MukaSurat 3

257 15 0
                                    


Jam 10.45, masing-masing nak bergerak balik ke rumah. Dalam perjalanan, aku terasa nak pergi ke dewan futsal. Aku terus membelokkan kereta ke destinasi.

Sampai di dewan, aku menuju ke 'gelanggang kemenangan' siang tadi. Ada seorang lelaki di situ. Biasalah, malam-malam macam ni orang main futsal. Tapi aku hairan, lelaki tu sorang-sorang je. Belum pernah aku tengok orang main futsal sorang-sorang. Aku terus duduk kat luar gelanggang memerhatikan lelaki tu melakukan tendangan tapi tak masuk-masuk ke dalam gol. Kemudian, aku terfikir.

'Kalau join mamat ni main tendang-tendang, best jugak ni.'

Tanpa memikirkan siapa lelaki itu, aku terus masuk ke dalam gelanggang dan menegur.

"Hai!"

Lelaki itu terhenti dan memandang aku. Senyuman terukir kat bibirnya.

"Hai, Fey! Buat apa kat sini?"

Aku terpana seketika bila dia menyebut nama aku.

'Dia kenal aku? Aku kenal ke mamat ni?'

Nama Fey hanyalah rakan-rakan yang rapat dengan aku je panggil. Orang lain memanggil aku Anees.

"Hm.. Mana tau nama saya Fey?"

"Well. Teka je. Plus, saya ada terdengar member awak panggil awak Fey. So, am I right?"

Dia tersenyum lalu duduk menghadap aku. Aku pun turut duduk.

"Hm.. You're right. Tapi orang lain panggil saya Anees, actually. Cuma member rapat je panggil Fey."

"Oh, ok."

"Kenapa main sorang-sorang ni? Member lain tak datang ke?"

Lelaki itu hanya diam sambil membaling bola masuk ke dalam gol. Aku cuba bertanya lagi.

"Err, atau awak saja nak lepas tension."

"Awak ni lembut jugak, kan. Masa tengah main bola, bukan main ganas lagi saya tengok."

Aku terdiam. Aku memandang tepat ke muka lelaki itu. Memori aku terus teringat lelaki siang tadi yang senyum kat aku sambil tunjuk 'Good!'.

"Awak ni yang siang tadi..."

"Yup. Baru perasan ke?"

Lelaki tu tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian, dia memperkenalkan dirinya.

"Saya Faruq."

Faruq?! Macam aku biasa dengar nama tu. Dia berkata lagi.

"Awak ni memang terer main futsal. Memang dari kecik main futsal ke?"

"Oh, hm. Saya minat futsal ni. Kecik-kecik dulu selalu main bola dengan budak-budak laki. Yang awak ni, dari tadi saya tengok awak sepak bola tu, tak masuk-masuk pun. Kenapa?"

"Saya tak pandai main bola."

"Orang laki tak pandai main bola? Are you kidding me."

Faruq tersenyum.

"Awak tak nak ajar saya main bola?"

"Well.. Saya pun tak hebat sangat. Tapi kalau setakat nak ajar awak teknik yang betul nak sepak bola masuk gol tu, boleh la. Come!"

Aku terus menarik Faruq bangun. Kitorang berdiri beberapa meter dari gol.

"Ok. First, awak berdiri macam ni. Pandang gol tu and take an aim. Aim which angle yang awak nak sepak then, sepak sepuas-puasnya macam ni."

Aku tendang bola itu dan ianya bergerak laju masuk ke dalam gol.

"It easy, right? Nah, try."

Faruq mengambil posisi kemudian buat seperti apa yang aku ajar tadi. Seperti apa yang diharapkan, bola itu masuk tepat di penjuru kiri gol.

KAU + AKU = KITAWhere stories live. Discover now