Part 1 :Bilik Disiplin

211 13 1
                                    

"KRING!!" Bunyi loceng sekolah berbunyi menandakan perhimpunan sekolah bermula.

"Weii ini semua pasal engkaulah kita lewat!" Omel Fifiey kepada Erin gadis berkelakuan seperti lelaki.

"Aku pulak yang kena?" - Erin

"Eh yelah. Engkau yang buat parti maggi malam tadi,sampai kita tidur lewat"Celah Anne secara tiba tiba .

"Eh mana ada,Yana dan Shila yang buat lawak bodoh sampai kita tak henti henti tambah maggi"Sambung Erin tanda tidak puas hati.

"Ah well"Jawab Yana dan Shila serentak dengan bangga.

"Sudah sudah. MASALAH SEKARANG NI KITA TENGAH LEWAT KE DEWAN" Tegur aku untuk meleraikan pertengkaran mereka
"Kita DAH lewat bukan TENGAH lewat. Sekarang ni dah pukul 7:30am!" Jawab Trishia yang membetulkan tatabahasa aku.

Dalam keadaan terburu buru,tiba tiba Fifiey terlanggar Cikgu Disiplin yang terkenal dengan botaknya. Ye,tak lain tak bukan CIKGU KAMAL,seorang yang tegas .

"Kamu sepuluh orang ni pergi ke bilik disiplin selepas Perhimpunan ni!" Tegas Cikgu Kamal sambil memegang rotan.

"Baik Cikgu"Jawab mereka menunduk

Skip terus ke bilik disiplin..
Kami semua sudah berada di depan bilik disiplin namun tiada sesiapa yang berani masuk ke bilik tersebut.

"Kau masuk dulu" Erin menolak bahu Isabelle

"Eh Maria jelah" Isabelle menolak Maria sehingga betul betul di hadapan pintu bilik tersebut

"Aku jelah masuk. Buang masa lah korang ni. Sila meninggal lah"Celah Humaira

Kami pun masuk didahului oleh Humaira. Setelah berada di dalam bilik tersebut, Cikgu Kamal pun masuk sambil membawa sepinggan mi goreng dan meletakkan ia di atas meja. Cikgu Kamal duduk sambil membaca rekod disiplin yang dilakukan sepuluh orang gadis tersebut. Terbeliak biji mata Cikgu Kamal apabila melihat rekod disiplin kami. Cikgu Kamal pun menggeleng.

Cikgu Kamal pun sengaja membaca dengan kuat agar kami mendengar sendiri rekod disiplin kami "Fizza Aina BT Basir pernah bertumbuk dengan Nur Maria BT Matahir? Uishh biar betul? Kalau masuk WWE mesti dah menang ni." Sambil memandang ke arah Fifiey dan Maria. "Erin Fatma BT Sazali, Nurul Batrishia BT Iskandar dan Humaira Rasyida BT Abdul Wahid pernah ponteng kelas. Hmm boleh tahan pandai dah? Boleh ambik kerja terus kat luar negara kalau dan pandai sangat." Erin,Trishia dan Humaira saling berpandangan. "Menurut rekod disiplin ini kamu semua memang pernah buat kesalahan tak kira lah yang nama yang saya ada sebut ataupun tidak, kamu semua memang saling terlibat."

Tiba tiba bunyi bising dari luar membuatkan kami terkejut. Tetapi kami langsung tidak menghiraukan bunyi tersebut. Tanpa melengahkan masa, Cikgu Kamal melaksanakan hukuman rotan ke atas kesalahan kami lewat ke sekolah.

15 minit pun berlalu..

Kami leka melihat Cikgu Kamal menghabiskan Mi Goreng sambil merotan kami sebentar tadi. Kelaparan nampaknya cikgu tu ye HAHAHA.

"Habis kena bebel. Dengan sindiran pedas lagi tu." Bisik Maria di depan pintu semasa hendak keluar daripada Bilik Disiplin.

Setelah kami keluar, kami terpaku apabila melihat satu sekolah saling menggigit. Tiba tiba bunyi jeritan di dalam bilik disiplin menarik perhatian kami. Kami baru teringatkan Shila di dalam Bilik Disiplin. Tanpa melengahkan masa, kami terus menyerbu ke dalam bilik tersebut. Kami mendapati Cikgu Kamal berlumuran darah di mulut! Matanya berwarna merah dan putih keseluruhannya. Bibir dan kulitnya pucat. Aku segera menarik Shila keluar daripada bilik tersebut. Cermin bilik itu habis pecah dikerjakan Cikgu Kamal yang seolah olah dirasuk hantu yang cuba mendapatkan kami. Nampaknya bilik disiplin itu tinggal kenangan huhu.

Hidup tetapi Mati!Where stories live. Discover now