Permata pertama

49 0 0
                                    

"Maaf madam saya dtg lambat tadi drive thru mcd ramai org pulak tiba tiba"- aku
"Haiyaa u ah mau belajar ka mau makan mcd?"- madam

Kemudian mulalah membebelnya tak henti henti

"Eeeeeeeeeeettttt"- bunyi pintu dibuka

Semua mata tidak lagi ke arah madam yg tgh membebel kerana aku dtg lambat, semua tertumpu kepada pintu untuk melihat mangsa seterusnya. Aku pon apa lagi mengambil peluang untuk senyap senyap menyelinap ke tempat duduk. Pada mulanya aku tidak menghiraukan siapa yg bakal dimarahi madam, aku hanya sibuk "bros handshake" dengan member member aku yg lain. Member member aku pon tak fokus siapa yg masuk. Sedang asyik berborak,

"Zassss" bunyi hentakan meja
"Haiyaaa kamu semua ini banyak nakal ma, bising lagi bila mau start kelas haiyaa"- madam

Ketika itulah aku terkejut melihat apa yg berada di pandangan aku. Rupa rupanya seorang gadis yg cantik jelita dtg lagi lambat dari aku. Aku kan lelaki, apa lagi aku bukan main bahan lagi gadis itu bersama kawan kawan aku tanpa aku sedari bahawa tempat duduk yg kosong hanyalah kerusi hadapan aku. Apabila gadis itu duduk saja aku terus diam seribu. Segan malu.  Mana taknya dah seronok bahan tetiba dia duduk dekat je dengan kita. Haihh tetapi hati aku merasakan lebih dari itu. Perasaan itu sudah jauh tidak aku alami.

Hari demi hari tidak lagi aku berani bertegur sapa, walaupun setiap hari kedudukan kami dalam kelas sama. Dia di depan kemudian aku duduk di belakang.

Tetapi aku perasan suatu benda, yang dia ni tidak ada rakan. Bukanlah seorang yg pendiam tetapi seorang yg suka bersendiri. Bahkan duduk bersebelahan dengan rakan sekelas pon tidak bertegur sapa. Aneh. Mahu bertanya segan pula aku. Hinggalah tiba pada suatu hari itu. Hujan lebat membasahi bumi. Kelas pula berjalan seperti biasa. Tetapi yg datang kelas kurang daripada 5 org, kerana yg lain menaiki motor dan ada yg berjalan kaki. Siapa yg naik kereta aja hadirkan diri ke kelas. Di saat aku mahu membuka pintu kelas, tangan aku sudah hampir ingin mencapai pemulas pintu, ketika itu berlari berteduhkan fail serta buku, seorang gadis, yg berada dalam keadaan basah kuyup. Rupa rupanya dialah si gadis jelita yg dtg lambat itu. Kesian melihat serta bingung aku melihat bagaimana dia hendak masuk kedalam kelas yg sejuk seperti di negara eropah kerana aircond yg lain macam menyengat sejuknya sehinga ke tulang tulang.

"Awakkkkkk kejap"

"Iya kenapa awak tak masuk lagi?"
"Nanti madam marah lagi"

"Tak awak dah basah kuyup ni, awak boleh ke masuk kelas ni? Sejuk tu di dalam"

"Eh tidak apalah sikit je ni nanti kat dalam kering lah"

Aku tersenyum dengan melibat perwatakan nya yg sambil bercakap sambil membetul kan rambut nya yg basah itu.

"Okay macamnilah, awak amik lah sweater saya ni, pergi tandas tukar baju awak dengan sweater"

"Eh takpelah itu awak punya nanti awak sejuk di dalam" -sambil menggeletar tidak tahan sejuk

"Tak... tidak apa, awak lebih memerlukan dari saya, nah ambillah"
-sambil aku senyum memberi

Dia pon menerima sweater aku dan menukarnya sebelum masuk ke kelas.

Tetapi aku masih tidak tahu siapakah nama si gadis jelita ini. Hmm..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

"awak handsome"Where stories live. Discover now