♠ Part 28 ♠ Farewell ♠

2.2K 204 4
                                    

Sudah setahun Jin meninggalkan Bangtan. Rap Monster, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook mula menerima takdir yang mereka tidak akan berjumpa dengan sahabat mereka itu lagi.

Sebelum mereka dapat menerima takdir itu, semuanya huru-hara. Jimin cuba membunuh diri dengan melemaskan dirinya di dalam tab mandi. Nasib sahaja ahli yang lain berjaya menyelamatkan Jimin sebelum dia betul betul mati lemas.

Suga pula menyebabkan rumah mereka hampir terbakar. Dia bermain dengan pemetik api dan membiarkan biliknya terbakar sementara dirinya dikelilingi api yang mula marak itu. Tetapi nasib baik menyebelahinya kerana ahli lain sempat memadamkan api sebelum ia merebak dengan lebih teruk. Disebabkan biliknya mengalami kerosakan yang agak teruk, dia terpaksa menumpang di bilik J-Hope sepanjang tempoh biliknya diubah suai semula.

Tidak lama selepas kejadian itu, J-Hope cuba membunuh diri dengan mengambil pil tidur secara berlebihan. Nasibnya juga baik kerana dia sempat dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Akibat tekanan yang melampau, Rap Monster mula merokok. Sudah banyak kali dia ditegur oleh ahlinya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya. Rap Monster juga telah menyebabkan tempat kerjanya iaitu stesen gas meletup. Namun tiada siapa tahu itu angkara dia kerana Rap Monster mencampakkan puntung rokok yang masih menyala apinya pada tangki minyak dan terus melarikan diri. Tiada sesiapa yang terbunuh pada waktu itu kerana hari sudah pun lewat malam. Cuma stesen minyak itu mengalami kerugian yang besar.

V pula sentiasa merayau entah ke mana dan pulang lewat ke rumah. Kadang-kadang langsung tak balik. Pernah sekali dia ditahan pihak polis kerana melakukan jenayah vandalisme. Tetapi dia dilepaskan semula atas ikat jamin yang Rap Monster lakukan.

Jungkook juga sentiasa merayau dan pulang lewat ke rumah. Selalu juga dia ditumbuk oleh gangster yang ada pada waktu lewat malam kerana dia dianggap telah menceroboh kawasan mereka. Atas nasihat hyung nya, dia berhenti merayau. Dia hanya keluar rumah apabila perlu dan sentiasa pulang ke rumah lebih awal.

Kini mereka sudah pun menerima takdir yang amat menyakitkan.

V: Hyung

Rap Monster: Ne?

V: Kita akan kekal bersama selama-lamanya, kan?

Rap Monster: Ne. Kita akan kekal bersama selamanya.

Suga: Kita akan tolong sesama sendiri bila ada masalah

J-Hope: Kita akan beritahu sesama sendiri bila ada masalah

Jimin: Kita takkan buat kerja bodoh lagi

Jungkook: Dan kita akan sentiasa doakan kesejahteraan Jin hyung di sana

V: Janji?

"JANJI!"

_____

"Jin hyung, kami akan sentiasa ingat jasa Jin hyung. Terima kasih atas segalanya. Kami akan selalu doakan kesejahteraan hyung di sana. Kami janji akan jaga diri kami. Kami harap Jin hyung di sana sentiasa baik-baik sahaja. Gomawo, Mianhae, Saranghae, uri Jin hyung" - Bangtan without Jin

____

What am i doin' with my life?
This moment won't ever come again.
I'm asking myself again, am I happy right now?
The answer is already there, I'm happy

- The Most Beautiful Moment In Life-
-Ended-

[C] The Most Beautiful Moment In Life | Seokjin |Where stories live. Discover now