Bab 2

267 10 0
                                    

Satu jam sebelum plan bermula...

Aku awal-awal lagi dah call kakak marlia kalau bonda dan ayanda bagitahu mana aku cakap je aku duduk dekat asrama kolej sebab peperiksaan.

Hariss sejak kebelakangan ni aku perasan macam tak boleh nak jauh dengan aku .dah kenapa dia ni ?

"Wei dia dah sampai lah .cepat keluar "kata-kata hariss buat aku rasa macam nak pengsan pula .

Okay chill Devlora .kau sanggup buat apa sahaja demi tak nak kahwin dengan Tengku Zackwan so kau kena teruskan juga plan ni.

1,2,3 go

-----------------------------------------------------

Tengku Zackwan p.o.v

Penatnya badan .tak guna betul si kety ni kau fikir aku bodoh sangat ke apa yang kau ni hanya nak kikis duit aku je .

Kononya suruh teman pergi shopping last-last aku juga yang kena bayar barang-barang dia.
Dasar perempuan pisau cukur jangan harap aku nak tengok muka kau lagi.

Baru je aku nak masuk rumah tiba-tiba ada suara perempuan minta tolong sambil menangis .
Aku rasa bunyi tu dekat belakang rumah aku .

Rumah tu aku duduk seorang diri sebab aku nak belajar berdikari maybe .

Dari jauh kelihatan seorang perempuan yang nampak macam sebaya dengan aku sedang menangis .aku segera mendekatinya .

"Kau okay tak ni ?kenapa kau menangis kat sini?"soalku kepadanya.

Dia terus bertindak memelukku .
Serius aku rasa aku tak pernah rasa setenang ni bila dia peluk aku.

"Awak tolong saya .ahlong yang ayah saya berhutang tu tengah cari saya sebab ayah saya takda duit nak bayar balik "luahnya.

"Habistu mana ayah kau sekarang?"soalku.

Ayah jenis apa lah ni ....

"Ayah saya dah meninggal tahun lepas sebelum sempat dia nak bayar balik hutang dia so sekarang ni diorang sasarkan saya sebab saya satu-satunya waris yang dia ada .ahli keluarga saya yang lain semua dah takda .awak tolonglah saya "rayunya.

Kesiannya dia ni .perlu ke aku tolong dia?

"Mulai sekarang kau tinggal dengan aku .makan ,minum,pakaian kau semua aku jaga.kau jangan risau selagi aku ada diorang takkan berani sentuh kau .

"Betul ke awak nak tolong saya"?
soalnya gembira.

"Ya jom masuk dah lewat malam ni nanti jiran lain kata apa pula nanti "kataku lalu meninggalkan dia seorang diri di belakang .

------------------------------------------------------
Devlora Marisa p.o.v

"Besar juga rumah dia ni .duduk sorang-sorang dekat rumah ni tak rasa bosan ke ?oh aku tahu mesti dia selalu buat party dekat rumah dia tu yang dia beli rumah sebesar ni"gumamku dalam hati.

"Bilik kau dekat tingat atas yang belah kanan "katanya yang sedang menaiki anak tangga .

"Hah satu lagi nanti pukul 10 aku ketuk pintu bilik kau sebab aku nak berkenalan dengan kau"tambahnya lagi .

"Haa okay awak "balasku ceria.

Kalau ikutkan hati memang aku nak balik rumah je tapi disebabkan kau lah aku terpaksa berlakon .

Cita-cita aku nak jadi doktor takpun pramugari bukannya pelakon.

Aku mula menuju ke bilik yang diberitahu oleh Tengku zackwan.masuk je bau lavender menyapa rongga hidungku .

Tengku VS TengkuWhere stories live. Discover now