part 4

116 5 0
                                    

"Dayana bangun la mentang-mentanglah tak kerja harini"Farah mengejutkan dayana yang masih berselimut.

"ye nak bangun la ni, kejap la 5minute please"suara Dayana yang ingin memecah bom di dalam hati Farah.

"hish budak ni aku simbah air panas kang"bebel Farah sambil menarik Dayana ke dalam bilik air.

"mandi!!"farah menjerit di tepi telinga Dayana.

"huish,nak terkeluar taik telinga aku"Dayana terus sedar apabila dimarahi oleh Farah.

Macam tu la rutin harian Farah mengejutkan Dayana setiap pagi.

Semasa di meja makan, semua berkumpul makan sarapan pagi.

"Dayana, kita nak pergi mana harini?"tanya Najah apabila diberikan cuti diberikan oleh pihak hospital.

"mula-mula kita hantar diorang ke tempat kerja and then kita shopping lepastu kita jumpa Badrul kejap, boleh tak?"beritahu Dayana kepada Najah dengan mulutnya dipenuhi dengan makanan.

"buat apa jumpa Bad"tanya Najah untuk kepastian.

Dayana hanya tersenyum "Bad ajak pergi makan dengannya"jelas Dayana kepada Najah.

"untung la Dayana dengan Najah cuti harini"sinis Ida apabila melihat Dayana dengan Najah seronok mendapat cuti.

"tu la Ida, best la diorang dapat cuti siap dapat tengok wayang lagi"tambah farah.

Fatin dengan Sipah hanya mengangguk tanda setuju sambil tersenyum.

"amboi korang,baru dapat kerja semalam dah nak cuti ke"Najah menambah perisa sindir-menyindir pagi-pagi dan menyebabkan setiap pagi akan ada karenah masing-masing menyebabkan mereka ketawa.

Semasa ingin bertolak pergi kerja, "Ida,Fatin dan Sipah naik dengan Farah ke? Sebab aku dengan Najah nak singgah jugak kat tempat kerja korang, melawat orang kerja katakan"tanya dayana sambil senyum.

"takpe la , kami naik Farah je la sebab senang sikit nanti"jelas Sipah

•••

Di dalam pejabat milik Mergah Holding, Eddy datang pada awal pagi setelah selesai solat subuh kerana ingin menyiapkan kerjanya yang tertangguh 2 hari yang lepas. Eddy menyiapkan kerjanya sehingga pukul 7:45 pagi, kelihatan seorang jejaka meluru masuk ke dalam biliknya tanpa diketuk sehingga mengejutkan Eddy.

Jejaka itu terus duduk di atas kerusi tersebut lalu terus menyapa Eddy dengan perkataan "morning".

Jejaka tersebut sebenarnya Badrul

"morning back, kenapa datang mengejut Bad?"tanya Eddy apabila kawannya kelihatan seperti sesuatu yang tak kena?.

"i need a favour from you pasal perniagaan kita"jelas Badrul tentang tujuannya datang ke pejabat kawan karipnya itu.

"so what is it?"tanya Eddy kembali tetapi sebelum Badrul menjawab soalannya ketukan di pintu menyekat Badrul untuk bercakap.

"come in"jerit Eddy.

"encik,awak ada tetamu harini?" jelas akak Thia apabila pintu dibuka.

"mana PA saya and siapa tetamu tu?"suara Eddy kedengaran agak marah kerana sepatutnya Farah yang memberitahu tentang jadual kerjanya harini termasuklah tentang tetamunya.

"tetamu tu cik Dayana and pasal PA encik saya minta maaf, bukan salah cik Farah. Saya yang sebenarnya terus ketuk bilik encik apabila melihat cik Dayana menuju ke lobi"jelas Thia dengan suara tergagap-gagap kerana takut dimarahi oleh bosnya.

"takpe la Eddy, biasa la tu Dayana suka suprise kan orang and aku sebenarnya sendiri tak tahu yang dia nak datang"Badrul menyuarakan diri apabila melihat Eddy agak marah dengan sikap Thia.

Keluhan dilepaskan apabila melihat Thia masih tercegat di pintu.

"awak boleh keluar and hantar Dayana terus ke sini and kenapa tengok lantai tu?"arah Eddy apabila kesian melihat Thia masih tertunduk melihat lantai.

"baiklah encik"segera Thia keluar dari bilik itu.

Thia terus menuju ke arah Dayana yang berada di meja Farah

"cik Dayana, encik Eddy panggil awak"beritahu Thia dan terus mengejutkan Dayana.

"tapi saya tak nak jumpa bos awak, saya datang nak melawat kawan saya je"jelas Dayana.

Setelah melihat Thia yang kelihatan serba salah dayana terus mengambil keputusan menuju ke dalam bilik Eddy.

"Assalamualaikum, boleh saya masuk ?"ketukan diberi sebelum memasuki bilik.

"come in"kedengaran suara membenarkan Dayana memasuki bilik itu.

Kelihatan di dalam bilik terdapat 2 orang jejaka yang dikenalinya.

"Mr Chil ada apa? Bad, kau buat apa pulak kat sini"soalan demi soalan terkeluar dari mulut Dayana.

"Dayana, why tak bagitau nak datang? Aduhai, Bad dengan Dayana ni sepakat ke nak datang mengejut ni?" pertanyaan Eddy membuatkan Dayana tidak faham dan keliru.

"apa kaitan aku dengan Badrul ni? Sepakat apa?"soalan bermain dalam fikiran Dayana.

"kan aku dah cakap tadi yang aku datang ni nak minta tolong kau and aku sendiri apa dayana buat kat sini"jelas Badrul yang berkacukan korea.

"seriesly Dayana datang sini just datang nak tengok kawan-kawan Dayana je macam mana kerja kat sini dan tiada kaitan langsung dengan monster ni"jelas Dayana sambil menjeling ke arah Badrul.

Apabila Dayana dengan Badrul berjumpa pasti akan ada kekecohan dan pergaduhan berlaku.

"dah la korang, jangan bergaduh la"Eddy menegas sebelum pergaduhan berlaku.

Badrul dengan muka selamba

"Dayana jumpa nanti ye sayang, my wife to-be"setiap butiran percakapan Badrul amat menyakitkan hati Dayana.

"kan abang suami, jumpa kejap lagi ye,muahhhhh"siap dengan pakej flying kiss lagi Dayana bagi kepada Badrul dan Dayana terus melarikan diri dari bilik yang menyeramkan lagi-lagi adanya Badrul.

"Badd,are you okay?"pertanyaan Eddy sambil menepuk bahu kawannya apabila kawannya kelihatan senyum sumbing selepas mengusik Dayana.

"Aku harap yang Dayana tak khawin dengan kau" omel Eddy di dalam hatinya sebalik senyuman palsu kepada Badrul.

Sebenarnya Aku Dah Cintakan KauWhere stories live. Discover now