"Izan....teh tarik, satu!" laung Mak Munah kepada Izan apabila mengambil pesanan salah seorang pelanggannya.
Izan atau nama sebenarnya Sharifah Norizan sudah bekerja di warung Mak Senah sudah hampir 4 tahun sebagai pembuat air. Jeritan Mak Munah iaitu ibu angkatnya ternyata menghentikan lamunan Izan mengenai kehidupan keluarganya yang sarat dengan kesedihan dan air mata.
******************************
Pada tahun ini, usianya sudah genap 16 tahun dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Dia bertekad untuk lulus dengan cemerlang bagi peperiksaan tersebut agar memudahkan laluannya untuk menyambung pelajaran di universiti..Dia mahu mengejar impian dan cita-citanya sebagai seorang jururawat.
Namun, harapannya hancur saat memikirkan keadaan keluarganya yang hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan. Izan membesar dalam kepayahan dan penuh penderitaan bersama 7 orang adik-beradiknya yang lain.
Ibunya, yang bernama Sharifah Zarina telah menghawini seorang lelaki bernama Mohamad RIdzuan yang bekerja sebagai buruh binaan. Namun, ternyata ibunya telah tersalah langkah saat bersetuju untuk menjalani hidupnya bersama lelaki tersebut.
Ayah Norizan sering menghabiskan masanya dengan berjudi..Setiap wang yang diperolehinya pasti akan dihabiskan untuk bermain judi tanpa memikirkan keadaan keluarganya dirumah..
Izan dan adik beradiknya yang lain tidak pernah mengenal erti kemewahan dan kesenangan. Hidup keluarganya tidak seperti orang lain disekelilingnya. Dari kecil hingga dewasa, setiap baju yang dipakai oleh adik beradiknya kelihatan amat lusuh dan koyak rabak.
Gaji ayah Izan sebenarnya dapat menyara kehidupan keluarganya dengan baik kerana hasil pendapatannya mencecah RM30- RM40 sehari..Meskipun begitu, ibunya tetap menuntut nafkah dari suaminya sebanyak RM1 atau RM2 setiap minggu demi membeli makanan..
Walaupun tidak banyak, namun ianya sudah cukup bagi ibunya untuk mengelakkan anak-anaknya kebuluran dan kelaparan..Hampir setiap hari, ibunya akan pergi kekedai runcit dihujung kampung untuk membeli sebungkus cili giling. Pada masa itu, cili giling itu hanya berharga RM0.20 ....
Setibanya dirumah, ibunya akan menumis cili giling itu dan memberi makan Izan dan adik-beradiknya yang lain. Nasi yang berlaukkan sambal cili giling itulah yang dapat membolehkan mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Izan merupakan anak kedua dari 8 beradik. Dia mempunyai seorang abang yang bernama Hisyam berusia 11 tahun. Manakala adik bongsunya pula berusia 4 bulan yang dinamakan Alia. Setiap hari, Izan dan adik beradiknya yang bersekolah iaitu Hisyam dan Hamidah hanya kesekolah dengan beg dan pakaian seragam yang amat lusuh dan kotor.
Mana tidaknya, setiap hari ibunya akan mencuci pakaian mereka tanpa sabun pencuci kerana tidak mampu membelinya. Mereka juga akan kesekolah tanpa wang saku dan hanya menelan air paip untuk menghilangkan dahaga dan membasahkan tekak.
Izan masih ingat, dia dan adik-beradiknya cukup berbeza dengan anak-anak jirannya yang lain. Mereka tidak pernah bermandi dengan sabun mandi dan juga tidak menggosok gigi.
Setiap perkara itu tidak pernah luput atau pudar dari ingatannya. Semuanya itu masih segar dalam ruang ingatannya. Biarpun begitu, Izan mengakui bahawa mereka membesar dengan kasih sayang dan perhatian yang cukup dari ibunya, Sharifah Zarina.
Biarpun dugaan dan ujian yang mereka hadapi begitu perit untuk ditelan, namun Izan merasakan bahawa Tuhan itu Maha Adil dan Maha Pengasih , kerana mereka masih diberi peluang untuk merasakan nikmat kebahagiaan bersama ibunya, Sharifah Zarina.
Namun, semua kegembiraan itu tidak bertahan lama...sehingga suatu perkara terjadi..
****************
YOU ARE READING
Kehilangan (One Shot)
Teen FictionMengisahkan kehidupan seorang remaja bernama Sharifah Norizan setelah kematian ibunya. Pelbagai kejadian dan tragedi yang berlaku dalam hidupnya... -DIILHAMKAN DARI KISAH BENAR- Published : 1/12/2016