Bab 32 - Beri Aku Cinta

6.5K 378 76
                                    

"Dua kali dah bro. Dua kali dah." Syed Haiqal berdiri menghadap Nafiz yang termenung sendirian.

Tangannya dilayang-layang dihadapan wajah Nafiz yang termenung.

"Haaa eloklah. Termenunglah lama-lama. Takkan ubah apa-apa pun." sindir Haiqal.

Nafiz masih lagi dengan dunianya. Termenung jauh.

"Aku ni bercakap dengan potret kahwin kau rupanya." sindir Haiqal melabuhkan dirinya di sofa sebelah Nafiz yang tak ubah seperti mayat tak bernyawa.

"Apa ni?" Haiqal mengangkat benda yang telah didudukinya tanpa sengaja.

Ticket penerbangan diangkat tinggi.

Airmata Nafiz mula mengalir perlahan. Dua tickets penerbangan tersebut dipandang. Dirinya langsung tiada semangat hendak mengeluarkan suara.

Haiqal menilik tarikh berlepas ticket penerbangan tersebut.

"Ni sepatutnya kau pergi kelmarin kan? Kenapa tak pergi?" soal Haiqal menunjuk ke arah 2 tickets.

Nafiz teringat lagi. Dirinya berkejar ke airport untuk membeli ticket mengejut untuk membawa isterinya ke Bali. Namun..

"Dia dah pergi.. ticket tu dah takda makna." ujar Nafiz setelah sekian lama membisu. Pandangannya masih kosong. Termenung.

Haiqal menajamkan pandangannya ke arah dua lagi tickets selain ticket penerbangan tersebut. Seketika, dirinya tersedar.

"Eh. Ni ticket yang kau paksa aku dapatkan haritu kan? Bukan main tak sabar kau nak pergi haritu." Haiqal bersuara dengan geram. Penat dirinya booking sehinggakan terpaksa berbincang dengan pengurus tempat tu.

Bukan senang nak tempah ticket ke tempat ekslusif tersebut disebabkan terlalu ramai orang golongan atasan yang nak ke sana.

Last-last, Nafiz boleh buatkan macam tu je ticket tu. Tak menghargai usaha dia langsung!

"Kau beria-ria sebab tu tempat favourite Nees kan?" teka Haiqal dengan marah. Entah kenapa, sejak dari dulu lagi dia tak berapa sukakan perangai Nees yang gemar melukakan hati Nafiz.

Mendengar sahaja nama isterinya, airmata Nafiz semakin mengalir dengan laju. Beribu kali panggilan dibuat, namun hampa. Sedikit pun isterinya tidak memberikan ruang untuknya menjelaskan perkara sebenar.

"Curahkan sangat kasih sayang kau tu dekat dia. Tengok? Dia tinggalkan kau lagi." ujar Haiqal mulai marah.

"Kali ni.. aku yang salah." balas Nafiz perlahan.

Haiqal semakin hilang sabar. "Besar sangat ke salah kau? Kau bunuh mak bapak dia ke? Tak kan?"

"Tapi, aku dah buat dia bencikan aku. Aku dah sakitkan hati dia. Hati seorang perempuan.. p-perempuan.. yang aku cinta.." Nafiz mengeluh dengan airmata sebagai bukti penyesalan.

"Dia tak mati pun kalau kau sakitkan hati dia. Janganlah bazirkan airmata, bodohkan diri, untuk perempuan macam dia. You should get a better--"

Jodoh Si InstafamousWhere stories live. Discover now