Bammmmmmmmm
Tiba-tiba telinga Elvina disapa dengan suara yang membuatnya tidak senang duduk.
Suara tangisan adiknya yang teresak-esak diikuti sebaik sahaja memdengar suara hentakan yang kuat itu.
Tengku Elvina dapat rasakan apa yang sedang berlaku, kemudian berkata " Akak sorry kay. Akak janji akak takkan lambat lagi. Akak try OK. Balik ni akak belanja apa-apa yang adik nak tau. Janganla nangis ehh" balas Elvina dengan air mata yang mula berlinangan.
"A....kak a..dik na..k jum..pa a..kak bo...leh"
tutur Ihsan dengar suaranya yang tersekat-sekat."Adik tunggu akak tau". Tanpa membuang masa Tengku Elvina menghidupkan keretanya dan pandu selaju yang boleh. Lampu isyarat sudah tidak diambil kira, semua dilangar oleh Tengku.
Tengku akhirnya sampai ke sekolah Ihsan. Di hadapan sekolah tersebut ramai orang sedang membuat bulatan dan beberapa orang mengeluarkan telepon mereka ada juga yang kecoh. Elvina dapat merasakan kehadiran adiknya di situ tapi dia tetap mahu mengendahkan firasatnya itu sehingga terdengar perbualan seorang lelaki " Ecan aku tahu kau kuat, Cikgu dah call ambulance dah.Kau kena kuat sebab kau sendiri bagitahu aku yang kau akan bagitahu Coan perasaan kau hari ni ".
Tidak cukup dengan itu Elvina terdengar lagi satu perbualan " Assalamualaikum saya nak report pasal kemalangan yang terjadi di hadapan Sekolah Tunku Ismail ada seorang murid bernama Muhammad Ihsan bin Mohd. Mustafa tingkatan 2 dilanggar dengan lori. Tolong datang cepat ye kondisi- nya semakin teruk" kata seorang pemuda.
Elvina jatuh selepas mendengar kedua perbualan tersebut. Kakinya terlalu lemah dan air matanya jatuh tidak habis. Elvina menggigil dan terlalu takut untuk menoleh ke kiri untuk melihat adakah benar orang yang dilanggar itu adiknya. Adakah benar nama yang ditutur oleh seorang pemuda tadi. Adakah benar kata-kata budak tadi bahawa Ecan ingin meluahkan perasaannya. Adakah benar doanya untuk adiknya dilanggar menjadi kenyataan.
Elvina menoleh untuk melihat murid yang terbaring di jalan tar dengan darah berlumuhan di tubuhnya. Sakitnya hati Elvina apabila melihat wajah adiknya sendiri sedang kesakitan. Tengku sudah tidak mampu berdiri lalu dia pun merangkak ke arah adiknya dan air matanya tidak pernah berhenti sesaat pun. Elvina hampir lemas dalam tangisannya sendiri.
"A....kak" tutur Ihsan terketar-ketar.
"Ye Ecan" Elvina merasakan begitu malu untuk menghadap adiknya sendiri dan menjawap panggilan Ecan tanpa meminta maaf terlebih dahulu.
"A...dik nak min...tak ma...af se..bab
teng..king a...kak" Ecan menutup mata dan menghirup udara kerana mungkin inilah kali terakhir dia akan melihat langit yang begitu cantik dengan udara yang sangatlah nyaman.Elvina dapat merasakan seperti dia sedang dicekik perlahan-lahan dengan udara di sekelilingnya setiap kali Ecan bersuara.
"Bagi...tahu ma...k dan a..yah E...can
sa..yang me..re...ka" Elvina dapat merasakan seolah-olah dia bisu dia tidak dapat menuturkan apa-apa. Hatinya tidak pernah sakit seperti ini."E..can sa...yang sang...at kat A...kak"
Elvina cuba untuk bersuara tapi suaranya hilang, dia hanya mampu menangis dan menangis. Bunyi siren ambulance kedengaran dan itu menandakan masih ada lagi peluang buat Ecan.
Ecan dibawa ke hospital DEMC dan terus ke wad ICU. Air mata Tengku tidak berhenti mengalir membuatkan tudung Tengku basah. Setelah memberitahu kedua ibu-bapanya keadaan Ecan , Tengku tetap berdoa tanpa putus supaya adiknya diselamatkan.
Kedengaran tapak kaki sedang menghampiri Elvina lalu dia melihat siapakah gerangan orang itu. Doktor Azizan mula melangkah perlahan ke Elvina untuk memberitahu berita buruk itu. Elvina tahu berita buruk tersebut lalu berpaling ke arah koridor bertentangan dan bersua muka dengan kedua orang tuanya Elvina berlari ke arah mereka untuk meminta maaf tetapi suaranya masih tiada.
Elvina hanya mampu menangis dan kemudian Doktor Azizan memberitahu mereka khabar buruk itu. Kaki Elvina lemah seakan-akan semua kekuatannya telah hilang, dia cuba bernafas namun lehernya sudah tegang, udara pula semakin hilang, penglihatannya semakin kabur dan dia hanya minta...
Kematian.
YOU ARE READING
ROSAK
Mystery / ThrillerTengku Elvina telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke Scotland . Tetapi semuanya berubah apabila dia disyaki sebagai pengedar dadah yang sedang diburu oleh pihak polis. Hidupnya semakin huru-hara apabila tersekat dalam permainan yan...