1. Burger Terakhir di Kota Kinabalu

3 0 0
                                    

Kata Undul, mi goreng udang di siring pasar Filipina sudah tidak beroperasi sehingga lewat malam. Itu biasa kalau di bandaraya Kota Kinabalu.


Tok! Tok! Tok!


Pintu hotel diketuk tiga kali. Aku tercengang sikit-jam di birai katil. Almaklumlah check-in sendirian berhad. Aku melihat ada flyer yang dimasukkan melalu bawah pintu. Aku lari kecil mendapatkannya, 'Burger Special Delivery Malam Ini Sahaja!'


'Kenapa kunun pelik flyer ni?' Aku jeda sikit-jam dan buat keputusan.


'Cubalah kunun WhatsApp, manatau sedap. Tapi bulih percaya kaini?' Segera mesejnya dibalas.


Ok, bos. Bagi kami masa selama 30 minit. Tunggu punya tunggu, usai mandi laju-laju aku siap-siap pakai minyak wangi Playboy.


Tok! Tok! Tok!


'Ngam-ngam 30 minit. Laju juga. Ah, mangkali lokasi diorang memang dekat.' Aku buka pintu.


Jeng! Jeng! Jeng! Kotak besar berwarna coklat terletak kemas di depan pintu. Alangkah kotigognya my heart membaca tulisan tertera di kertas A4 yang ditampal.


-BURGER HABIS, TAPI KAMI KASI GANTI BAPAK BURGER-


Dahi aku berkerut. 'Buduh, siapa lagi bikin prank masa urang lapar ni?' Aku sudah tidak mampu tahan amarah. Tanpa memikirkan apa-apa, aku langsung buka kotak itu. Ada kain pelikat yang menutupi. Tiada sebarang gerakan. Jadi, aku buka lagi kain pelikat itu.


"Surprise!" Undul yang trep lipat badan bingkas bangun dan memalitkan sos dan mayonis di muka aku. Dia sua burger di mulut aku. "Terkejut kau, boy?"


Dalam kalut Undul dan Patahamin yang mengasi habis makan burger, datang seorang perempuan muda berambut blonde.


"Kamukah yang order burger tadi?" Undul dan Patahamin berpandangan sesama sendiri sambil geleng kepala.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 02, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Random Okito SilhuotWhere stories live. Discover now