"Miaa stokin aku maneee" tengking Tengku Elvina kepada rakan sebiliknya.
Elvina mula membebel kerana sudah
lambat untuk menghantar adiknya ke sekolah. Apatah lagi hari ini adalah hari pertama peperiksaan tahunan di sekolah adiknya."Mana aku tahu. Dahla pergi cepat nanti adik hensem kau tu memekik awal pagi, tak pasal-pasal aku jugak yang kene." Balas Mia Arshad, iaitu rakan sebiliknya dan kawan karib Elvina selama 9 tahun.
Dia kenal sangat sikap Elvina yang panas baran itu. Jikalau Elvina bad mood memang tiada sesiapa yang akan lepas dari angin Elvina. Mia mula tersenyum kambing, apabila mengingati kembali kenangan lucu pada zaman sekolah dahulu.
Pada suatu hari, "crush" Elvina sedang bermain bola dan secara kebetulan Elvina sedang berjalan di koridor. Tiba-tiba bola yang sedang dimainkan oleh sekumpulan remaja lelaki terpelanting ke kepala Elvina. Hampir pitam Elvina dibuatnya. Lagi-lagi apabila tudung sekolahnya yang penat-penat dibasuh pagi-pagi sudah kotor akibat kenaan bola yang terdapat kesan lumut. Tak cukup lagi dengan itu, crush Elvina yang bernama Zarief menghina Elvina.
"Hoi hoi kau nak pergi manatu" bicara Zarief sambil menunding jari pada rakan sekelasnya.
"Aku nak tolong dia lah!" balas Vern pula.
"Takyah tolong pompuan kerek tu... ambik je bola tu, alim konon." balas Zarief pula. Vern pun menurut kata-kata Zarief lalu menyusun langkahnya ke Elvina.
"Sorry, but I can't help you" adalah kata-kata yang diungkapkan oleh Vern selepas ambil bola permainan mereka dari sisi Elvina.Selepas beberapa langkah ke Zarief. Vern menoleh belakang ke arah Elvina dan tiada siapa tahu betapa berbunganya hati Elvina untuk menerima pertolongan Vern. Vern toleh dan berkata "Ahh, before I forget, I can give you this to at least make you feel better" kemudian dia mengenyit mata ke arah Elvina. Serta-merta semua perempuan di sekolah itu menjerit. Yalah, tiada satu perempuan pun yang tidak akan jatuh hati dengan penampilan Vern yang sangat lumayan.
Vern mempunyai rambut coklat keemasan, ditambah lagi dengan hidungnya yang mancung kulitnya yang sangat putih sehingga uratnya boleh kelihatan di tepi dahinya. Tingginya adalah ketinggian yang diidamkan oleh setiap wanita. Vern sanggatlah kurus tetapi kekuatannya juga tidak dapat ditandingi. Dan aset yang paling berharga untuknya adalah bulu matanya yang sangat panjang dan bibirnya yang sangatlah tebal dan mungil. Semestinya juga dia bukan orang melayu. Bapanya berasal dari United States manakala ibunya pula berasal dari Thailand. Kedua orang tuanya menetap di Malaysia atas urusan kerja.
Vern terus berlari ke arah kawan-kawannya. Elvina tiada pilihan lain kecuali untuk bangun sendiri dan berjalan ke arah tempat yang tiada orang sebelum anginnya menjadi-jadi. Loceng berbunyi tandanya waktu rehat. Ini adalah peluang Elvina untuk ke kelas kerana kelasnya selalu kosong pada waktu begini.
Tudungnya yang kotor sudah tidak dihiraukan lagi oleh Elvina. Mana mungkin kesan begitu boleh hilang. Dia sudah pasrah. Tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu kelas. Elvina hampir menangis kerana hari ini adalah hari yang paling teruk dalam hidupnya kerana dimalukan sebegitu. Kenyitan mata Vern tidak bermakna apa-apa buatnya malah Elvina dapat merasakan perbuatan Vern adalah satu penghinaan buatnya. Namun Elvina sudah dipuncak kemarahannya. Udara di sekelilingnya dihirup perlahan-lahan lalu dia berkata "Kau nak apa setannnn!" suaranya saling tak tumpah seperti orang kena rasuk."Jadi awak panggil saya setan ye. Mari kita tengok sape setan."
Suara itu adalah suara yang kalau didengari oleh setiap pelajar adalah mimpi buruk untuk mereka. Dan yep, itu adalah cikgu disiplin, Kapten Azrul.
"Tengku Elvina Bt. Mohd Mustafa ikut saya ke pejabat guru besar. SEKARANG."
Tengku Elvina digantung sekolah selama tiga hari dan sebabnya adalah kerana tiada adab terhadap guru dan dia dituduh membuat kecoh di padang sekolah padahal dia dibuli dengan teruk oleh lelaki yang PERNAH bertakhta di hatinya. Tiada siapa tahu betapa geramnya Elvina pada hari itu.
Elvina nekad dia perlu bunuh kucingnya yang bernama Zarief itu untuk melepaskan anginnya. Sampai sahaja di rumah, kucing itu diikat pada batu di belakang rumahnya. Kucing itu mengiau tidak berhenti meminta untuk diselamatkan. Enjin motor dimulakan. "Maaf Zarief tapi aku....." Enjin minyak ditekan lagi oleh Elvina. "Ish aku takleh la. Kenapa aku tak boleh nak bunuh kau niii. Arghhhhhhh"
"Akak nak buat apa tu, akak dah gila ke" jerit Ihsan.
"Kalau akak tak nak dia, biar Ihsan ambik. Ihsan namakan dia Coan" sambung Ihsan lagi sambil melepaskan kucing malang itu.
"Ihsan dengar ni, kalau Ihsan suka Noan tu Ihsan luahkan kat dia jangan menyesal cam akak. Nanti Ihsan akan bunuh jugak kucing tu , percayalah, hmm."
"Firstly first nama dia Sobhan dan adik panggil dia Coan bukan Noan. Secondly is adik tak nak cakap dengan akak sebab adik tak nak jadi sewel macam akak pastu pergi Hospital Bahagia. Dah adik nak solat" Ihsan menuturkan langkahnya ke home sweet home-nya itu.
Elvina bergegas ke parking lot kediaman apartment-nya itu. Setelah 15 minit perjalanan ke perhentian bas yang berhampiran dengan rumah kedua orang tuanya, kelibat adiknya tidak dijumpai.
Dia mula risau seperti cacing kepanasan jadi dia membuat keputusan untuk menelefon adiknya. Sudah berkali-kali dia menelefon adiknya tetapi panggilannya tetap tidak dijawab. Baru Elvina mahu menghidupkan enjin kereta Axia Rose Gold kesayangannya itu dia mendapat panggilan yang nombornya tidak dikenali.
Belum sempat Elvina mahu bukak mulut telinganya sudah diisi dengan maki hamun dari adiknya, yang juga panas baran. Saling tidak tumpah perangai mereka.
"Kali ni Ihsan tak kira. Ihsan bagitahu jugak Mama yang akak lambat ambik Ihsan. Penat tahu tak nak kena jalan lapan kilometer pagi-pagi ke sekolah ni. Akak ingat adik athlete negara ke apa haa. Dahla harini exam nasib baiklah tahunan je kalau PT3 atau SPM macam mane. Pastu sedap-sedap je mintak Mama handphone baru. Harap je muka cantik tapi perangai hampeh, masak pun tak tahu. Adik tak ulas lagi pasal..."
"Seennnnyyyyaaaaapp. Pekak tahu tak kalau dengar adik bebel satu hari. And hello akak tak sengaja bangun lambat Ok. Oh ye adik guna telefon sape ni mana telefon adik. Yang adik membebel banyak sangat ni kenapa. Sepatutnya perempuan yang membebel bukan lelaki. And hello hormat sikit yang kau tengah tengking ni kakak kau. Empat tahun lagi tua tau. Jangan kurang ajar sangat nanti Allah balas kena langgar..." Elvina mula tersedar dengan apa yang mahu dikatakan olehnya tapi dia berhenti dan berzikir sebaliknya agar hatinya mula tenang.
Ihsan agak terkilan dengan apa yang hendak diucapkan oleh kakak kesayangannya itu. Ditelannya air liur yang bersisa baki di tekaknya yang dirasakan amat pahit.
"Adik tukar nombor semalam.Tak kisahlah laki ke perempuan tapi sekarang ni akak salah kann. Akak amik adik lambat dan akak dah janji takkan buat dah." Bebel Ihsan lagi
Tiba-tiba telinga Elvina disapa dengan suara yang membuatnya tidak senang duduk. Elvina mula risau dan meminta maaf. Dia berjanji dia akan cuba sedaya upaya untuk tidak lewat lagi.
" Akak sorry kay. Akak janji akak takkan lambat lagi. Akak try OK. Balik ni akak belanja apa-apa yang adik nak tau. Janganla nangis ehh" balas Elvina dengan air mata yang mula berlinangan.
YOU ARE READING
ROSAK
Mystery / ThrillerTengku Elvina telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke Scotland . Tetapi semuanya berubah apabila dia disyaki sebagai pengedar dadah yang sedang diburu oleh pihak polis. Hidupnya semakin huru-hara apabila tersekat dalam permainan yan...