#lawalafamilia

21 2 0
                                    

aku bukan siapa siapa.
hanya cuma mengharapkan
keredhaanNya.

mungkin aku lupa.
aku punya keluarga.
keluarga yang banyak kerenahnya.
tapi cuma satu kupinta.
Jangan hilangkan rasa sayang ini
pada mereka.

ya sayang.
jujur aku sayang.
kata orang,
carik carik bulu ayam,
lama lama bercantum juga akhirnya.
kerana itu aku masih sayang.

gaduh? sudah biasa.
perli? aduh, itu rutin harian.
jadi mengapa masih ada rasa tidak suka.
kelak kita akan rindu mati matian?

hanya sekadar tulisan.
kerana aku penat berlisan.
sudahnya hari ini cuma berkias kiasan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

aku.Where stories live. Discover now