Prolog🌹

500 14 6
                                    

Fakri sudah membuat muka menyampah. Rakan karibnya, Izzudin sudah seperti orang tidak betul. Sekejap bangun, sekejap duduk, sekejap melihat telefon bimbitnya, sekejap melekat di pintu wad kerana ingin melihat keadaan isterinya, Amni. Fakri mula naik pening.

Isterinya di sebelah pun dah diam membisu sambil melentokkan kepalanya di bahu Fakri. Mana taknya, kawan baik sehidup semati dia duk berperang dalam wad itu. Jangan disentuh si Amni tu, mati kau dikerjakan oleh isterinya ini. Overprotective bila melibatkan hal Amni. Suami di sebelah tak nak peduli. Fakri mencebik bibir.

"Woi Izz, kau boleh duduk diam-diam tak. Cuba bertenang sikit, dah macam orang tak betul dah aku tengok kau ni."kata Fakri sambil memeluk bahu isterinya. Dia macam tidak wujud di sini. Isterinya buat bodoh je bila hendak ajak bersembang. Risaukan sangat terhadap Amni agaknya. Fakri biarkan sahaja isterinya, Hawa melayan perasaan sendiri. Dia hendak merajuk!

Baru sahaja Izzudin hendak membuka mulut membidas kata-kata Fakri tiba-tiba pintu wad yang menempatkan Amni itu dibuka dari dalam. Terus Izzudin menerpa ke arah doktor yang merawat isterinya itu. Hawa dan Fakri juga turut berdiri menahan debar menunggu berita gembira yang hendak disampaikan oleh doktor tersebut.

"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya? Dia baik - baik saja kan? Anak saya bagimana? " Izzudin menyerang doktor tersebut dengan soalan bertubi - tubi. Risau dia usah cakap, mahu saja dia menangis beberapa jam yang lepas ketika menolak katil isterinya yang menahan kesakitan.

"Tahniah Encik Izzudin, isteri encik berjaya melahirkan bayi perempuan." kata doktor tenang sambil mempamerkan senyuman manis.

Mereka bertiga memanjatkan syukur kepada yang Maha Esa. Alhamdulillah sayang, saya dah jadi ayah! Dia sudah tidak sabar ingin memberitahu isterinya bahawa isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan seperti yang diidamkan oleh isteri kesayangannya.

"Terima kasih doktor."kata Izzudin dengan gembira. Doktor menepuk-nepuk bahu Izzudin sebelum melangkah pergi.

"Alhamdulillah syukur, tahniah Izz." kata Fakri sambil menepuk-nepuk bahu Izzudin. Hawa sudah tersenyum lebar. Tidak sabar dia ingin mengendong bayi Amni pasti comel.

"Terima kasih Fakri. Aku dah boleh dukung anak sendiri, kau bila lagi?" seloroh Izzudin sambil memberi isyarat mata kepada Fakri. Hawa yang menyedari dia sudah menjadi tumpuan tertunduk malu.

"Aku bila-bila pun boleh. Kan sayang?" Fakri mengenyitkan matanya ke arah Hawa yang sudah tersipu-sipu menahan malu. Ada-ada saja mereka berdua ni.

****

Setelah mendapat kebenaran daripada jururawat yang yang bertugas di wad isterinya,Izzudin meluru masuk.

"Sayang," panggil Izzudin perlahan.Amni membuka matanya lalu tersenyum lemah.

"Abang," Amni cuba untuk duduk tapi pantas dihalang oleh izzudin.

"Tak payah sayang,awak penat kan.Saya faham" Izzudin kembali membaringkan isterinya yang kepenatan.

Amni selalu begini,dia amat hormat akan suaminya.Membuat suaminya bahagia sudah cukup buatnya.Izzudin amat bersyukur kerana Allah telah mengurniakan isteri sebaik ini,tiada yang lain yang bertakhta di hatinya selain Amni.

"Sayang,kita dapat anak perempuan"makin lebar senyuman Amni apabila mengetahui yang dia telah mendapat bayi perempuan.Itulah yang Amni idamkan selama mereka berkahwin.

"Terima kasih sayang sebab bersusah payah melahirkan anak utk abang.Abang sayang awak sampai bila-bila"tutur Izzudin lalu mengucup lembut dahi isterinya.

"Saya pun sayangkan abang sampai bila-bila"bisik Amni tetapi masih boleh didengari oleh Izzudin.Seboleh-bolehnya Amni ingin menuturkan kata-kata demi menjaga hati suaminya namun badannya masih lagi lemah selepas bertarung nyawa melahirkan anaknya dan tidak larat untuk bercakap.Izzudin tersenyum sambil memeluk isterinya erat.

Anugerah Terindah🌹Where stories live. Discover now