu. Tangan kirinya dihadang di depan muka, cuba menghalang cahaya itu terus memanah matanya. Dari celah- celah jemarinya,dapat dilihat sebuah kereta Honda Civic Type-R berwarna Hiram gagah menjalar di depannya.
       "Encik,tolonglah saya,encik. Saya dalam kesusahan. Tolong lah saya, encik,"rayu Eyyza sayu. Sudah hilang rasa segannya saat itu.
         Sehabis saja dia menuturkan ayat itu, kereta tadi mengundur seperti mahu meneruskan perjalanan. Kereta itu memintas melalui sebelah kanan. Eyyza hampa. Terasa lemah seluruh tubuhnya. Tapi perasaan itu tidak lama. Dia tersenyum gembira bila kereta itu diparkir di bahu jalan. Enjinnya dimatikan dan lelaki itu keluar dari kereta,berjalan perlahan menujuh ke arah nya.
     "Apa kena dengan awak ni? Tahan kereta orang tiba- tiba. Dah tu terpacak kat tengah jalan ni,apa hal? Nasib baik saya tak langgar awak tadi. Kalau tak, dengan saya sekali dapat susah." Lelaki itu bersuara sambil bercekak pinggang.
     Wajahnya tegang. Mungkin marah sangat  dengan tindakan Eyyza tadi. Ah! Apa peduli, Nak marah, marahlah... Tapi,mata itu jagalah sikit. Janganlah tenung orang macam hendak membunuh. Renungan tahap beku tu!
   "Encik,bawalah saya pergi dari sini. Saya nak keluar dari tempat ni. Tolonglah saya, encik,"rayunya lagi sambil matanya melilau.
      Tangannya menggoncang lengan lelaki itu,minta dikasihani. Pertanyaan lelaki itu dibiar sepi. Kerisauannya tidak pernah reda selagi dia belum dibawa keluar dari kawasan itu. Macam mana boleh jadi.
      "Saya tanya awak tak jawab lagi. Apa hal pulak saya kena bawa awak keluar Dari sini? Kenal awak pun tak." Agak keras nada suaranya.
   "Nanti saya ceritalah pada encik. Tapi sekarang ni, bawalah saya pergi dulu. Tolong lah saya encik









Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 26, 2016 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

cutenya diaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang