29 December 2026
"Kejar diorang!!! Pastikan malam ni diorang dua mati!!" Jerit Nick iaitu ketua unit 09 yang dihantar oleh NAZI. Danish dan Harith sedang melarikan diri dari unit 09 NAZI di lorong lorong di bandaraya Kuala Lumpur. "Nish berapa orang yang kejar kite ni?" Soal Harith sepupu Danish. "11 orang je termasuk ketua diorang, asal? Penat dah?" Jawab Danish. Mereka berdua melarikan diri selaju mungkin dari dibunuh oleh anggota unit 09 NAZI. Danish berasa hairan mengapa secara tiba tiba perkara sebegini berlaku seingat dia dia tidak penah mencari pasal dengan organisasi NAZI dan yang paling pelik bagaimana mereka boleh masuk ke Malaysia sedangkan Malaysia dikawal ketat oleh Tentera Elit Malaysia(TEM). Kejadian ini bermula minggu lepas, Danish menyedari yang dia sering kali diekori oleh seseorang tapi dia tidak mengambil kesah dia berfikir mungkin secret admire nya sedang mengintai nya. BANG! BANG! BANG! BANG! Bunyi tembakan pistol Glock-17 dilepaskan oleh anggota unit 09 NAZI nasib tembakan mereka tersasar. "Penat doh." Keluh Harith, "Hahahahaha lepak ah baru sikit ni lagipon kalau kite berhenti sekarang habis kite kena tembak dengan diorang." Jawab Danish tenang. Tiba tiba, BANG! "Aduh!!!!!! Urgh!!!!" Jerit Danish tembakan salah seorang anggota unit 09 NAZI terkena paha kanan Danish. Danish terjatuh tersungkur. Dengan pantas Harith terus memampah Danish, "Nish kau ok tak? Boleh jalan tak?" Soal Harith kerisauan. "Sikit je ni, aku boleh jalan urghh." Jawab Danish yang menahan sakit.
"Cepat!!! Kepung diorang!!!" Arah Nick. Harith menolak Danish ke lorong yang lain sambil berkata" Kau gerak lu Nish aq beres yang ni 10 org je kot." "Bodoh! Jangan buat gila lah! Bukan masa ni nak tujuk hero!" Jawab Danish marah. "Lepak lah aku tahu silat an, aku janji aku kejar kau balik!!!" Jawab Harith yakin. Dengan berat hati Danish terus melarikan diri terhincut hincut. "Ok! Apa lagi tu datang ah masuk kalau anak jantan!" Jerit Harith kepada anggota unit 09.
"Apa lagi tunggu! Serang!!" Arah Nick.
......................................................................
Danish berjalan terhincut hincut menuju ke jalan besar untuk meminta bantuan orang awam. BANG! BANG! "Argh!!!!" Jerit Danish kesakitan. Danish jatuh tersungkur dan tak mampu bergerak kerana tembakan yang dilepaskan oleh Nick iaitu ketua unit 09 NAZI terkena paha kirinya. "Hahahahahahaha! Kau ingat kau boleh lari selamanya Danish lambat laun kau akan mati jugak! Hahaha!" Nick tergelak puas sambil berjalan bersama 2 orang anggota unit 09 NAZI. "Urghh kalau kau nak bunuh aku bunuh jelah aku tak takot! Puih!" Ludah Danish ke muka Nick. Nick berang lalu mengacu sepucuk pistol Mark-23 di kepala. "Captain! Sabar! Ingat apa Jeneral Yap bagitahu kite kena cucuk si budak sengal ni dengan serum Z10 sebelum membunuhnya." Kata salah seorang anggota unit 09 NAZI sambil menghulurkan serum Z10 kepada Nick. Nick mendengus kasar lalu mengambil serum lalu mencucuk Danish dengan serum itu di leher. "Arghhhhh!!" Jerit Danish kesakitan. "HAHAHAHAHAHAHA! Rasakan azab kau! See you in hell!" Kata Nick dengan kejam kepada Danish sambil mengacu pistol Mark-23 miliknya di kepala Danish lalu melepaskan tembakan. BANG!
Nick dan anggota unit 09 NAZI yang masih hidup terus berjalan meninggal mayat Danish mereput di lorong itu. Nick mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Jeneral Yap. "Jeneral, Mission Complete!" Beritahu Nick dengan bangga.
YOU ARE READING
MASA
ActionDanish bin Mikail seorang pelajar biasa yang berumur 16 tahun. Tetapi dengan 1 malam hidup Danish berubah 360°. Kini Danish sedar yang dia hidup pada tahun 2028 bukan lagi pada tahun 2017. Bumi pada tahun 2028 telah musnah akibat Perang Dunia ke 3...