#SCUA 5

5.5K 218 1
                                    


Fareez melangkah masuk kedalam rumah yang penuh dengan orang yang membaca yassin.Disudut ruang tamu terlihat seorang wanita tua menangis.Nasib baik ada yang menenangkannya.Fareez mendekati sekujur tubuh kaku yang sudah dibaluti dengan kain berwarna putih.Anis hanya melihat dari jauh.Dia tidak sanggup melihat secara dekat jenazah itu.

Fareez duduk dihadapan jenazah itu,Ditatap wajah itu untuk kali terakhir.Wajah yang mulus itu pernah membuat dirinya yakin dan ceria.Wajah itu juga yang pernah membuat dia jatuh cinta pandang pertama.Tapi wajah itu tidak seperti dulu,pucat yang amat sangat.

Setitik demi setitik gugur airmata Fareez.Dia tidak sangka hayat wanita ini Cuma singkat.Rupanya saat dia bergaduh dengan wanita itu,itulah kali terakhir dia berjumpa wanita itu dalam keadaan sihat wal'afiat.

      "Nak,tak baik menitiskan airmata dihadapan jenazah."Nasihat orang tua yang sudah siap untuk membawa jenazah.

Fareez membuka cermin matanya dan terus menyeka airmatanya yang luruh.Cermin matanya dipakai lagi.Dia menoleh kebelakang memandang Anis.Anis duduk bersimpuh sambil membaca yassin.Sesekali Anis membetulkan tudung yang diselempangkan itu jatuh.

Fareez mengundur tatkala jenazah itu hendak diangkat untuk dibawa ke kubur.Fareez juga turut menolong mengangkat jenazah hingga ke van yang sudah menunggu diperkarangan rumah.


***********

Selepas sahaja jenazah sudah dikebumikan dan dibacakan doa, Semua orang sudah beransur ansur pulang termasuklah Fareez dan Anis. Muka Anis berubah pucat,mungkin kerana itu kali pertama Anis melihat jenazah dikebumikan secara dekat.Mereka berjalan perlahan lahan.Seorang budak perempuan berlari anak kearah Fareez dan Anis.

      "Abang!!!!"Laungnya.

Mereka menoleh.Agak kehairanan melihat budak itu berlari kearahnya.Budak perempuan itu mendekatinya dalam keadaan yang tercungap cungap.

      "Ada apa dik??"Fareez menundukkan sedikit badannya.

Budak itu menarik nafas dalam dalam.

      "Abang..ni ada surat untuk abang.."Ucapnya dan terus berlari lagi dari situ membuatkan Fareez dan Anis terpinga pinga.

Surat dari siapa ini??Hati Fareez tertanya tanya.Dia berlalu kearah keretanya.dibiarkan sahaja surat itu berada di koceknya.



#Annoyingstory

#vote

#commentpedas2



[COMPLETE] SURAT CINTA UNTUK AWAKWhere stories live. Discover now