◾30

423 31 0
                                    

Kaca mata hitam dipakai dengan penuh gaya. Satu garis senyuman yang mampu cairkan para wanita diukir manis. Akhirnya,kembali juga dia dibumi kelahiran.

"Welcome back dearself."

---

Jeon kehulur kehilir. Serabut otak bila memikirkan hal yang kini semakin rumit. Telefonnya tidak henti-henti berdering dibiar tidak berjawap.

Siapa lagi kalau bukan Namjoon yang menelefon.

Tak sangka lelaki itu merahsiakan perkara yang tak sepatutnya dirahsiakan. Tengoklah padahnya sekarang.

Anak luar nikah Myungsoo dah pun balik ke Seoul.

Lagi tak boleh diterima dek akal,

Seokjin merangkap abang angkat Jeon ialah anak luar nikah Myungsoo.

"Tak guna!"

---

Jimin memerhati sahaja gerak geri Seokjin. Sedari sejam lalu,Seokjin langsung tak memberi tanda yang aneh.

Macam biasa sahaja.

Balik ke apartment lamanya,keluar ke kafe,berjalan-jalan sekitar taman seorang diri.

Tiada pula panggilan dibuat atau menerima panggilan dari sesiapa. Dalam diam,dia resah.

"Kalaulah hyung tahu.."

Jahat? × JungkookWhere stories live. Discover now