Dedicated to : TaeMinKook__
"Maaf. "
Satu perkataan yang keluar daripada mulut aqif membuatkan aqish terdiam dan seperti babak cerita seram. Situasi dimana angin bertiup sepoi-sepoi dan drum berbunyi 'dung dung dung'
"Mak-maksud kau?"
"Aku cakap aku mintak maaf. Tu pun kau tak faham ke?! " aqif mendengus. Dia mengusutkan rambutnya. Slow la pompuan ni.
Aqish membulatkan matanya. Geram. "Hey! Yang kau nak marah ni pasal apa?! Kau yang salah. Nak marah aku pulak. Giler ahh kau!"
"Yang kau blur sangat tu sape suruh. Aku cakap aku mintak maaf kan. Kau pekak ke ape sampai aku kena ulang banyak kali." Sembur Aqif.
"Tak. Apa yang aku tak faham sekarang nih. Yang kau sibuk nak mintak maaf segala ni kenapa?! Takkan sebab aku cakap aku benci kau je kot. Tiba-tiba je kau nak kisah. Kau kenapa?! Giler?" Balas Aqish pula. Pelik dia dengan perangai lelaki di hadapannya itu.
"Kau ni....kalau aku cakap kau bodoh kau marah. Aku cakap maaf pun kau tak faham ke? M.A.A.F . Maaf pasal semalam.And kau cuma perlu cakap 'ye..aku maafkan kau.' Senang." Kata Aqif separa bengang. Dahi Aqish ditunjal perlahan dan ditepis Aqish kasar.
"Eeeiiihhh...kau ni. Aku tak fahamlah ngan kau ni. Sekejap kau macam ni sekejap macam tu. Pening tau tak." Bebel Aqish.
Aqif hampir sahaja ingin menjentik dahi Aqish apabila Aqish menjauhkan diri daripadanya dan dengan perlahan dia bersuara "fine. Aku maafkan kau. But, jangan sesekali bergurau pasal benda macam tu. Aku benci." Seusai habis ayatnya , Aqish tanpa menoleh menapak kembali ke kelas.
Aqif diam. Tidak menghalang Aqish. Selepas beberapa ketika , dia menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar dan tanpa dia sedari, satu senyuman kecil terbit daripada bibirnya.
Sepanjang perjalanan ke kelas mulut Aqish tidak pernah senyap dari memarahi Aqif. Bengang kerana hanya kerana 'benda' tu Aqif perlu membuat drama tidak berbayar. 'Heishhh'
Sesampai sahaja di kelas , Aman dan Daniel yang masih berjaga segera keluar daripada kelas untuk mencari ketua mereka setelah Aqish mengambil tempatnya. Hana yang masih bengang dengan dua pengikut Aqif tadi dengan sisa marah yang masih berbaki berpaling ke arah Aqish dan mula 'menembakkan' soalan kepada Aqish.
"So..,kenapa dia panggil kau? Nak cari gaduh lagi ke? Atau budak tu dah giler. Eeeiiii aku nak je tarik-tarik rambut dia tu. Berani betul."
"Takde pape pun. Dia mintak maaf ngan aku pasal dia nampak baju dalam aku tu." Balas Aqish malas dan melentokkan kepalanya ke atas meja. Malas melayan Hana.
Pelajar lain teragak-agak untuk bertanya melihatkan reaksi Aqish walaupun mereka tidak sabar ingin mendengar gosip terbaru sekolah itu.
Hana tidak mengalah. Dia mencubit paha Aqish kuat membuatkan Aqish tersentak. "Kenapa kau ni!? Nantilah aku bagitahu kau. Bagi aku tidur dulu boleh tak? Aku letih." Marah Aqish dan tanpa menunggu balasan daripada Hana, dia kembali melentokkan kepalanya dan cuba untuk berlayar ke alam mimpi.
Hana membuat muka menyampah dan mengeluarkan kerja rumahnya.'lebih baik aku buat ni. Daripada layan kau. Huh' fikirnya.
"Hana... Hana.. " panggil sekumpulan pelajar perempuan di meja belakangnya. Mereka bertanyakan tentang Aqish dan Hana hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu sebelum meneruslan kerjanya. Kumpulan pelajar perempuan tadi mula membuat spekulasi sendiri dan berbisik sesama mereka. Walaupun suara mereka diperlahankan , namun Hana masih mampu menangkap bait-bait perkataan mereka. Thanks to telinga tajam dia tu.
"Aku rasa Aqish tu Ada hubungan lah ngan aqif. "
" betul tu. Kau tengok jelah tadi. Tu buktinya."
"Betul cakap kau""Dalam mimpilah Aqish ni nak ada hubungan apa-apa ngan budak Aqif tu." Gumam Hana perlahan.
Dalam diam , Aqish yang masih belum lena itu mendengarkan kata-kata Hana dan ayat itu bermain di fikirannya sebelum dia tertidur. 'Aku dengan Aqif? Dalam mimpilah. Huh.'
Tiga jam kemudian, waktu pembelajaran telah tamat dan semua berkemas untuk pulang. Tidak terkecuali pelajar-pelajar kelas 5 Anggerik. Sambil tangan lincah mengemas buku-buku untuk dibawa pulang, mulut mereka juga tidak berhenti daripada mengeluarkan suara. Tidak kurang juga dengan meja Aqish yang dikerumuni pelajar-pelajar kaki gosip kelas. "Takde pape pun. Korang tak payah sibuklah." Jawapan Aqish setiap kali diujarkan soalan yang sama. Malas mahu menerangkan dengan lebih lanjut. 'Apsal diorang tak tanya jantan tu sendiri. Bising betul.' Fikirnya.
"Aqish. Cepatlah. Papa aku dah sampai. Nanti dia bisinglah kalau lambat." Gesa Hana.Aqish mengangguk dan memasukkan buku latihan fizik dalam begnya dan menyandangnya beg sandang kelabunya lalu bergerak ke Hana di muka pintu.
"Done." Kata Aqish sambil meletakkan lengannya di bahu Hana sambil mereka berjalan.
"Hana. Nanti petang ni aku lepak rumah kau tau." Beritahu Aqish sebelum Hana memasuki Honda papanya. Hana membuat tanda okay dan menutup perlahan pintu Honda putih itu sebelum ia meninggalkan kawasan sekolah itu.
5 minit kemudian , sebuah Kawasaki ninja berhenti betul-betul di hadapannya dan membunyikan hon . Aqish yang sedang mengelamun tersentak. Mengenali siapa pemilik ninja tersebut, dia cepat-cepat mendekati penunggang ninja tersebut dan memukul belakangnya dengan buku nota yang dipegangnya. "Abang fiq nih~ adik ingat saperlah tadi. Main hon je. Isshhhh." Bebel Aqish sambil dia memanjat motor tersebut. Syafiq ketawa dari dalam topi keledarnya mendengarkan bebelan adiknya yang manja tu.
Aqish memeluk pinggang abangnya dan memukul belakang abangnya lembut. "Jomlah cepat. Adik lapar ni. Nak balik." Katanya. Syafiq mengiakan adiknya. Beberapa saat kemudian , kelihatan kawasaki ninja hitam meluncur laju membelah jalan.
Tanpa Aqish sedari , tiga pasang mata memerhati tingkahnya dengan abangnya sebentar tadi. Salah seorang daripada mereka melemparkan air tin yang dipegangnya dan berpaling meninggalkan kawasan itu. Rakan-rakannya faham akan kelakuan rakannya itu hanya mengikuti langkah lelaki itu.
YOU ARE READING
Hey! Mister Annoying!
Romance"woi jantan! kenapa kau masuk tandas pompuan? kau skodeng ehhh???" - Aqif Fauzan " Wei pompuan. kau ni buta ke apa? aq ni pakai tudung, baju kurung. Maksudnya aq pompuan. tak macam kau. Pondan! " - Nur Aqish Aqif Fauzan dan Nur Aqish. Nama yang ti...