Kawan

74 1 0
                                    

Zaman menengah adalah zaman yang perit kerana ramai kawan yang datang dan pergi . Ya . Bermula dari form 1 , kita berkawan rapat . Rehat sama semua nya sama sama . Aku sayang kawan form 1 aku lebih kerana mereka kawan aku time aku tak kenal siapa siapa di zaman menengah . Naik je form 2 , kita semua berpisah . Kau di kelas hadapan , aku di kelas belakang . Hanya kerana kita tukar kelas , kita dah tidak rapat? Atas sebab apa? Sebab aku bodoh di kelas belakang? Kau dapat kawan baru . Kau mula lupa aku . Paling aku takut adalah waktu rehat . Sebab waktu rehat kita mesti akan selisih ! Kau langsung tak tegur aku . jangan kata tegur , senyum pun tidak . Adakah kau lupa kita kawan yang pernah melakukan hal bodoh bersama sama dulu? Ya aku bahagia bila kau bahagia ketawa hahahaha dengan kawan baru kau . Kau tahu apa perasaan aku? Aku cemburu melihat kau dengan dia! Walaupun hanya kawan , aku cemburu ! Aku yang sepatutnya ketawa bersama kau orang , tapi kenapa orang lain? Kenapa kita kena berpisah , sedangkan kita masih di sekolah yang sama . Cuma kelas sahaja yang berbeza . Ya aku takut untuk masuk ke tahun baru dan kelas baru . Aku takut aku akan kehilangan kawan kawan aku . Cukup sekali aku kehilangan kawan baik aku . Aku takut . Ini kata hati aku , kau apa tahu ? Kau tahu sakitkan hati aku sahaja !

Bila hati berbicaraWhere stories live. Discover now