“Lon bangun”..kejut En.Roslan sambil mengoncongkan tubuh anak terunanya...
“Emmm!”...Raylon menarik selimut untuk menutup mukanya yang terkena sinaran matahari
“Lon bangunlah!” Suara En.Roslan begitu tegas tapi Raylon masih berada di atas katil lagi tidak beranjak sedikit pun. membuatkan En.Roslan geram 'nanti kamu' suara dalam hati En.Roslan berkata...
En.Roslan terus bangun lalu masuk ke dalam bilik air dan keluar membawa satu "beladi" yang berisi Air, tanpa membuang masa En.Roslan terus menyiram anaknya membuatkan Raylon menjerit sedikit...
“Apa nii,ayah!”Suara Raylon kelihatan tegas dan terus bangun dari tempat tidurnya....
“Ha! Ni lah padannya,liat sangat nak bangunkan”.marah En.Roslan, “dah bangun pergi mandi, kita nak jalan nii” sambung En.Roslan lalu beredar...
“Ish! ayah ni,orang nak mimpi indah pun kena kacau”Bebel Raylon lalu masuk kedalam bilik air untuk mandi...
________________________________________________________________________
Keluar saja dari bilik air Raylon terus mengambil baju yang berwarna hitam lalu dilapiskan jaket berwarna hitam putih, seluar jeans yang koyak sedikit di bahagian lutut diambilnya untuk dipakai. Akhirnya siap pun, Raylon melihat apa cermin
'Hemm hensome juga aku ye' kata Raylon dalam hati sambil berpeluk tubuh....
Sementara ayahnya yang berada di bawah masih tertunggu- tunggu 'ishh! Mana anak aku ni?' soal En.Roslan dalam hati, sambil melihat jam yang berada ditanganya. En.Roslan tidak mahu menunggu terus saja anak terunanya di jerit dari bawah...
Baru En.Roslan ingin memanggil anaknya tiba-tiba Raylon turun lalu berkata,
“ Jom ayah” ajak Raylon sebaik saja sampai dekat ruang tamu, tanpa rasa bersalah
“kenapa lama sangat bersiap?” soal En.Roslan yang sudah berpeluk tubuh
Raylon melihat jamnya “ Hemm baru 45 minit ” jawab Raylon tanpa rasa bersalah pun
“ Bersiap mengalahkan perempuan” kata En.Roslan sambil mengangkat begnya.
“ Raylon dah siap berkemaskan?” soal En.Roslan sambil memandang anaknya“ Hmm” balas Raylon sambil mengekori ayahnya
“ ayah nak jalan pergi luar negara, kamu tinggal dengan kawan ayah ok” Kata En.Roslan Sambil membuat isyarat tangan
“ Hmm” balas Raylon sambil mengangguk
Mereka terus berjalan menuju kereta, sebaik saja mereka masuk kereta yang dipandu oleh pemandu En.Roslan terus memecut meninggalkan kawasan rumah tersebut
========================================================
Akhirnya sampai juga mereka dekat rumah En.Samsul, kereta En.Roslan terus berhenti..
“ Rumah siapa ni ayah?” soal Raylon sambil melihat rumah tersebut
“ Rumah En.Samsul, Raylon boleh bersekolah Esok” Jawab En.Roslan
Raylon tidak bertanya lagi, En.Roslan terus saja beri salam,
Salamnya dibalas oleh En.Samsul yang sudah tersenyum manis...“ Jom lah masuk” pelawa En.Samsul sambil tersenyum
“ Takpe lah, Saya dah lambat ni” En.Roslan Menolak pelawa En.Samsul
“ Raylon, Ni En.Samsul” En.Roslan memperkenalkan Anaknya kepada En.Samsul
“ Apa khabar En.Samsul” Kata Raylon sambil bersalam dengan En.Samsul
“ Tak payah ber "Encik" sangatlah, panggil Uncle je” balas En.Samsul sambil tersenyum
Raylon hanya tersenyum.
“ Oklah Sam, saya jalan dulu. Tengokkan anak saya dalam masa seminggu nii ye” kata En.Roslan yang mahu beredar
“ Pelan-pelan, eya saya tahu. Awak jangan risau lah” balas En.Samsul sambil tersenyum
Sebaik saja memberi salam kereta En.Roslan terus saja beredar, hilang saja dari pandang Raylon terus mengikut En.Samsul masuk
“ Raylon Kamu masuklah ,anty kamu dah tahu kamu datang sini. Buatlah macam rumah sendiri. Uncle kena pergi ada kerja nak dibuat” kata En.Samsul lalu masuk kedalam keretanya lalu memecut...
Raylon terus masuk kedalam... Tiba-tiba
“ Bakkk!!!”
'Aduh! Siapa yang langgar aku ni?!!' marahnya dalam hati...
“ saya minta maaf ” kata empunya suara yang telah melanggar Raylon...
Ralyon yang masih terbaring terus saja berdiri lalu melihat muka empunya suara tersebut
“ Kau tak ada mata kerr?” marah Raylon lalu berpaling,bulat mata Raylon Melihat empunya suara tersebut..
Bersambung
*sorry lama dah tak update
*sorry kalau melapuh
*tak ada idea dah
#tunggulahbab9 ^_^
YOU ARE READING
Hello mr.Hensome [ Slow Update]
RomanceSuzi Riana yang berpindah ke sekolah baru. Suzi mempunyai keputusan yang sangat tidak baik, pengetua membuat satu cadang. Iaitu Menyuruh empat orang lelaki yang hensome mengajar Suzi. "Dah lah Semua hensome, cair juga aku nanti" - Suzi Riana Tapi l...