Chapter 13

4 2 0
                                        







Sampai di depan pintu lif changmin terus penekan punat lif...setelah pintu lif terbuka, changmin dan yoochun segera masuk

Tingg...

Bunyi pintu lif tertutup.. Masing2 hanya mendiamkan diri..tiba tiba..lif terhenti

Changmin: Kenapa ni??

Yoochun: Cuba ko tekan butang kecemasan..

Changmin hanya menurut, berkali kali Changmin menekan butang kecemasan namun lif langsung tak bergerak..sejurus itu lampu termati

Yoochun: Aduhh..lampu mati plak..

Changmin: Hyung!!

Yoochun dan Changmin mengeluarkan handphonenya untuk mendapatkan cahaya

Semasa Changmin menyuluh lampu handphone ke arah yoochun..Changmin terperanjat, ada satu lembagah berdiri di belakang Yoochun..automatic badan Changmin jadi kaku

Yoochun: Changmin kenapa ni!!

Yoochun memegang bahu Changmin dan cuba menggoncang badan Changmin, namun Changmin masih kaku dan seluruh badanya menggigil ketakutan

Perlahan lahan Yoochun menoleh ke arah belakang..
sejurus matanya menoleh dan melihat lembagah tersebut dunianya terus hitam..Yoochun pengsan tak sedarkan diri

" Yoochunnn...'Akhirnya Changmin berjaya mengeluarkan suara, setelah melihat Yoochun jatuh pengsan

Lembagah tersebut berjalan mendekati Changmin yang masih berdiri kaku..
" Yoochun hyungggg!!!!

Lembagah tersebut beralih melihat Yoochun yang tak sedarkan diri..perlahan lahan lembagah tersebut menundukkan kepalanya

" Andweeeee....' jerit Changmin bila lembagah tersebut cuba mendekati Yoochun.

Sejurus tu pintu lif terbuka, Changmin jadi jatuh kebelakang kerana tadi dia berdiri di depan pintu lif..
Setelah Changmin terduduk di luar lif, pintu lif tersebut terus tertutup semula..lembagah tersebut masih berdiri di depan Yoochun..

Changmin bingkas bangun dari duduknya..tapi malang pintu lif dah pun tertutup rapat

Changmin: Hyungg!!!

Changmin jadi gelisa memikirkan Yoochun yang bersama lembagah tersebut.
Di capai handphonenya lalu mendail nombor Yunho

Di sebabkan panggilanya tak berangkat Changmin mengambil laluan tangga untuk naik ke atas..tergesa gesa Changmin menaiki anak tangga

Semasa di beberapa anak tangga tiba2 kakinya tersadung menyebabkan dia terjatuh..'Aduhh...changmin memegang kakinya yang tersadung

Sejurus tu matanya terus membulat..lembagah tadi yang berada dalam lif berada di depan matanya sambil merangkak mendekatinya

" Tolonggg!!! Changmin menjerit sambil mengesok badanya diri
belakang..

Semakin dekat lembagah tersebut mendekatinya.. Changmin tak mampu nak berbuat apa apa..akhirnya Changmin pengsan di lorong tangga


                     *******

Junsu berjalan beriringan bersama Hara

Junsu: Hara! Terima kasihlah bawa saya kenal kenal kawasan ni..

Hara: Sama sama, takde hallah..biasa je..

Junsu: Jom..balik dah lewat malam ni..mesti kawan2 saya risau, dahlah saya tertinggal fone kat rumah.

Hara: Jom

Junsu dan Hara terus berjalan pulang..sampai di depan lif apartmen Junsu menekan punat lif..tapi lif tak terbuka berkali kali Junsu menekan punat lif

Junsu: Kenapa ni! Takkan lif rosak pulak..

Hara: Alah..lif memang biasa rosak..maklumlah dah lama
Kita naik tangga jelah

Junsu mengangguk lalu mengikuti langkah Hara..

Junsu: Huhh..penatnya😰

Hara: Haha..awak baru naik tangga kejap dah penat.. takde stamina lah awak ni

Junsu: Hey..cakap tu baik baik sikit tau, saya ni pemain bola tau..

Hara: Yeke..habis tu kenapa lembik sangat

Junsu: Heyy😠

Hampir sampai di tingkat 13 Junsu dan hara terhenti menaiki tangga kerana ternampak seseorang yang pengsan di anak tangga

Junsu: Changminnn!!!!

Meletus nama tu di mulut junsu..kemudian junsu dan hara berjalan ke arah Changmin..yang terbaring tak sedarkan diri









The Haunted 13th FloorTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang