28 Oktober 2016
Kereta Mustang V6 Fastback meluncur laju di jalan raya Kuala Lumpur. Di dalam kereta itu, Harith dan Danish masing masing senyap dan bermuka pucat di tempat duduk belakang kereta.
"Pukul bapa dah sekarang?!" Jerit Hakeem, abang kepada Harith dari kerusi memandu.
"7 pagi bang.." jawab Harith dengan muka pucat. "Ok! Lawa 10 minit lagi sebelum korang lewat. Aku bawa laju sikit eh. Harap harap tak kena speedtrap, hahaha." Kata Hakeem. Hakeem menekan minyak dan membawa kereta Mustang V6 Fastback miliknya selaju 150 km/j.
Danish dan Harith saling memandang satu sama lain dengan bermuka pucat. "Habislah kita Rith, Abang kau dah gila." Bisik Danish sambil menahan muntah. Harith hanya mengganguk.
......................................................................Kereta Mustang V6 Fastback sedang parking di hadapan pintu gate Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria. "Ok! Sampai dah!" Kata Hakeem. Harith merenung jam tangan. Jam menunjukkan pukul 7.09 pagi, nampaknya Harith dan Danish sampai 1 minit awal hasil pemanduan gila Hakeem. Danish dan Harith terus keluar dari kereta milik Hakeem.
"Tq Abang Hakeem! Kitoarg gerak lu!" Jerit Danish sambil berlari anak menuju ke dalam sekolah bersama Harith. Danish dan Harith terus menuju ke kelas mereka di aras 2, kelas 4 Ungu. Sampai saja mereka di kelas. Cikgu Liyana, cikgu matematik kelas 4 Ungu sedang mengajar. Mereka terus masuk dan duduk di tempat duduk mereka di barisan hadapan tanpa menghirau kehadiran cikgu mereka. "Asal cikgu ni usha panas kat kita ni nish." Bisik Harith. "Entah dia. Buat tak tahu je." Bisik Danish. "Ehem! Datang lambat bersembang pulak. Apa lagi keluarkan lah buku nota! Salin nota dekat whiteboard ni!" Kata Cikgu Liyana dengan geram. Danish dan Harith tergesa gesa mengeluarkan buku nota matematik mereka dan menyalin nota gurunya. "Psst, Nish asal cikgu emo lain macam pagi ni." Bisik Harith.
"Period kot." Jawab danish dengan nada berbisik.
......................................................................Ringggg!!!!!!! Loceng Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria berbunyi menandakan waktu rehat dah bermula. Harith melihat jam tangan G-Shock miliknya. Jam menujukkan pukul 10 pagi, Harith dan Danish keluar dari kelas mereka dan menuju ke kantin sekolah.
"Nish, apa plan kita petang ni?" Tanya Harith.
"Macam biasa lah, petang ni kita gi rumah Tok Majid training silat sampai magrib." Jawab Danish.
"Ouh ok ok, kau duduk lu aku gi beli nasi lemak jap untuk kite dua." Kata Harith dan terus pergi ke kaunter makanan. Selepas 5 minit Harith datang dengan membawa 2 bungkus nasi lemak. Mereka terus makan sambil berbual bual kosong.
"Kau tengok tak game Liverpool lawan Chelsea semalam?" Tanya Danish.
"Tengok ah! Chelsea kena bantai 3-0! Hahhaha! Gempak doh Firminho Hatrik doh!" Jawab Harith dengan teruja. Maklum lah Harith ni big fan Liverpool F.C.
"Alah Chelsea bagi chance je tu." Bindas Danish.
"Nish, Cikgu Liyana tu muka lawa tapi emo memanjang ja."
"Biasalah tu, period hahahhahaha." Gelak Danish. Harith pon gelak bersama Danish.
Ringggggggg!!!! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat tamat.
"Weh! Cepat doh Nish! Rehat habis! Lepas ni dah lah Bio dengan Cikgu Rahim! Tak pasal pasal kena squat jump kang." Kata Harith sambil menyumbat nasi lemak yang masih tersisa dengan gelojoh.
"Ok! Ok! Uhhuhu." Danish tersedak.
.....................................................................Danish dan Harith sedang berjalan menuju ke kelas selepas habis kelas biologi di lab.
"Kau ah ni sembang banyak sangat tadi tengok tak pasal pasal tadi kena squat jump 50 kali. Lenguh doh kaki aku." Kata Danish dengan geram.
"Hahahaha lepak ah exercise sikit." Jawab Harith selamaba.
"Lepas ni kelas apa?" Tanya Danish.
"English 3 masa lepas tu balik." Jawab Harith.
"Weh! Hari ni Miss Lucy kan ajar kelas kita." Kata Danish.
Miss Lucy merupakan pelajar universitiy semester akhir di Seoul University yang melakukan pratikalnya sebagai guru di Malaysia. Ini kerana Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria ialah sekolah angkat kepada Seoul University. Jadi setiap tahun, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria sentiasa akan dapat cikgu mat salleh.
"Aah! Jom ah cepat aku tak leh biar bini aku tunggu hahahha!" Kata Harith sambil berdekah tanpa silu.
"Mana boleh! Aku dah cop dia dulu! Hahhaha!" Tambah Danish.
......................................................................
YOU ARE READING
MASA
ActionDanish bin Mikail seorang pelajar biasa yang berumur 16 tahun. Tetapi dengan 1 malam hidup Danish berubah 360°. Kini Danish sedar yang dia hidup pada tahun 2028 bukan lagi pada tahun 2017. Bumi pada tahun 2028 telah musnah akibat Perang Dunia ke 3...