Sudah tibanya cuti semester dan perkara ini amat menggembirakan buat kebanyakan pelajar. Cuti semester merupakan satu ganjaran yang besar bagi mereka yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi, setelah menghabiskan 1 minggu terakhir dengan menduduki 'final exam'.
Amirah Haura teringatkan kepada ketika kertas terakhir telah pun tamat; semua pelajar bergegas ke bilik masing-masing bagi menyiapkan diri untuk pulang ke rumah lalu berjumpa dengan kedua ibu bapa tersayang. Ada juga yang telah siap packing awal-awal kerana tergesa-gesa hendak ke lapangan terbang disebabkan flight ke rumah akan bertolak 3 jam selepas peperiksaan tamat.
Roommatenya sedang berpacking dengan wajah yang teruja, namun Amirah hanya duduk di hujung katil sambil termenung ke arah begnya yang masih kosong. Fikiran Amirah sedang dipenuhi dengan bayangan soalan-soalan peperiksaan yang dijawabnya seminggu terakhir ini. Rasa seperti usahanya tidak mencukupi. Ah! Yang lepas biarkan lepas. Sekarang yang penting adalah packing.
Semangat Amirah telah pun kembali lalu Amirah pergi ke lockernya dan mengeluarkan pakaian yang hendak dibawa balik. Teddy bearnya juga tidak dilupakan.
-
Dakwah itu berat. Memberi nasihat kepada seseorang merupakan beban. Sungguh! Dan Amirah telahpun menjadi saksi serta merasakan sendiri keberatannya.
Ketika cuti semester sedang berlangsung, Amirah ingin qadakkan masa-masanya dengan bermain internet; yang merupakan suatu aktiviti yang sukar untuk dinikmati ketika di kolej. Kini Amirah sedang scroll Instagramnya.
Sebenarnya Amirah bukanlah gemar sangat menggunakan Instagram. Hal ini demikian kerana dia banyak kali terjumpa gambar yang tidak sopan seperti gambar tidak menutup aurat dengan sempurna, tidak menjaga pergaulan antara perempuan dengan lelaki, dan lain-lain. Melihat gambar-gambar sedemikian menimbulkan perasaan tidak sedap di dalam hatinya. Amirah menyuarakan pendapatnya kepada Mama tersayang. Mama hanya memberi nasihat bahawa sekiranya ingin mengelakkan stress, sebaiknya Amirah elakkan diri daripada terjumpa gambar-gambar sebegitu dengan kurangkan menggunakan Instagram.
Ini apa yang diamalkan oleh Amirah di kolej. Alhamdulillah, benar kata Mama. Tekanan serta anxiety yang dulu dirasakan telahpun hilang.
Namun, disebabkan cuti semester ini tidak ada banyak aktiviti yang hendak dibuat, Amirah ingin membelek Instagram sekali lagi. Dan kini Amirah hanya follow kawan-kawannya yang baik sahaja supaya kes yang lama tidak berulang lagi.
Amirah klik pada profil salah seorang rakannya di sekolah dahulu. Rakannya, Humaira merupakan seorang perempuan yang bertudung labuh. Alhamdulillah, auratnya ditutup sempurna. Malah, pernah ada ketika dahulu Amirah mendapati bahawa Humaira sedang berpuasa walaupun ketika itu Humaira sedang berlatih kawad bagi pertandingan yang akan datang. Sahabat Humaira, Zarina menyatakan bahawa Humaira merasakan bahawa puasa-puasanya yang terdahulu tidak sempurna lalu Humaira ingin mengqadakkannya. Subhanallah. Amirah sangat sanjungi apa yang Humaira lakukan. Tindakan Humaira tersebut memberi motivasi kepada Amirah untuk memastikan kualiti ibadahnya terjaga.
Namun, setelah page Humaira habis loading, alangkah terkejutnya Amirah apabila mendapati terdapat beberapa video dengan watermark Smule yang mempamerkan gambar Humaira bersebelahan gambar seorang lelaki yang Amirah tidak kenal. Video itu menunjukkan Humaira sedang bernyanyi bersama lelaki tersebut. Astaghfirullah. Benar bahawa mereka tidaklah bersentuhan ataupun melakukan apa-apa perbuatan yang terkutuk melainkan menyanyi bersama-sama., tetapi Amirah tetap rasa tidak sedap hati.
Amirah yang terkenal dengan skill stalkingnya lalu mengkaji siapakah lelaki tersebut. Tidak banyak yang Amirah dapat tahu melainkan hanya lelaki tersebut tinggalkan banyak komen pada gambar-gambar Humaira.

YOU ARE READING
Keberatan Dakwah
EspiritualBeratnya hati kita apabila ingin menegur kesalahan seseorang. Namun amar makruf nahi munkar adalah tanggungjawab seorang Muslim. Dan sampai bila kita hendak lari daripada tanggungjawab ini?