Bab 10

2.3K 148 0
                                    

....Khairul.

Aku terpempan. Apa aku nak buat ni? Kenapa mamat ni naik atas? X kan dia x tahu peraturan kut.. Ya Allah~
Apa patut aku buat sekarang ni? Zanis,tolonglah aku!

Err.. Kenapa awak berdua naik? Para pelajar tidak dibenarkan naik ke tingkat atas.
Ujar aku perlahan namun masih dapat didengari Fuad dan Khairul.

Maaf! Kami akan turun sekarang juga.
Fuad bersuara jua mematikan situasi yg janggal ini.

Namun aku lihat Khairul tetap berdiri di situ. Dia tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia akan pergi sementara aku masih kaku. Tidak tahu mahu beriaksi sepertimana.

Keadaan mula sunyi. Khairul merenung aku bagai hendak makan aku. Aku pun x tahu kenapa dia tenung aku sampai macam tu. Takut pulak aku dibuatnya.

Mia Zulaikha,nama penuh awak,kan?
Tanya Khairul kepadaku.

Dia dah ingat aku ke? Janganlah ingat! Tolonglah, aku x sanggup!

Aku yg sebelum ini menunduk mula mengangkat kepala memandang seraut wajahnya.

Wajahnya tetap sama seperti 2 tahun lepas. Hanya suaranya sudah menjadi garau.

Wajah ini yg aku sentiasa tatap di dalam diam setiap hari.

Jejaka inilah yg telah memberikan aku semangat dan harapan untuk aku meneruskan sesuatu yg aku jangka aku x kan dapat lakukan namun apabila ada jejaka ini,aku rasa tenang. Segala perkara dapat aku lakukan dengan mudah.

Wajah inilah yg telah aku rindui untuk tatap selama 2 tahun yg lalu. Pada tika itu,aku sentiasa bimbang..bagaimana jika selepas ini aku tidak dapat bertemunya lagi?
Aku bimbang dan ianya amat menyesakkan dadaku.

Setiap malam aku akan fikirkan tentang dirinya..adakah aku telah membuat keputusan yg betul?
Namun persoalan itu tidak berjawab sehinggalah aku bertemu dengan dirinya sekarang ini.

Sungguh aku rindukan dirinya walau aku tidak zahirkan pada pandangan manusia selama ini.

Dan..kolam air mataku tumpah juga.

Aku merenung wajahnya semahu-mahunya.

Aku rindukan kau!

Maafkan saya. Saya mahu ke tandas sekejap. Dan saya tidak mahu nampak muka kamu berdua di tingkat atas ini lagi bila saya datang balik nanti.
Sempat aku berpesan kepada mereka berdua sebelum aku berlalu ke tandas perempuan.

Mia...
Nama itu meniti juga pada dua ulas bibir Khairul.

             ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di dalam tandas...

Haila..kau ni,Mia! Buat malu je!
Aku akhirnya termalu sendiri setelah aku tumpas sekali lagi huat insan yg bernama Khairul.

Tapi aku x mimpi,kan? Khairul memang pindah ke sekolah ni,kan?
Soal aku pada diri sendiri sambil kedua-dua tanganku menepuk-nepuk kedua belah pipi perlahan.

Aku menguntumkan senyuman. Senyuman itu dapat dilihat melalui pantulan cermin yg berada di dalam tandas itu..

Khairul kau pernah menetap di hatiku suatu ketika dahulu namun aku tidak akan benarkan perkara itu berulang lagi!

Tidak akan!
Monolog aku sendirian.

Pengawas ★ Kerek Itu, Aku Punya! ♡Where stories live. Discover now