makmal satu I

53 2 0
                                    

"Syeraf , ambikkan picagari dekat situ ." Dia mengangguk . Wajah aku dibelai dahulu . Dia meneliti lebam di bawah mataku . Dan kesan kesan bekas suntikan vaksin yg berjaya dihasilkan . Dan diuji ke atas aku .

Dia tersenyum . "Kau layak jadi tikus makmal . Ketahanan badan kau cukup kuat . Sbb tu kawan kawan kau semua dah mati , sbb diaorang tak cukup kuat . Dan sbb mak diorang tak bagi makan sayur dulu hahahhahaha " hilainya . Aku tersenyum . Bukan kerana kelucuan . Tapi sebagai tanda memberontak . Pn Gaisya tak suka tikus-tikus makmalnya tersenyum bagai nampak syurga selepas ini .

Dia terpandang aku tersenyum . Pukk . Dia menendang perutku . Senak . Tapi tiada kudratku nk melawan . Habis lebam dah segala anggota badan aku . Saintis saintis gila ni nk buat uji kaji ke dera manusia sial ?

Diseretnya aku ke katil dan kedua2 tangan aku diikat kemas . dan ketat . tiada peluang langsung utk aku utk meloloskan diri . Syeraf menyedut sesuatu dari tabung uji di sebelahnya menggunakan picagari . wajahnya terhias dengan harapan agar vaksin kali ini berjaya setelah 4 kali cubaan dia dan Puan Gaisya .

Puan Gaisya menyuntik aku menggunakan jarum piston dengan salah virus yg sedang menular di dunia , yg menyebabkan aku menggelupur . terseksa . aku dapat rasakan kulitku umpama disiat dan ditikam . terasa peparu aku ingin meletus dan tercampak dari dada . nafasku tersekat . dalam nada yg perlahan , aku berkata

"Aku rela mati dari kena siksa macam ni bodoh. tolong bagi aku mati mcm kawan2 aku . aku tak sanggup dahhhhh !!!!" nada suara sedikit tinggi itu menyebabkan Puan Gaisya memandang aku dengan pandangan bencinya . Dia perlahan lahan membelai rambutku sebelum menariknya . kepalaku tersentak ke tepi katil , dan sakit hatiku semakin menebal .

"Ada aku kesah kau sakit ke tak ? Yang penting kalau vaksin aku berjaya , aku kaya " riak sombong terpahat di wajahnya .

Dalam keadaan separuh mati , pandangan aku semakin kabur , nafasku semakin perlahan ,
dan terasa segala organ dalamanku akan terburai pecah dari jasad ,

aku dapat rasa satu suntikan dingin di lengan kiriku , sebelum pandanganku terus kelam dan gelap . kali ini entah aku dapat celik lagi atau tidak .

ok aku rasa lepas ni korang pulak akan jadi mangsa .

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tikus MakmalWhere stories live. Discover now