"Sherry! bangun! Kamu dah lewat nii." suara puan Hamimah bergema memanggil anaknya yang masih sedap menarik selimut. Hari ini merupakan hari pertama Sherry mendaftarkan diri disekolah barunya.
Sherry yang masih separuh sedar terus mencapai jam loceng yang berada di atas meja bersebelahan tempat tidurnya. Jam tersebut menunjukkan jam 6:30 pagi. Dia tahu masih ada waktu untuk bersiap. Tanpa membuang masa, dia bergegas bangun untuk menyiapkan diri sesempurna mungkin kerana dia tidak ingin kelihatan kusut-masai di hari pertama persekolahannya.
Sherry yang telah siap berpakaian formal sekolah pun turun ke tingkat bawah untuk sarapan pagi. Walaupun ibunya seorang usahawan yang berjaya dan sentiasa sibuk dengan perkerjaannya, tetapi dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya untuk keluarganya. Menyediakan sarapan pagi sebelum bergerak ke tempat kerja adalah satu kewajiban baginya.
"Ibu balik lewat tak malam ni?" tanya Sherry sambil menceduk bihun goreng kegemarannya.
"Tak pasti lagi la sayang. Kenapa, Sherry ada nak pergi mana-mana ke malam ni?" Tanya Puan Hamimah yang sedang sibuk melayan suaminya.
"Takdalah, kalau ibu balik awal Sherry nak ajak tengok movie baru keluar tu. Kalau ibu balik lewat takpa. Nanti-nanti pun kita boleh tengok." Balas Sherry.
"Nanti ibu check schedule ibu dulu ye." Balas Puan Hamimah. Dia tidak mahu menghampakan permintaan anak tunggalnya kesayangan itu. Baginya, setiap permintaan Sherry wajib di tunaikan. Anak itukan anugerah dari Allah s.w.t..
"Okay ibu" balas Sherry dengan wajah yang ceria. Sherry yang sudah selesai sarapan pun terus bangun ke dapur untuk mencuci pinggan yg telah dia gunakan. Selesai mencuci, dia menghampiri ibubapanya untuk bersalaman sebelum dia berangkat ke sekolah.
----------------------------------------------------------------------------
Sherry melihat jam tangannya yang menunjukkan waktu 7:30 pagi. "Ahh mati la aku. Aku dah terlewat nii." Kata Shery di dalam hati. Kelihatan beberapa orang pengawas sedang menahan pelajar yang lewat ke sekolah. Sherry bukan sengaja lewat. Dia tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas sebentar tadi.
"Cik, Pak Mad minta maaf. Sebab Pak Mad, Cik lewat ke sekolah. Nak Pak Mad jumpa pengawas tu dan bagitau yang kita tersangkut dalam jammed tadi?" Tanya Pak Mad, pemandu keluarga Sherry.
"Takpa Pak Mad, Sherry boleh bagitau dorang. Pak Mad balik la dulu, Ibu dan Baba mesti tengah tunggu Pak Mad kat rumah." Ujar Sherry tenang. Di dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa gusarnya Sherry memikirkan alasan yang perlu dia kemukakan kepada pengawas-pengawas tersebut.
Sherry pun memberanikan diri mendekati pagar sekolah sambil berdoa di dalam hati. Seperti yang dia sangka, salah seorang dari pengawas tersebut menegurnya.
"Kau. Mari sini." Panggil pengawas tersebut. Setelah Sherry mendekat, dia bertanya lagi. "Kau dari kelas mana? Nama penuh? Kenapa lambat?".
"Ermmm.. Saya pelajar baru sekolah ni. Nama saya Sherrlysa Aurina." Balas Sherry teragak-agak.
"Oh.. pelajar baru ye? Hari pertama pun dah lewat ehh.. bagus-bagus. Confirm lepas ni hari-hari lewat." Ucap pengawas itu dengan nada sinis. Sherry yang mendengar kata-kata tersebut mengenggam erat jari-jemarinya. Ikutkan hatinya, ingin saja dia membalas kata-kata pengawas itu namun hasratnya dia batalkan apabila ada suara yang menegur mereka dari belakang.
"Oii Riz, apa yang kau buat tu. Cepat sikit, perhimpunan dah nak start ni." Tegur pengawas yang kelihatan agak tinggi bersama seorang lagi pengawas yang agak pendek disebelahnya.
"Kejap-kejap, tunggu jap. Aku tengah settle budak ni jap." Jawab Hariz selamba. "Aku lepaskan kau harini. Kalau aku nampak muka kau lewat lagi esok, aku takkan teragak-agak nak tulis nama kau." Sambung Hariz lagi sebelum beredar bersama rakan-rakannya.
"Macam la aku nak jumpa kau lagi esok." Jawab Sherry perlahan.Sherry yang masih baru dengan persekitaran sekolah itu pun mengeluh berat kerana perlu mencari pejabat sekolah untuk mendaftarkan diri. Dia bernasib baik kerana pejabat sekolah terletak tidak jauh dari pintu pagar utama.
----------------------------------------------------------------------------
Setelah selesai urusan pendaftaran, Sherry di bawa ke kelas yang bakal dia duduki sepanjang tahun ini. Dia di bawa oleh Guru kelasnya sendiri iaitu Cikgu Hanafi.
Setibanya di kelas 5 Melody, Cikgu Hanafi meminta Sherry untuk menunggu di luar dahulu sebelum dia memanggil Sherry masuk untuk diperkenalkan kepada pelajar kelas tersebut.
"Okay semua, harini kita ada pelajar baru yang baru saja mendaftar masuk ke kelas kita. Saya perkenalkan Sherrlysa Aurina. Sherry, awak boleh masuk sekarang." Panggil Cikgu Hanafi.
Sherry pun masuk ke kelas dengan senyuman di wajahnya.
"Hi semua, Saya Sherrlysa Aurina. Boleh panggil saya Sherry. Selamat berkenalan." Ucapnya dengan nada gembira.
"Kamu boleh duduk di sebelah Nana. Nana, tolong angkat tangan kamu." Arah Cikgu Hanafi.Sherry pun bergerak ketempat duduknya setelah mengucakpan 'Terima Kasih' kepada guru kelas barunya.
Setelah dia duduk ditempat duduknya, dia disapa teman semejanya yang di panggil Nana."Hi, saya Syarlina. Orang panggil saya Nana je. Selamat berkenalan." Ucap Nana dengan ceria. "Saya Sherry." Balas Sherry pendek.
Semenjak dia jejakkan kaki ke dalam kelas. Ada seseorang yang telah menarik perhatiannya. Orang itu adalah pengawas yang memarahinya awal pagi tadi. Sherry merasakan dirinya agak malang apabila dia perlu menghadap muka pengawas itu setahun ini. Dia hanya mampu berharap waktu berlalu dengan pantas.
----------------------------------------------------------------------------
"Sherry, aku dengar kau lewat masuk sekolah pagi tadi. Betul ke?" Tanya Nana berhati-hati. Dia takut soalan itu menguriskan hati kawan barunya itu.
"Haah, aku terlewat sebab tersangkut jammed tadi."
"Ohhh patut laa. Siapa yang jaga pagar ehh pagi tadi?" soal Nana.
"Mamat kerek." ucap Sherry singkat.
"Ada ke pengawas lelaki yang kerek dalam sekolah ni ehh?" soal Nana perlahan.
"Ada. Dia sekelas dengan kita. Aku tak tahu nama dia. Kalau tak silap, kawan dia panggil dia 'Riz'."
Setelah mendengar penerangan Sherry, tawa Nana pun meletus. Orang yang berada disekeliling mereka memandang ke arah mereka dengan pelik. Sherry pun pelik dengan kelakuan rakan semejanya itu.
"Hahahahaha.. maksud kauu... Haa.. HaRIZ?" soal Nana sambil ketawa.
"Yelah kot. Mana la aku tahu nama dia apa." Jawab Shery selamba.
Sedang Sherry berborak dengan Nana. Ada mata yang memandang mereka dengan tajam.
"Weh, sudah la gelak tu. Orang lain tengah study tu " ucap Sherry. Dia sedar kelakuan mereka mengundang rasa tidak senang dikalangan pelajar kelas itu.
"Yelah-yelah. Sorry , aku tak dapat nak kawal tadi. Lawak sangat!" Ujar Nana.
"Aku harap kau tak ambil hati dengan pengawas kerek yang kau maksudkan tu. Dia memang serious sikit bila tengah on duty . Dia baik je sebenarnya." Sambungnya lagi.
Belum sempat Sherry membalas, guru yang mengajar matapelajaran sains pun masuk untuk memulakan kelas.
----------------------------------------------------------------------------
Review cr :NazirahAbdulWahid
YOU ARE READING
Hatiku Milikmu
RomanceSherrlysa Aurina @ Sherry Hariz Zafran Radzi @ Hariz Syarlina Natasya @ Nana Khairil Hifzi @ Khai Puan Hamimah Puan Zafea Encik Radzi