Bunga Harum Sundal Malam

1.9K 13 0
                                    

Pagi macam ni lah boss panggil suruh overtime. Padahal aku dah minta cuti untuk dua hari. Nak tak nak, terpaksa aku kerja memandangkan boss dah janji nak bayar double dari gaji harianku.

Aku bersiap macam orang malas. Aku sarungkan seluar slack hitam, baju ala Saloma kembang di lengan dan mengikat rambutku dandanan bridemaids. Aku capai beg tangan pemberian bekas tunangku yang berharga RM450.89 dan mencapai kunci kereta Myviku yang aku sangkutkan di penyangkut kunci disebelah pintu keluar.

Aku melangkah malas sambil sedaya upaya membalas senyuman jiran-jiranku. Mereka agaknya tidak bekerja. Kerana aku ternampak Kak Saodah sedang memimpin tangan anak kecilnya yang mungkin berusia 4 tahun masuk ke dalam rumah setelah aku melepasi mereka.

Tak apa lah, mungkin Kak Saodah tak perasan senyumanku. Masih berbaki satu tingkat lagi tangga. Ya, aku menetap di rumah flat. Disebabkan kekangan krisis kewangan Malaysia, aku cuba sehabis baik untuk menyewa flat yang murah. Dan hasilnya aku mendapat flat yang sewanya bulanannya percuma. Kenapa tak percaya? Tu rezeki aku lah.

Aku melajukan lagi langkahanku. Aku hampir sampai ke kereta Myviku. Aku menekan punat kunci dan masuk ke dalam kereta. Aku menhidupkan enjin dan berfikir patutkah aku memanaskan enjin terlebih dahulu? Dan aku memilih ya.

Sementara menunggu enjin suam-suam kuku, aku memerhati keadaan sekeliling. Hari ni nampaknya penduduk flat ini tak ramai yang keluar rumah. Mungkin penat ataupun bercuti. Hari apa agaknya ya hari ni? Aku lupa.

Setelah 10 minit menunggu, aku mula mengundurkan keretaku dari tapak parking. Tiba-tiba aku terasa seperti tayarku menggelekkan sesuatu. Aku berhenti. Aku turun untuk memeriksa.

Ah, shit! Kenapa langgar budak pula ni?

Aku angkat budak itu dan meletakkannya ke tepi. Eh sekejap! Ni bukan anak Kak Saodah ke? Kesiannya dekat Mimi. Maaflah akak tak nampak. Sumpah aku tak perasan Mimi ada dibelakang keretaku.

Bukan ke tadi dia ada dirumah?

Aku berjalan menuju ke arah pintu keluar kalau ada orang yang sudi membantu. Aku paling jam ditangan. Aku dah lambat nak pergi kerja. Aku masuk ke dalam kereta dan aku menuju ke tempat kerjaku.

Malam itu aku sampai rumah waktu maghrib. Sunyi sangat kawasan flat ni kalau waktu malam. Kalau nak bising tu tunggu waktu pukul 11p.m. Memanglah haru sebab budak-budak kutu rayau sibuk melepak dekat tangga. Ala, anak jiran-jiran aku juga. Makanya aku tak kisah sangat. Sekurangnya tak ada sepi flat ni.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Sekali lagi aku akan melalui rumah Kak Saodah. Haa pintunya terbuka. Aku cuba menjengah ke dalam. Tapi aku cuma nampak Mimi sahaja sedang ralit menonton televisyen.

Sedang aku memerhatikan kecomelan Mimi, tiba-tiba Kak Saodah datang menutup pintu. Em nasib baik tak kemek hidung aku ni. Aku terkadang tak faham kenapa Kak Saodah sangat membenciku.

Sedang leka aku membaca majalah, dah pukul 12 a.m. rupanya. Dah tengah malam ni. Aku letakkan majalah Wanita itu di atas meja kopi dan aku berlalu ke arah bilik tidurku.

Malam ni, aku melakukan rutinku seperti biasa. Itulah sebabnya aku minta cuti dari boss. Sebab sekarang ni badan aku terasa letih sangat sebab dah bekerja siang tadi.

Dan seperti biasa, balkoni rumahku akan menjadi tempat lepakku. Aku seronok melihat budak kutu rayau lari lintang pukang bila terlihat aku. Aku terkenang sekejap pada saat aku terlanggar Mimi dahulu. Pulang dari kerja entah macam mana aku boleh terfikir nak terjun dari balkoni ni.

Pada awalnya aku cuma nak bertenang kerana dah melanggar seorang budak tapi akal tak waras menguasai aku. Tu sebabnya aku terjun. Dan rumah ini aku duduki sampai bila-bila sekalipun.

Tapi aku masih boleh tersenyum kalau Kak Saodah membenciku sekalipun kerana sekurangnya, aku sempat meletakkan mayat Mimi ke tepi pintu masuk rumahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERPEN ADUKWhere stories live. Discover now