" Jadi, kawan saya tidak boleh keluar dari sini lagi ke doktor? " soalnya. Doktor dihadapannya mengangguk perlahan.
" Dia terkurung disini pun sudah tidak terkawal, apatah lagi diluar sana. Bebas. Awak sanggup ke jaga emosi dia? " soal doktor itu, kening kanannya terangkat. Lelaki berumur dalam lingkungan 20-an itu mengeluh kecil dan tunduk sejenak.
" Saya faham, Jimin. Tapi saya tak boleh bantu melainkan memantau dia sepanjang masa disini. Dia tidak boleh dibebaskan kalau emosinya sudah berada ditahap yang teruk. " Jimin mengigit bibir bawahnya dan mengangukk perlahan.
" Tidak mengapa la. Asalkan saya datang melawatnya sudah cukup. Boleh saya jumpa dia sebentar doktor? "
" T-tapi Jim- "
" Jangan risau. Saya tahu kawal dia. Dia kawan saya. " Jimin mengukir senyuman yakin.
▷
▷
▷
Pintu tahanan itu dibuka dan Jimin menolak perlahan pintu tersebut. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk ditepi dinding. Wajahnya agak muram dan tidak gembira.
Jimin melangkah kearahnya perlahan dan menegur lembut.
" Yoongi hyung? Jimin ada kat sini. Hyung sihat? Kenapa muram? "
Yoongi mengangkat mukanya dan wajah Jimin dipandang kosong. Kepalanya digeleng perlahan dan menunduk semula.
Jimin menghembus nafasnya dan duduk disebelah Yoongi. Bahu Yoongi disentuh lembut.
" Hyung rindu y/n? " soal Jimin. Yoongi hanya diam sambil merenung kaki pucatnya. Langsung tidak mahu berkata apa apa.
" Hyung? "
" Kalau y/n nampak hyung macam ni, mesti dia sedih tahu? Senyumlah sikit. " pujuk Jimin. Namun Yoongi sikit pun tidak mendengar kata Jimin. Dia menunduk dan kedengaran bunyi esakan darinya.
" Ehh hyung.. J-jangan nangis.. Hyungg! " Jimin mulai gelabah apabila melihat Yoongi mula menangis.
" A-aku rindu dia sangat, Jimin. Aku nak jumpa dia. " kata Yoongi serak. Dipandang Jimin disebelahnya.
" Ta-tapi "
" AKU NAK JUMPA DIA!!! " jeritan Yoongi membuat Jimin tergamam. Yoongi mencengkam leher baju Jimin dan memandangnya tajam. Air mata usah dikatakan, memang sudah menitik keatas muka Jimin.
" AKU RINDU Y/N.. TOLONG AKU JIMIN.. TOLONG BAWA AKU JUMPA DIA.. TOLONG.. " rintih Yoongi. Jimin mula menelan air liurnya.
Yoongi melepaskan cengkamannya dengan kasar dan berdiri. Direnung Jimin yang mula bangun dan berdiri dihadapannya.
" Tapi hyung.. Y/n d-- "
" Tapi apa Jimin? Y/n kenapa!? Kau tak nak tolong aku kan? " Yoongi mula memegang bahu Jimin kuat. Jimin mengetap bibirnya dan air matanya turut turun.
" Aku tak boleh.. "
" KENAPA!!?? SALAH KAH AKU NAK JUMPA Y/N?? SAL-- "
" Y/N DAH MATI, YOONGI!!! DIA DAH MATI SEMINGGU LEPAS!! "
" A-APA KAU MEREPEK NI JIMIN!!! JANGAN MAIN MAIN!! BAWA AKU JUMPA ADIK KAU...! " Yoongi merintih kuat dihadapan Jimin. Jimin menarik nafasnya perlahan dan hembusnya.
" Lepas sebulan kau kat sini, satu khabar berita pasal kau pun y/n tak pernah tahu! Dan aku tak sanggup bagitahu kau ada kat sini! Aku kesian tengok dia, Yoongi. Macam patung bodoh je dia cari kau. Dia cari kau merata tempat. Dia tak pernah putus asa cari kau, Yoongi. Dia ada kata kat aku.. Dia ada jumpa kau. Jadi dia kejar kau dan dia menangis. Dia menangis sebab dia kata kau tinggalkan dia. Sampai beberapa hari, aku jumpa dia terbaring atas lantai. Tak bergerak, tak bernafas! Gambar kau dia genggam dan muka pucat! Dia mati keseorangan, Yoon! Aku tak boleh buat apa apa lagi masa tu! Jadi macam mana aku nak bawa kau jumpa dia? Kalau dia dah tiada didunia ni lagi? Apa yang aku perlu buat lagi, Yoongi!?? " Jimin menolak tubuh Yoongi.
Yoongi menyandarkan badannya ke dinding, dia memukul dadanya kuat. Jeritan demi jeritan dikeluarkan sekuatnya. Tangisan meruangi bilik tersebut.
" Aku dah gagal jaga y/n.. Aku dah gagal penuhi permintaan kau Yoongi.. "
kata Jimin kecil. Dia memandang tempat lain. Dia tidak sanggup melihat Yoongi yang sudah tidak terkawal emosinya. Perlahan lahan, Jimin membuka langkah dan memeluk tubuh Yoongi.
" Sudahlah hyung.. Perkara tu dah berlalu.. Aku lagi rasa sakitnya,.. Sudahlah.. "
" Aku nak y/n, Jimin.. Aku nak dia.. Tsk.. Tsk.. Y/n, mianhae.. " rintih Yoongi. Habis dadanya dipukul pukul seolah olah dirinya yang bersalah.
▷
▷
▷
Bunga diletakkan diatas kubur tersebut. Yoongi mengusap nama yang terukir di batu itu.
" Saya seksa awak kan? Mianhae.. Saya yang tak suruh Jimin bagitahu yang saya kena tahan kat hospital. Lepas saya tahu saya ni ada sakit, saya jadi tak keruan. Nak bagitahu awak tapi saya tak suka tengok awak risau saya. Lagipun saya memang ada penyakit emosi yang tinggi dari kecil, haha. So funny, right? Saya cepat menangis, cepat ketawa, cepat marah, dan kadangkala nak cederakan diri sendiri pun ada. Cuma saya tak tunjukkan depan awak sebab saya tak nak awak benci saya jadi saya simpan. Mianhae.. Saya betul betul menyesal sebab tak bagitahu hal ni. " air matanya mula turun menitik keatas kubur y/n.
" Saya rindu semua tentang diri awak. Rindu sangat. Tapi sekejap je saya dapat tengok kan? Sayang sekali. Tak apa, nanti bila masa saya dah tiba.. Kita boleh berjumpa bukan? " Yoongi mengusap batu yang terukir nama y/n seolah olah dia sedang mengusap wajah y/n.
" Awak tidak akan keseorangan nanti. Tunggu saya, y/n. Saya janji saya akan datang jumpa awak disana. Saya janji. "
-
-
▷ The end.. Ahaha what the kind of this ending ? Hayaaaaa.. Kurang idea lmao ahahaha. Oklah bai bai.. Jumpa lagi ya!! 💋💋 Annyeong ~~

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Lonely || myg
Short Story" I'm alone now.. How could you leave me? You such a bad boy, my dear :) But, I'll forgive u . Its OK. " ∞ Complete ✔ Created: 19/12/16 Start: 22/12/16 End: 13/03/17