Bab 21

471 22 4
                                    

Sebelum memasuki ke dalam bilik Doktor Uchi,Encik Hiroshi mengetuk pintu dahulu sebagai tanda ada orang yg yang berjumpa dengan doktor tersebut.Selepas mendengar perkataan 'masuk' dari dalam bilik itu, baru Encik Hiroshi dan isterinya masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ehh!!Encik dan Puan silalah duduk"jemput Doktor Uchi selepas melihat kedatangan ibu bapa pesakitnya.

"Doktor,kenapa dengan anak saya?"

"Sebelum saya memberitahu kenapa dengan Jungyi.Saya mahu tanya soalan.Adakah Encik dan Puan tahu yang Jungyi mempunyai penyakit?"tanya Doktor Uchi.

Ibu bapa Jungyi terpinga-pinga dengan soalan yang ditanya oleh doktor tersebut.Mereka hanya menggelengkan kepala sahaja.Doktor Uchi tersenyum hambar setelah mendapati jawapan yang diberikan oleh kedua-dua pasangan itu.

"Sebenarnya Jungyi mempunyai penyakit jantung berlubang.Oleh sebab itu,Jungyi sering kali pengsan kerana dia terlalu stress dengan keadaan sekelilingnya"terang Doktor Uchi dengan tenang manakala ibu bapa pesakitnya amat lah terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Doktor Uchi sebentar tadi.

"Doc,bagaimana keadaan jantung anak saya? Adakah dia perlu membuat operation?"Tanya Puan Nana yang ingin tahu lebih lanjut tentang keadaan Jungyi

"Buat masa ni keadaan jantungnya agak lemah dan Jungyi perlu ditahan di wad untuk pemantauan kami.Bergantung kepada Jungyi jika jantungnya kelihatan lemah berkemungkinan ia perlu membuat operation"balas Doktor Uchi.

"Terima kasih doc"kata Encik Hiroshi sebelum keluar dari bilik doktor  tersebut

Kento yang melihat ibu bapanya keluar dari bilik doktor terus meluru ke mereka untuk menanyakan tentang keadaan Jungyi.

"Ayah,macam mana dengan keadaan kakak?tadi kakak sudah dibawa masuk ke dalam wad"Kento memberitahu tentang Jungyi manakala Maki ke kantin untuk membeli minuman sebagai alas perut.

"Tadi doktor beritahu bahawa kakak mempunyai penyakit jantung berlubang.Buat masa ini kakak ditahan di wad kerana keadaan kakak masih lemah"terang Encik Hiroshi,Kento kelihatan terkejut setelah mendengar penjelasan dari ayahnya.Dia tidak menyangka bahawa adik dia mempunyai penyakit kronik.

"Kakak tahu ke bahawa dia mempunyai penyakit kronik?"tanya Maki yang tiba-tiba muncul.Hampir terlepas air yang dipegangnya apabila mendengar perbualan ayah dan abangya.

"Itu nanti kita tanya pada kakak"balas Kento.

"Adik,esok kau pergi jumpa guru kelas kakak untuk memaklumkan yang kakak todak hadir ke sekolah  selama beberapa hari nanti kau terangkan kenapa kakak tidak hadir ke sekolah dan kalau boleh benda ini tak ada sesiapa yang tahu kecuali pihak sekolah sahaja."

Pesan Kento manakala Maki menayangkan muka masam.Dia baru sahaja berniat mahu menjaga kakaknya kerana jika dia yang menjaga pasti dia akan dapat cuti namun setelah mendengar arahan dari Kento maka musnalah angan-angan itu.

"Abang,adik.Sekarang dah lewat malam.Esok adik sekolahkan.Balik lah dulu.Ayah dengan ibu balik esok.Malam ni ayah dengan ibu yang jaga kakak."kata Puan Nana yang dari tadi hanya mendiamkan diri.Kento dan Maki hanya menganggukan kepala dan berlalu menuju ke tempat parking kereta.

Semasa ke hospital.Kento dan Maki menaiki kereta lain manakala Encik Hiroshi,Puan Nana dan Jungyi menaiki kereta lain.

Pulang je dari rumah,Kento dan Maki terus masuk ke dalam bilik masing-masing kerana terlalu penat.Disebabkan terlalu penat,Maki lupa bahawa dia masih belum mengemaskan barang sekolahnya.









---------------------------------------

Assalamualaikum and Hi Guys.

Agak-agaknya apa yang berlaku kepada MAki.Adakah dia bangun lewat atau apa.

Tunggu lah bab seterusnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Zombies In The HospitalWhere stories live. Discover now