EPISOD 1

75 8 12
                                    

          "Popet! Popet! Popet!"
    Begitulah kedengaran suara budak-budak Tingkatan 3 Maliki yang merupakan kelas projek pada tahun ini yang seperti trumpet sedang khusyuk bercerita tentang kisah suka dan duka mereka sewaktu cuti persekolahan yang lepas. Al-maklumlah, sebulan lebih dah tak jumpa, memang ade je ceritanye.

     Hari ini pun belum tentu habis cerita diorang ni. Yang budak perempuannya, memang tak lari lah dari cerita KPOP diorang tu. Siap ada 17 naskhah majalah KPOP kat atas meja tu. Huish! Dahsyatnyer hari pertama persekolahan diorang ni. Dah tak sedar diri nak PT3 ke tahun ni cik adik oi? Buku PT3 pun belum lagi kelihatan kat meja tu. Masih awal tahunlah katakan.

     Yang budak lelakinya pulak, diorang tu biasalah dengan projek pelik yang tah paper kat belakang kelas tu. Dah si Iqbal pulak tengah mencipta senjata barunya. Iqbal ni seorang budak yang pelik sikit. Daripada Tingkatan Satu lagi dia memang suka mencipta senjata yang tah pape. Bak katanya, nak siap sedia untuk berjuang di medan PT3. Hmmm ye lah tu.

     Yang Hafeez, Daniel, Nizam dan Halim pulak tengah main bola kertas yang ala ala macam bola sepak tu. Dah masuk berapa kali tah bola tu asyik terkena Sabarina je. Ade sekali tu kotan Sabarina dah naik bengang sangat tu, dia pun baling bola kertas tu ke bawah. Dan berapa kali tu juga lah si Nizam kuang-kuit turun naik ambil bola kertas tersebut. Tu pun masih tak serik lagi nak kacau Sabarina.

     Luqman dan rakan semejanya pula tengah syok bersembang pasal cerita Naruto Shippuden diorang tu. Haish! Nama je kelas projek, tapi olahan macam kebudak-budakan pulak. Belum matured lagi lah tu. Nampaknya semua masih belum mempunyai semangat nak PT3 tahun ni. Ye lah, mentang-mentanglah baru awal tahun kan. Dah nak PT3 nanti, kita tengok ar macam mana persediaan diorang ni kelak.

     Madam Sharifah Fadzilah merupakan guru kelas 3 Maliki. Beliau sekarang ni sedang berjalan dengan semangat yang berkobar-kobar menuju ke kelas 3 Maliki. Ye lah, kelas projeklah katakan. Siapa tak teruja nak mengajar kelas projek kan.

     Sebaik sahaja Madam Sha sampai ke kelas, beliau pun menyapa.
     "Assalamualaikum, Malikians! And what the......," belum sempat Madam Sha menghabiskan kata-katanya, bola kertas yang disepak oleh Halim dengan sekali libasan telah menghinggap tepat pada muka Madam Sha.

     "Oh Nooooo!!!!" jerit semua pelajar 3 Maliki serentak.

    "Madam Sha!!!!

     Budak perempuan pun mula mendekati Madam Sha untuk memastikan keadaan madam. Fuhhhh! Sakit kut. Sabarina yang dari tadi terkena bola tu pun boleh naik bengang, apatah lagi madam kan.

     "Madam, are you okay?" Tanya Syira prihatin. Madam yang tengah sibuk betulkan tudungnya pun menganggukkan kepalanya.

     "Hmmm yes, I'm okay. Don't worry about me," jawab Madam Sha tenang sambil tunduk untuk mengambil bola kertas itu.
 

   "What's this, guys?" Tanya madam ingin tahu.

     "Bola kertas, madam," jawab Hafeez selamba.

     "In English, please!" Kata Madam Sha menguji.

     "Ermmm dragon ball, madam! Heeee," jawab Halim sambil tersengih-sengih.

     "Urghhh! Whatever," kata Madam Sha sambil menggeleng kepalanya.

     Tengok tu. Masih lagi nak bermain-main. Mesti pening kepala Madam Sha tengok anak murid dia ni. Mana tak nye, hari pertama dah menunjukkan sifat negatif. Apatah lagi hari yang seterusnya. Hmmm bersabarlah, wahai Madam Sha.

     "Why do you guys are still standing there?" Tanya Madam Sha kehairanan kelihatan anak muridnya masih berdiri dengan muka yang bersalah.

     "Madam not yet say sit down," jawab Daniel selamba.

     "Oh your English! Urghhh. Okay, nevermind. By the way, thank goodness for these students are so polite," kata Madam Sha dengan nada yang hanya didengari oleh dirinya sendiri sambil mengusap dahinya.

     "Okay guys! You may sit down now," arah Madam Sha.

     "Thank you, madam!" Ucap semua pelajar 3 Maliki serentak.

     Karenah yang ditunjukkan oleh pelajar 3 Maliki tadi telah menukarkan pandangan Madam Sha terhadap mereka. Madam Sha seolah-olah telah yakin bahawasanya kelak walaupun pada mulanya karenah mereka ini sepertinya belum bersedia untuk menghadapi PT3, tapi inshaaAllah mereka lah yang akan menjadi kebanggaan Madam Sha suatu ketika nanti.

     Keadaan di dalam kelas sekarang menjadi lengang seketika. Hanya kedengaran bunyi burung berkicauan. Semua pelajar 3 Maliki sedang duduk di tempat masing-masing dengan tenangnya tanpa suara. Pada masa yang sama, mereka juga sedang menunggu arahan yang seterusnya dari Madam Sha.

     Madam Sha pulak tengah duduk di meja guru sambil meratapi wajah-wajah anak muridnya dengan menongkatkan dagunya dan pada masa yang sama juga sedang menunggu reaksi seterusnya dari anak muridnya.

     Jadi mereka pun saling tunggu-menunggu antara satu sama lain. Kita tengok lah nanti, siapa yang dulu memecahkan keheningan mereka di awal pagi itu. Sama ada pelajar atau guru? Sama-sama kita nantikan di episod yang seterusnya.

     Haish! Dah macam main mannequin challenge pulak dah mereka ni.

It's all about MalikiansWhere stories live. Discover now