Hana menarik nafas dan menghembus nafas. Cuba untuk menenangkan diri sebelum memasuki ke dalam Big Hit Entertainment.
Masuk saja ke dalam bangunan tersebut, Hana mencari bilik yang tertera 'interview'.
Hana mula melangkah ke dalam bilik tersebut dan mula bersoal jawab dengan Bang PD Nim, iaitu orang yang terpenting untuk sebuah kumpulan lelaki yang amat terkenal."Okay , Hana. Esok awak boleh mula kerja. Saya akan hantar seseorang untuk ambil awak dekat rumah awak dan hantar ke rumah majikan baru awak" kata Bang PD Nim sambil senyum ke arah Hana.
"Oh, Dae. Terima kasih" kata Hana lalu dia keluar dari bangunan tersebut sambil tersenyum lebar. Hatinya terasa lega apabila dia dapat mula bekerja. Dia cepatkan langkahnya dan pulang ke rumah untuk mengemas pakaiannya.
"Pon. Pon" bunyi hon kereta di luar rumah Hana membuatkan Hana terkejut. Dia keluar dari rumahnya sambil menarik bagasi rodanya yang agak besar dan mula mengunci pintu rumahnya .Selepas itu, Hana meletakkan barangnya ke dalam bonet kereta tersebut dan mengambil tempat di sebelah pemandu.
30 minit perjalanan dari rumah Hana untuk sampai ke rumah majikan barunya.
Pemandu kereta itu memberhentikan keretanya dan keluar dari kereta dan mengambil bagasi Hana yang berat itu dan bawakan ke Hana.
Hana mengambil beg itu sambil tersenyum manis ke arah pemandu itu. "Terima kasih" kata Hana lalu dia memasuki ke dalam sebuah rumah banglo yang agak mewah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.'setahu aku, bos baru aku ni duduk sorang je. tapi rumah besar macam 20 orang duduk je.' kata Hana di dalam hati.
Hana masuk ke dalam rumah tersebut dan memandang seluruh kawasan rumah. Hana tinggalkan bagasinya di ruang tamu dan naik ke tingkat dua.
Terdapat sebuah ruang tamu yang mewah dan terdapat dua bilik.Hana mula naik ke tingkat terakhir. Terdapat sebuah piano yang besar dan sebuah bilik seperti studio dan juga ada balkoni.
Hana pergi ke arah piano dan cuba menekan-nekan piano tersebut. Dia amat menyukai piano tetapi dia tidak tahu menahu tentang not not muzik piano. Dia sekadar suka mendengar bunyi muzik piano sahaja.
"Awak buat apa?" tanya seseorang yang mula datang menghampirinya.
Hana terkejut dengan sergahan itu.
Hana berdiri tegak menghadap seseorang lelaki itu sambil menunduk 90° ."Ma. Maaf. Saya cuma suka tengok piano ni. Cantik" kata Hana sambil cuba menahan perasaan takutnya.
"Kim Hana. 23 years old. From Incheon. My persobal assistant plus my maid" kata Yoongi.
"Dae" kata Hana lalu mengangguk kepala.
Hana cuba mengangkat mukanya dan melihat lelaki itu. Ternganga mulutnya apabila melihat Min Yoongi yang amat diminatinya. Semasa dia interview semalam, Bang PD Nim langsung tak bagi tahu yang mamat ni yang jadi bos dia.
"Hello. Where are you now? Thailand?" tanya Yoongi sambil petikkan jarinya di hadapan wajah Hana yang sedang mengelamun.
Hana yang sudah sedar dari lamunan itu menunjukkan seluruh giginya dan menggaru kepala ke arah Yoongi.
"Jom, ikut aku." kata Yoongi lalu Hana mengikut langkah Yoongi yang menuruni tangga sehingga ke tingkat dua. Yoongi berhenti langkahnya di hadapan sebuah bilik.
"Ni bilik kau. And depan tu bilik aku." kata Yoongi sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah biliknya .
"Harini aku nak kau rest dulu. Tengok-tengok dulu rumah ni and esok start kerja." sambung Yoongi lalu pergi masuk ke dalam biliknya.
Hana turun ke tingkat bawah dan mengambil bagasinya. Dia menarik bagasinya sehingga ke biliknya. Dia mula mengemas pakaiannya yang banyak.
YOU ARE READING
❄My Byuntae Husband❄
FanfictionSeorang gadis bekerja dengan seorang lelaki kpop idol yang amat terkenal. Setelah lama duduk sebumbung dengan lelaki itu,dia baru mengetahui life lelaki itu yang sebenar dan byuntaenya.