z e r o

32 2 0
                                    

ANNOYING
00
INTRO

'Sehun dah sampai,mari duduk dekat mama.'panggil Puan Song kepada Sehun.
Sehun duduk di kerusi bersebelahan katil puan song.
'Macam mana mama boleh masuk hospital ni?'tanya Sehun kepada Puan Song.
'Mama pengsan dekat pejabat.Kanser mama dah naik tahap tiga.'jawab Puan Song sayu.
'Mana budak tu?Siapa nama dia?ahh....Jieqiong.Mana dia?'tanya Sehun lagi.
'Macam biasa la hun...Jieqiong keluar dengan kawan dia.

SEHUN POV

KELUAR DENGAN KAWAN???!!!

Mama dia dah nazak dekat hospital masih lagi boleh keluar dengan kawan dia!!Anak apa la kau ni Zhou Jieqiong??Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah.Asyik ikut kepala otak dia yang tak berapa betul.

'Hun..?'mama panggil aku dengan suara yang berat dan lemah.Mesti ada something dia nak bagitahu aku.
'Ya..'aku balas panggilan dia dengan senyuman kelat.
'Hun boleh tolong mama kan?'aku menganggukkan kepalaku.Mustahil aku tak boleh tolong mama.Mama yang jaga aku sejak omma dan appa kandung aku meninggal dalam kemalangan jalan raya sewaktu aku berumur 10 tahun.
Omma dan Mama merupakan rakan bisnes yang rapat.Disebabkan itu,mama bercadang untuk ambil aku jadi anak angkat.Omma dan appa aku mewasiatkan aku untuk mewarisi seluruh harta peninggalan mereka,dan mewasiatkan mama untuk menguruskan harta tersebut dan memberikannya kepada aku setelah aku berumur 22 tahun.Tiga tahun lepas tu pula papa meninggalkan kami semua disebabkan oleh penyakit paru-paru berlubang.Masa tu,anak perempuan mama;Jieqiong berumur 3 tahun dan dihantar ke China untuk tinggal bersama atuknya disana.10 tahun selepas papa pergi,Mama hantar aku ke Melbourne untuk menyambung pelajaran.Katanya kalau aku nak syarikat omma dan appa maju,aku kena tahu dan arif akan selok belok dunia perdagangan.Empat tahun sudah berlalu,aku dah habis belajar dan aku dah dapat kelulusan yang boleh dikatakan sangat cemerlang.Mesti omma,appa,papa and mama banggan kan?pagi tadi,mama call aku suruh aku balik Korea sebab ada benda yang dia nak dibincangkan.Aku ambil flight paling awal.Aku pun curious juga apa yang mama nak bincang dengan aku.
'Mama wasiatkan hun jaga jieqiong.Sayang dan hargai dia.Anggap dia macam adik kandung hun sendiri.'suara mama memecahkan lamunan tentang masa silam yang tidak akan boleh aku lupakan.
'Hun memang anggap Jieqiong tu macam adik hun sendiri.'balasku diselitkan sebuah senyuman tipis.
'Nanti 3 minggu selepas mama pergi,Peguam Lee akan datang untuk bacakan wasiat tu.Berkenaan wasiat omma dan appa sehun,mama dah turunkan nama sehun untuk menjadi waris tetap keluarga Oh.'aku sekadar mengangguk sebagai balasan.Mungkin inilah masanya aku nak balas segala kebaikan yang mama korbankan untuk aku dan keluarga aku.
'Mama nak jumpa jieqiong.Boleh hun tolong mama cari dia?'aku mengangguk.
Sebelum keluar,aku sempat bertanya kepada mama 'Mama tahu mana Jieqiong selalu pergi?'mama senyum dan dia jawab 'KINGS CLUB'

KINGS CLUB?!Liar betul perempuan ni.

END SEHUN POV

Sebuah kereta hitam berhenti tepat dihadapan kings club.Seorang lelaki berambut blonde keluar dari kereta mewah tersebut sambil matanya liar mencari seseorang.
'Zhou Jieqiong!'jerit Sehun apabila terlihat susuk tubuh gadis yang dicarinya.

JIEQIONG POV

'Zhou Jieqiong!'aku menoleh ke arah suara orang yang memanggilku.
Dari mata kasar aku,lelaki ni boleh tahan hot,tapi macam tua dari aku.TUA SANGAT.Dahlah rambut putih.Siapa pula dia ni?Mafia?
'Kau Jieqiong kan?'aku dengan beraninya berjalan selangkah maju kehadapan.
'Ya.Pakcik ni siapa ya?'aku bertanya dengan nada yang sangat lembut.Sebab mama aku kata kalau bercakap dengan orang tua kita kena bersopan-santun,baru orang nak ambil jadi isteri.
'Ikut aku.'pakcik tu tarik tangan aku kasar.
'Eehhhh.Sedap hati pakcik je nak tarik-tarik tangan saya.Tangan saya yang flawless ni ada insuran tau.'bebelku kepada pakcik hot tu.Siapa suruh,ikut sedap atuk nenek dia je nak tarik tangan anak dara orang.
'Kau nak ikut cara lembut atau cara kasar.'aku rasa pakcik ni tengah on mood nak marah sebab aku nampak dada dia asyik turun naik.
'Saya tak ikut stranger'balas ku kepada pakcik rambut putih tersebut.
'Okey.'dia masuk dalam kereta dia.But,dia bisik something dengan bodyguard dia.Mengumpat la tu.
Aku pusing belakang nak masuk dalam kereta Somi,tiba-tiba aku rasa macam diawang-awangan.

ANNOYING
;tobecontinued

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ANNOYING OSH x ZJQWhere stories live. Discover now