1

60 4 3
                                    

Kring~~~

Loceng pembelajaran pertama bermula. Kelas 5 Anggerik bising dengan celoteh penghuni-penghuninya. Guru mata pelajaran English yang tidak hadir membuatkan pelajar kelas itu bebas melakukan aktiviti masing-masing.

"Yes! Budak pondan tu tak datang hari ni. Takdelah sakit mata aku ni nak kena hadap muka dia je hari-hari." Rungut Aqish. Senyuman semanis gula dipamerkan kepada deskmatenya Hana. Well.. musuh ketat dia si 'Aqifah' tu tak datang hari ni. Aman dunia.

"Kau ni benci betul Aqif tu. Aq tak tahu lah apa yang budak tu dah buat kat kau." Hana menggelengkan kepalanya. Sepanjang dia mengenali mereka berdua, tidak pernah dia lihat aqish dan aqif berbaik. Bergaduh je tau.

Krekkkk~~~~

Aqish tidak membalas kata-kata Hana. Tumpuannya tertumpu ke arah pintu kelas yang terbuka. Terpacul remaja berbadana merah dari muka pintu. Aqif.

Arghhhhh!!!  Kenapa kau datang! Kenapa?!

Aqif dijeling tajam sebelum dia berpura-pura tidur. Malas ingin melayan Aqif.

"Puteri kodok! Kau tidur lama-lama pun takde putera yang nak kan kau! " meja Aqish ditepuk kuat. Suara gelakan Aqif dan geng-gengnya kedengaran.

Puteri kodok? Puteri kodok?!  PUTERI KODOK?!!!!!!!!

Sreet~~

Kerusi ditolak kuat ke belakang. Nafas ditarik dalam-dalam. "Maafkan beta kerana beta mempunyai wajah Yang tidak seindah wajah tuan hamba yang sangat indah bak katak sawan."
Terkedu sekejap Hana dan Aqif.

Ambik kau!  Ayat budak BM sekali! Cuba kau balas aq nak tengok.

"Sawan?! Hei..Wahai kodok jelik, Jangan kau fikir aq xboleh buat ayat macam kau. Aq A+ Bm. Cu-"

"Aqif! Aqish! Sudahlah tu. Sambung lain kali perang mulut korang tu. Duduk tempat masing-masing." Cikgu Zarita a.k.a cikgu Biologi yang baru sahaja sampai berleter. Baru saja masuk dah kena menghadap perangai budak-budak tak cukup umur ni.

Aqish dan aqif membuat muka tidak bersalah. Perkara biasa. Aqif sempat lagi menjelirkan lidah kepada aqish sebelum duduk di tempatnya .Aqish membalas jeliran lelaki itu dengan jelingan yang tajam. Aq potong lidah tu baru tahu.

Kelas diteruskan seperti biasa Dan dengan biasa,aku maksudkan..kelas cikgu Zarita akan bising dengan usikan dan gurauan daripada aqif & the gang atau Fab boys la sangattt... Siapa lagi kalau bukan Aqif, Aman (Nama je aman tapi perangai ya ampun! ) , Puzi , firdaus , haikal dan nik.

Menyampah aq dengar suara diorang. Tak boleh diam langsung. Suara dahla macam singa laut. Kalau suara tu merdu macam suara aiman tino tu takpelah jugak. Huh.

Hana yang asyik menyalin nota ditenung lama. Rajinnya kau Hana. Kepala aku sandarkan ke atas meja dilapikkan dengan lengan yang sedikit berisi bak kata Hana. Walaupun aku ni lemah bio but aku still malas nak dengar cikgu Zarita membebel. Bosan. Balik nanti aq belajar lah sendiri. Maybe.

"Aqish! Awak dengar tak apa yang saya ajar ni!" Cikgu Zarita menjerit sambil menghentak meja. Terkejut dengan jerkahan cikgu, Aqish tersentak dan cepat-cepat membetulkan badannya menghadap gurunya.

"Maaf cikgu." Kata Aqish perlahan.

"Woooo!! Padan muka kau kena marah ~~~ kodok pemalas!" Herdik Aqif dan disertai dengan gelakan rakan-rakannya.

Aqish membuntangkan matanya kearah Aqif."senyaplah kau!" Katanya separuh membisik. Aqif menjelirkan lidahnya sedikit. Childish.

"Aqif! Stop kacau Aqish and awak Aqish. Tumpukan perhatian, kalau tak saya akan call parents awak. Faham?!" Ugut cikgu Zarita dan Aqish hanya mengangguk walaupun dia sebenarnya tidak kisah dengan ugutan gurunya itu.

Hey! Mister Annoying! Where stories live. Discover now