12. Barang Hantaran

194 5 0
                                    

Aku memandang barang-barang hantaran yang berlonggok di atas katil. Hampir 80% barang-barang yang hendak dijadikan hantaran telah dibeli. Semua itu barang-barang mewah dan berjenama.

Aku sebenarnya serba salah. Entah berapa ribu Wazien berhabis semata-mata untuk memastikan hanya barang-barang yang terbaik dan berkualiti yang akan menjadi hantaran kami. Aku tidak mahulah dek ingin mengejar kesempurnaan, terpaksa berhabis duit simpanan. Silap-silap nanti berhutang keliling pinggang.

Sudahlah tadi semuanya dia hendak bayar. Langsung tidak mahu menggunakan duit aku walaupun untuk membeli barang hantaran yang akan dihantar kepadanya.

Aku tak fahamlah dengan ego lelaki ini. Entah berapalah baki wang simpanan Wazien yang tinggal. Terbit rasa bersalah dan kasihan kepadanya. Lagipun aku tahu setakat mana kemampuan Wazien. Dengan gajinya sebagai mekanik dia sepatutnya lebih jimat berbelanja. Mungkin dia tidak mahu egonya jatuh di depan aku, tetapi sejujurnya aku tidak pernah kisah.

Walaupun gaji dan jawatan aku lebih tinggi daripadanya, tidak pernah terdetik di hati aku ini untuk memandang rendah padanya. Apatah lagi jika dia tidak dapat memberikan aku kemewahan.

Aku percaya sesuatu yang terbaik bukan dinilai dengan kecantikan atau kemewahan. Cukuplah dengan kasih sayang dan cinta yang tulus dan tidak berbelah bagi.

Nampaknya ada sesuatu yang perlu aku jelaskan kepadanya. Lantas, telefon bimbit ku ambil dan aku menaipkan SMS kepadanya.

"Salam, boleh saya jumpa awak besok?"

Selesai menaip, aku terus menekan butang hantar. Seminit kemudian, aku mendapat mesej balas daripada Wazien.

"Kenapa? Sudah rindu ke?"

Aku tersenyum membaca mesejnya. Kemudian aku menekan butang balas.

"Ada perkara saya hendak bincang. Baru tadi jumpa, tak sempat hendak rindu lagi" balas aku.

"Ok, besok saya jemput awak waktu tengah hari. Kita lunch sama" putus Wazien dalam SMS nya.

"Ok, kita jumpa besok. Saya dah nak tidur ini. Take care!" balas aku menamatkan perbualan.

"You too. I Love You. Tidur elok-elok. Mimpikan saya."

Aku tersengih membaca pesanan Wazien.

Indahnya perasaan bercinta ini. Terasa terawang-awang. Tidur pun dalam senyum.

Cinta Yamaha LagendaWhere stories live. Discover now