Start Now

17 1 2
                                    

Heeyoung menggigil kesejukan apabila angin sejuk menerpa mukanya sebaik sahaja dia membuka pintu rumah. s..sejuknya..wahai cuaca apa yang aku buat sampai kau nak hukum aku macamni? Heeyoung mendongak kepalanya memandang langit,kelihatan benda putih terawang awang di udara.Dahlah eomma suruh beli barang dapur..kau pun nak buat hal juga? Heeyoung mendengus kecil membayangkan katil dan selimut tebalnya yang terpaksa ditinggalkan akibat ugutan eommanya.

Dengan langkah perlahan dan lemah heeyoung menutup pintu rumahnya meninggalkan segala impian dan harapannya.Kedua dua tangannya sibuk memeluk tubuh sendiri yang dilapisi sweater hijau dan seluar jean skinny biru yang sedikit banyak membantu menjadi penebat haba.Dia menuruni tangga hadapan rumahnya ke jalanan yang dipenuhi salji.

Jejaknya meninggalkan kesan pada hamparan salji putih dijalanan setiap kali kakinya melangkah.
Salji putih melekat pada kasut converse merahnya dibiarkan begitu tanpa sempat dilap.Baginya misi untuk membeli barang dapur lebih penting daripada segala galanya.Lebih cepat dia beli lebih cepat dia boleh balik ke 'home sweet homenya'.

Dia meneruskan perjalanannya

Heeyoung membetulkan mafela merahnya buat keberapa kali pada hari itu.Heeyoung menggosokkan tapak tangannya kesejukan.Lengan bajunya ditarik sehingga hampir menutup tangannya.Nafas yang dihembusnya mengeluarkan kabus sejuk seperti asap nipis. Walaupun cuaca agak sejuk tetapi hari itu agak sesuai untuk keluar rumah bagi heeyoung setelah dirinya terlalu lama terperap dan bermalas malasan di dalam rumah.

Perjalanan heeyoung terhenti seketika apabila mendapat notification daripada telefon.Aplikasi mystic messenger dibukanya.

Dia menekan butang start dan menscroll mesej mesej diaplikasi tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia menekan butang start dan menscroll mesej mesej diaplikasi tersebut.Kakinya terus berjalan.oh mesej baru...Dia terus membalas mesej satu persatu.Tiba tiba,panggilan masuk. Heeyoung melompat gembira sebaik melihat gambar pemanggil tersebut."SEVEN!!AHHH..AKHIRNYAA.."heeyoung menggoncangkan tangannya seperti budak kecil.

Tanpa membuang masa dia terus mengeluarkan earphone dan memasangkan di kedua dua telinganya.Butang hijau menjawab call ditekan kuat kerana terlalu teruja.Nasib baik telefonnya tidak rosak.

"Quote of the day:Life requires endless studying"

"Do you know this life requires endless studying?I read it while i was procrastinating."

"what about life you study today?love by any chance?Haha!"

"arghhh!!cutenya suara dia..seven would you be my husband..?" Heeyoung mula berangan angan Seven memegang tangannya dan menyarungkan cincin berlian mengatakan 'will you marry me' dan mereka berkahwin dekat angkasa di mana pandangan mereka bertentang dan....

Angan angannya terhenti apabila kakinya tersadung.Dia dapat merasakan graviti di sekelilingnya berubah.ya..dia tahu dia akan jatuh..saat itu heeyoung mula membayangkan dirinya tergolek 360 darjah seperti tayar kereta bergolek di jalan yang curam dan mukanya akan mencium tanah.Dia tahu dia sepatutnya memberikan fokus kepada jalan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Taehyung Vs 707Where stories live. Discover now