Pemburu Serigala Bahagian 1

1K 8 0
                                    

Pagi itu mereka akan memulakan pemburuan. Matlamat mereka ialah untuk membunuh serigala yang telah membaham kambing di ladang ternakan seorang penternak. Remaja itu diperintahkan mengikuti lelaki itu kerana lelaki itu ialah seorang pemburu yang handal memburu serigala.

Dalam perjalanan, remaja itu tidak habis-habis membesar-besarkan kebolehannya memburu. Sejauh ini dia telah memburu berjenis-jenis binatang.

“Berapa ekor binatang yang telah engkau buru?” tanya remaja itu.

“Aku bukan memburu sebarang binatang. Aku hanya memburu serigala,” jawab lelaki itu.

Temanku Seorang Pembuli.Where stories live. Discover now