JAM loceng yang diberi oleh Raudah telah pun berdering. Biasalah aku ni memang jenis susah bangun. Hehehe malu la pulak saya 🙆🙈
"Harghhh !" Ujarku sebagai tanda menggeliat.
"Woi janganlah geliat centu gayanya. Elok elok lah sikit. Aku ingatkan harimau mane datang tadi.Ey chipmunk ni." Ujar musuh aku yang paling aku benci benci sayang iaitu abang aku. Sayang? Ey!
Memang abang aku lah yang mulakan ejekan chipmunk itu. Sehinggakan keluarga aku semuanya terjebak penyakit ejekan itu daripada dia.
Tanpa berlengah lagi, aku terus mencapai tuala dari penyangkut dan berjalan menuju ke bilik air. Al maklumlah Encik Radzi seorang yang tegas serta menepati masa. Mereka kenalah cepat sedikit. Kalau tidak, tak sia sia je dapat bebelan api dari dia. Bebelan dia bukan macam lelaki lelaki biasa. Mengalahkan mak jemah tu. (Eh sorry author terbebel seketika hehe) okey! Back to the story !
Tepat jam 7 pagi mereka sudah pun tercegat di depan pagar sekolah. Halamak! Hari isnin pulak! Aku paling benci dengan perhimpunan. Tambahan lagi kena dengar ucapan sepatah dua kata sangat dari puan guru besar. Bukan setakat sepatah dua kata, berpatah patah sampai aku naik patah hati dengar ucapan tu.
************
KRINGGGGGGG ! Masa untuk rehat yeah!Aku dan Raudah turun ke kantin untuk menjamu selera. Orang lain turun berkumpulan. Aku ni jenis tak suka berkumpulan. Sebab aku ni tak DIVA!
Semasa aku beratur untuk membeli makanan,kebetulan pula aku terserempak dengan Fiqri Firdaus. Dia selalu menyakat aku. Kata orang, dia cubs nak tackle aku. Tiba tiba geng geng diva yang diketuai oleh Tengku Qairina Dahlia Binti Tengku Adam yang memang selalu cari nahas dengan aku mendekatiku sambil berbisik dan berdehem.
"Hem , for your information, Firdaus ni mine. I punya boyfriend okey. U jangan nak sebok kacau relationship kiteorang." Dia tergelak jahat sedikit dan rakannya senyum yang nak kena pijak tu.
Kemudian Tengku Qairina Dahlia melanggar bahu aku dan menyentuh bahu Firdaus.
"Hye baby sayang! How are you ? Jangan la dekat dengan dia lagi. U kan boyfriend I." Ujar Tengku Qairina dengan suara yang menggoda. Ey geli geleman aku dengar.
"Eh! Sejak bila kita ni ada relationship?" Ujar Fiqri Firdaus dengan riak wajah yang pelik.
Aku tersenyum sinis. 'Hah padan muka. Gedik lagi.' 'Eh astaghfirullahalazim,ape aku ni." Aku tergelak dalam hati.
*******
Pada jam 5 petang,kami akan bersembang di pondok kecil milik arwah datuk aku. Kami akan ke kedai burger serta iceblended Untuk kunyah kunyah sambil bersembang.Aku menceritakan perihal Tengku Qairina itu kepada Raudah. Memang dialah tempat aku untuk mengadu. Raudah dengar pun acuh tak acuh je yang disebabkan dia sedang makan burger daging special. Tambahan pula dia sedang ber 'whatsapp' dengan Adham Zulkifli,crush dia. Lagi lah tak dengar aku punya luahan ni.
P/S : Maaf perkataan sis tak gempak sangat. Sebab ni first novel yang sis tulis. Dan sorry juga sbb lambat nak update MJC 1 hehehe. Harap korang semua terhibur dengan novel ni. Oke babaii 🙆
YOU ARE READING
Musuh Jadi Cinta ?
Teen FictionMusuh jadi cinta ? Hm betul la orang kata . Jangan benci sangat dekat orang nanti lama lama tersuka . Ter eh bukan sengaja okey ?