Bab 2

13.4K 503 10
                                    


"Ehh... Dirah lambat lagi ke Cik Abang kau ni! Dah berjanggut aku tunggu!" kata Yasmeen yang tengah bengang dengan tunang sahabatnya lewat.

Tiba-tiba Dirah pegang muka Yasmeen buat muka pelik.

"Takada janggut tumbuh pun" jawab Dirah pada sahabatnya sambil menilik muka Yasmeen.

Yasmeen tepis lembut tangan Dirah pada muka dia. Yasmeen mengeluh kecik 'aku cakap betul-betul boleh pulak dia main-main' getus Yasmeen dalam hati.

Yasmeen dengan Dirah berkawan baik atau nak sebutnya 'Sahabat Sejati' masa dibangku sekolah rendah lagi hingga ke Universiti. Dirah berkenalan dengan Riyad dari bangku sekolah menengah lagi, dulu mereka musuh ketat tak boleh jumpa langsung mesti nak bergaduh macam anjing dan kucing, tetapi yang membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain waktu di university waktu Dirah putus dengan kekasih lama, Riyad yang selalu beri kata-kata semangat.

Dan dari situ cinta itu berputik dah nama jodoh akhirnya mereka bersatu. Kelakar dulu 'musuh' sekarang pasangan 'Suami Isteri'. Dah jodoh namanya akhirnya bersatu jua!.

"Hey girls, sorry I'm late!"

"Lain kali kenapa tak lambat lagi kan bagus! Boleh tidur sini dah alang-alangkan" Yasmeen merengus.

"Ishh kau ni! Ada cakap macam tu, mana tahu dia ada hal ke apa, jalan jam ke!" kata Dirah.

'Eleh, aku tahu lah Cik Abang dia of course lah kau nak sokong dia' getus Yasmeen sambil buat muka meluat.

"Hmm, sorry Meen macam lah tak kenal aku!" Riyad tersengih.

"Ni aku kena bawak si kecik ni, Along aku suruh. Kalau tak dia tak bagi aku keluar office awal." terang Riyad tenang.

Macam lah Riyad tak tahu perangai Yasmeen yang jenis nak perfert. Yasmeen mencangkung depan budak lelaki tu sambil usap kepala.

"Hai handsome siapa nama?" soal Yasmeen pada budak lelaki itu.

"Nama kita Raikal Affendi, akak ni apa nama?" soal Raikal sambil senyum dan menampakkan lesung pipitnya.

"Nama akak Yasmeen, Panggil akak 'Kak Meen'. Raikal umur berapa tahun?" soal Yasmeen baginya budak ni sangat peramah dan manja.

"5 Tahun" jawab Raikal.

"Ahh! Riyad dah lunch?" soal Dirah pada tunangnya.

"Dah Riyad lunch kat rumah masa nak ambil Raikal tadi. Dirah dah makan?" soal balik pada bakal isterinya.

"Dah dengan Meen sebelum datang sini." Jawab Dirah sambil senyum.

"Nasib baik aku ajak Dirah pergi makan dulu, sebelum datang sini! Nak tunggu kau... berjanggut!" jeling Yasmeen pada Riyad.

Riyad garu kepala bila kena sound macam tu.

"Dahlah jom! Nanti lewat pulak! Meen tolong tengok kat Raikal ya. Sebab kami macam tengah rushing sangat ni yelah banyak lagi barang nak beli ni. Tak apakan?" soal Riyad.

"Tak apa, ada jugak aku kawan nak jalan sekali kan Raikal harini akak belanja toys nak tak?" soal Yasmeen sambil senyum.

"Nakk!!" jerit Raikal dengan gembira.

"Thanks ya Meen" jawab Riyad sambil senyum.

"Eee! Jangan nak senyum macam bangla baru sampai Malaysia! geli aku!" kata Yasmeen dengan selamba.

Dirah dengan Raikal gelak sakan melihat wajah Riyad yang baru kena perlinya.

**********

     "Daddy daddy!! yeyeye Daddy dah balik!" jerit Raikal bila melihat Daddynya yang baru masuk rumah dan belari kedalam pelukkan daddynya.

       "Ya sayang, Daddy dah balik, ni kenapa tak tidur lagi ni? Dah lewat kan" soal Rayyan pada anaknya sambil menuju ke ruang tamu.

       "Tunggu daddy balik, nak tidur dengan daddy malam ni, boleh tak?" soal Raikal.

"Boleh sayang. Best tak harini jalan-jalan dengan PakNgah dengan aunty Dirah? Ada noty tak tadi?" soal Rayyan pada anaknya.

"Best sangat Daddy! PakNgah bawak kakak cantik sekali. Dia yang belikan toys dekat Raikal. Kakak cantik tu baik daddy, Raikal nak jumpa lagilah dengan kakak cantik tu, PakNgah kata nanti dia bawa Raikal jumpa kakak cantik" jawab Raikal sambil senyum.

"Oh ye ke?." Soal Rayyan yang pelik tengok anak bujangnya yang tak habis dok sebut 'Kakak Cantik' kalau tak silap anaknya bukan senang nak rapat dengan orang luar, Dengan Dirah sekali pun tunang adiknya.

"Daddy! jom sleep!"kata Raikal. "Ok jom!" jawab Rayyan.





● MAAF KALAU JALAN CERITA SAYA INI TIDAK MENARIK. KERANA INI CERITA PERTAMA SAYA TULIS, SILA COMMENT APA YANG MENDATANG TIDAK PUAS HATI DALAM CERITA INI. NANTI SAYA BOLEH MEMPERBAIKIKAN LAGI.

●CERITA INI REKAAN SEMATA-MATA. TIDAK ADA MENGENA DENGAN HIDUP ATAU PUN MATI.

● PLEASE VOTE!! VOTE!! VOTE!! ( SAYA BUDAK BARU NAK BELAJAR DAN BARU NAK CARI PENGALAMAN MENULIS).

● PLEASE PROMOTKAN MY STORY.

● MAAF SEKIRANYA ADA SALAH EJAAN.
● SUDAH HABIS BACA? PLEASE TEKAN ' ⭐️ '. FOR VOTE!!!!

MR HOT HUSBAND (Slow Update )Where stories live. Discover now