Kala Malam Bulan Mengambang

2.5K 17 3
                                    

Selalunya waktu macam ni aku dengan dia dah sama-sama duduk dekat atas bangku taman ni. Tapi malam ni dia tak sampai lagi. Aku pun dah garu hebat dah ni sebab nyamuk ya ampun merah kulit putih aku.

Terkadang aku paling jam dekat tangan aku. Dah pukul 11p.m. Patutnya dia dah sampai. Apa? Telefon dia? Dia tak ada telefon bimbit. Katanya mak ayah dia simpankan. Tak tahu sebab apa. Aku pun malas nak tanya.

Aku rasa dia macam tak datang je malam ni. Selalunya aku tak perlu pun buat perjanjian dengan dia sebab setiap malam memang kami akan berjumpa dekat sini. Dekat bangku ni. Dekat taman ni.

Eh seram pula dengar bunyi burung hantu ni. Rasanya aku patut balik. Hari pun dah gelap sangat ni. Jumpa esok lah!

"Suraya, tunggu!" Aku terdengar suara orang memanggil namaku. Aku menoleh. Ah dia rupanya. Kenapa comot sangat mulut tu?

"Kenapa awak lambat? Saya nak balik dah tadi." Aku pura-pura merajuk sambil menyilangkan tangan ke dada dan memalingkan muka.

"Kan saya kerja. Lupa ya sayang?" Dia cuba menghadapkan mukaku ke arahnya.

"Kerja apa pula?"

"Okay, malam ni malam apa?"

"Em malam khamis."

"Kalau hari khamis saya kerja kan?" Katanya memujuk dan menarikku agar duduk bersebelahan di atas bangku.

Dia kacak. Dia sememangnya lelaki yang baik. Aku teringat waktu aku jatuh cinta pada dia pada pertama kali. Masa tu, aku sedang duduk berseorangan disini. Di bangku yang sama. Ketika itu, aku sedang menangis kerana ditinggalkan kekasih hati. Dia lah yang datang menghiburkan aku.

Lama kelamaan, cinta kami berputik. Makanya, setiap kali malam menjelma kami akan bercanda di sini. Di bangku ini.

"Awak tak rindu saya?" Aku dapat merasa hembusan nafasnya terkena tengkuk ku. Hangat dan mendamaikan. Dia pandai bermain intonasi kata. Kesemua perkataan yang keluar dari bibirnya itu selalu mengasyikkan telinga.

"Kenapa sayang diam? Sayang marah lagi ya?"

Aku lantas menggelengkan kepala lalu memandang tepat matanya.

"Awak sayangkan saya?" Tanya aku padanya.

"Sayang sangat!" Jawabnya sambil menggenggam kedua-dua belah tanganku.

Dia makin merapatkan bibirnya ke leherku. Aku pejamkan mata menghargai setiap detik yang akan terjadi.

Tangan dia mula melingkari pinggangku. Aku tidak membantah malah aku masih rapat memejamkan mata.

Nafasnya hangat dan mengghairahkan. Dia sangat istimewa. Aku nampak dia membuka bibirnya dan melekapkan ke leherku.

Aku tidak kisah apa pun dia, siapa pun dia. Bersaksikan bulan mengambang pada malam ini, di bangku ini seperti malam-malam sebelumnya, dia akan menghisap darahku untuk dia terus hidup dan bisa berjumpa aku di dunia yang bukan alam nya demi cinta kami bersama.

CERPEN ADUKWhere stories live. Discover now