Tunang kau curang. Kalau kau tak percaya kau boleh pergi Hotel Fantasi bilik nombor 2005. Kat situ kau akan temui kecurangannya.
NANA mengulang-ulang membaca mesej yang terpapar pada skrin telefon pintar Edora. Mula-mula nadanya perlahan tetapi makin lama nadanya bertambah volume. Wanita itu mengangkat wajah memandang Edora dengan kerutan beribu pada wajahnya.
"Siapa hantar?" Itu soalan pertama keluar dari bibirnya.
Edora menggeleng dengan helaan nafas yang panjang. "I tak tahu. Kalau I tahu takkan I serabut macam ni."
Dia memegang kepalanya dengan tangan kanan. Dipicit-picit kepalanya yang sudah berdenyut kerana terlalu banyak berfikir.
"You percaya?" Sengaja Nana menduga. Setahu dia Edora bukan orang yang mudah percaya dengan khabar angin sebegitu.
Edora memandang wajah Nana. Percaya ataupun tak percaya kini bukan soalnya. Tetapi hatinya kini sudah sedikit curiga. Benar ataupun tidak Tengku Farhan sedang bermain kayu tiga di belakangnya.
"I tak tahu. Tapi mesej ni buat I rasa tak senang. Bukan sekali dua. Banyak kali. You tengok ni." Edora menunjukkan lagi tiga mesej hampir sama yang dihantar oleh orang yang tak dikenalinya kepada Nana.
Nana membaca mesej tersebut.
Mesej pertama - Tunang kau, Tengku Farhan curang!
Mesej kedua - Kau bodoh tak tahu tunang kau curang. Kau tak percaya dia curang!
Mesej ketiga - Hari ni aku nampak tunang kau dengan seorang perempuan di sebuah hotel.
Nana blur seusai membaca mesej ketiga. Dia kembali membaca mesej keempat.
"Orang ni macam kenal sangat dengan you dan Far. Sampai boleh bagi detail macam ni sekali. Siapa ni?" Nana beriak curiga.
"I don't know." Edora meninggikan sedikit nada suara.
"You tak nak cuba?" cetus Nana tiba-tiba.
"Cuba? Cuba apa?" soal Edora kembali dengan riak hairan.
"Cuba buat siasatan. Benar atau tak Far curang. Siapa perempuan tu. Tak nak cuba?" Nana seolah-olah memujuknya supaya mencari tahu siapa perempuan yang cuba bermain kayu tiga dengan tunangnya.
Edora terdiam. Hmm. Cuba? Atau tak cuba? Otaknya ligat membuat pertimbangan.
"Tak mungkin Far akan curang dengan I. Kalau dia nak curang, kenapa? Tak ada sebab langsung. We are happy together. Far tak pernah tunjuk apa-apa tanda yang dia curang dengan I." Setelah lama membuat pertimbangan waras, akhirnya dia memberikan jawapan berkias kepada Nana.
Betul. Far tak mungkin curang dengannya. Far cintakan dia. Dia cintakan Far. Dia setia dengan Far dan dia yakin Far juga setia dengannya. Titik!
"You percayakan Far?" Nana inginkan kepastian.
Edora pantas menganggukkan kepalanya.
"Yes. I percayakan Far. I dah buat keputusan untuk percayakan dia dan takkan percayakan mesej-mesej bodoh ni. Siapa tahu mesej ni dihantar dengan tujuan untuk mengganggu hubungan I dengan Far. Kan?" Edora tegas menyatakan keputusannya dengan alasan-alasan yang kukuh.
Nana mengangguk kepala tanda bersetuju dengan pendirian kawan baiknya.
"Betul. I rasa memang ada orang yang memang dengki sangat dengan perkahwinan you dan Far. So, I bersetuju sangat kalau you jangan ambil kisah benda-benda tak berfaedah macam ni. Teruskan dengan persiapan pernikahan you. Okey?" Nana mencuba untuk menenangkan hati Edora dengan memberikan sokongannya.
YOU ARE READING
MISS PERFECT KAHWIN MR MAID
RomanceTAJUK : MISS PERFECT KAHWIN MR. MAID PENULIS : ZANY EZATIE ISBN : 978-967-365-242-6 HARGA : RM28/RM31 Untuk melanggan layari www.penerbitanfajarpakeer.com Mengisahkan tentang seorang Miss Perfect - Syarifah Edora Tan Sri Syed Rahim. Berlagak, cerew...