Kelas 6 LightsaberSepanjang kelas harini Minnie terus menerus memerhatikan Jimin. Jimin yang perasan akan hal itu tidak memandang Minnie kerana takut akan ternampak masa depan Minnie
Jimin memandang sahaja ke arah papan hitam yang berada di depannya. Untuk seketika tiba-tiba dia terkejut , tanpa membuang masa terus Jimin pergi ke depan . Cikgu yeoja yang sedang mengajar itu jadi terkejut sama juga dengan pelajar yang lain
" Kamu kenapa ni Jimin !! " marah Cikgu itu kerana Jimin tiba-tiba sahaja memeluknya dari belakang
Jimin tidak mengendahkan kata-kata itu kerana dia tahu apa yang akan berlaku nanti
'Ppanggg !!! ' satu tamparan kena Pada pipi Jimin dan itu membuatkan Minnie dan pelajar yang lain terkejut
" Kamu jangan kurang ajar dengan saya !! " kata cikgu itu . Jimin memegang pipinya yang kena tampar lantas dia tanggalkan kot baju sekolahnya dan diikat pada pinggang cikgu itu
Jimin menundukkan kepala lantas dia keluar dari kelas itu. Baru sahaja cikgu itu ingin menahan tiba-tiba skirtnya terkoyak nasib baiklah Jimin mengikat kot tadi dipinggangnya
Cikgu itu terpinga-pinga dan bersyukur sebab masih ada kot itu sebagai pelindung. Minnie berdiri lalu berlari keluar
" Hey ! Park Minnie ! kamu hendak kemana !? " tanya cikgu itu .Minnie memandang ke arahnya
" nak kejar Jimin ! " jawabnya lantas melajukan lariannya . Semua pelajar sudah terkejut dengan jawapannya
Di taman belakang sekolah~
Jimin mula duduk pada kerusi yang ada di taman tersebut. Pipinya yang ditampar tadi dia belek . sakit itulah yang dirasanya
" Haish..Aku nak tolong je.." kata Jimin dengan perlahan
" Sakit ? " tegur Minnie yang kini berada di depannya. Sapu tangan bergambar Exo dicapai lalu disuakan pada Jimin
" Emm sakit..sikit je... " balas Jimin lalu mengambil sapu tangan itu
" Boleh saya duduk ? " tanya Minnie dan Jimin mengangguk. Minnie mula duduk di sebelah Jimin dengan perlahan
Suasana kelihatan sangat kekok kerana cengkerik meminta izin lalu disebelah mereka. Minnie yang sedari hal itu terus menghalau cengkerik pergi xD
" Emm..Jimin ! " panggil Minnie , Jimin tidak memandangnya
" Haiyaa pandanglah saya.." ucap Minnie , Jimin pon memandangnya dengan pandangan kau-nak-apa
" Awakk.....Erhh hah ! ada kuasa en ! " kata Minnie penuh semangatnya .
" Yea. " jawah Jimin pendek sahaja dan terus cengkerik lalu membuatkan Minnie geram teramat
" Hey awak tak suka kuasa tu ke ? " soal Minnie menghilangkan cengkerik
" Kuasa ? kuasa yang menyusahkan ni ? weyh Minnie..Sebab kuasa ni lah aku sunyi...Aku tak mintak kuasa macam ni...Aku tak perlukan kuasa ni . Aku terseksa...Kau takkan faham perasaan aku...Aku tak ingin kuasa untuk mendengar isi hati orang...Aku tak nak kuasa untuk melihat masa silam dan masa depan orang ! "
kata Jimin dengan panjang lebarnya. Air mata mengalir dari tubir mata namja milik Jimin. Sayu sahaja suara Jimin kedengaran. Minnie yang berasa simpati terus memeluk Jimin bagi menenangkannya. Jimin tersentak dengan kelakuan Minnie
" Ka..Kau tak takut ke kalau aku baca isi hati dan fikiran kau...? " soal Jimin pada Minnie yang mengeratkan pelukannya
" Tak. Sebab saya nak jadi kawan awak. "kata Minnie

ANDA SEDANG MEMBACA
Park Jimin - PJM
Roman d'amourDengan sekali sentuhan dia dapat membaca hati dan fikiran orang lain. Dengan sekali pandangan dia dapat melihat masa silam dan masa depan orang lain Dialah Park Jimin. Disebabkan hal tersebut dia keseorangan. Disebabkan hal itu dia tidak mempunyai k...