(i)

236 20 41
                                    

Chan

Kepulan wap keluar daripada mulut setiap kali aku menghembus nafas. Suhu purata pada malam hari adalah -16° Celcius, namun aku kini menginap di kawasan berhutan, suhu jatuh kepada beberapa darjah celcius.

Okay... sekarang bukan masanya untuk belajar Geografi.

Setiap kali cuti musim sejuk, menjadi suatu kemestian bagi aku sekeluarga untuk melawat rumah persinggahan atuk. Aku sukakan suasana sekitar kerana rumah ini terletak di dalam hutan dan jauh daripada bandar. Sedikit sebanyak menenangkan jiwa budak berumur 19 macam aku ni.

Malam selalunya tiada aktiviti yang kami sekeluarga lakukan, masing-masing aktif pada siang hari sahaja. Malam semua tergolek, takpun bertapa depan unggun api.

Aku menghayati suasana hutan yang pokoknya hanya tinggal ranting dan dahan daripada jendela bilikku yang diterangi dengan siraman cahaya bulan. Sambil-sambil itu juga, aku merenung hamparan langit yang ditaburi berjuta-juta bintang ibarat gula yang tumpah ke atas kanvas hitam.

Ya Chan, sekarang bukan juga masa untuk aku bermetafora dan hiperbola.

Sedang aku asyik menghayati kecantikan alam, aku terlihat satu cahaya berekor meluncur di dada langit dengan kelajuan yang tinggi. Pada mulanya aku fikirkan tahi bintang, jadi aku pun berura-ura mahu menutup mata dan meminta hajat.

Aku masih percaya dengan mitos ini, ada masalah?

Sebelum aku menutup mata, aku hairan kerana tahi bintang tersebut tidak menghilang, malah semakin dekat dengan tanah.

Kehairanan aku menjadi ketakutan. Tunggu sekejap... bintang tu nak terhempas dekat sini ke!?

Oh my God, dunia dah nak kiamat!?

Pang!

Aku menampar pipiku kuat. Merepek kau ni Chan.

Akhirnya, tahi bintang (adakah ia masih dikatakan tahi bintang?) tersebut mendarat di tengah-tengah hutan, tidak terlalu jauh daripada rumah penginapan atuk. Tempat benda alah yang aku tak tahu jatuh tadi bercahaya putih kebiruan, menarik perhatian aku.

"Patut ke aku check?" Aku menggumam perlahan. Malam sudah hampir larut, tapi aku tak kisah heh.

Aku segera mencapai baju panas yang tersangkut di balik pintu dan keluar dari bilik. Aku membuka pintu belakang secara perlahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Hatiku lega kerana dapat keluar tanpa sebarang masalah.

Sejuknya kawasan ni sehingga membuatkan aku terketar lutut semasa berjalan. Kawasan yang bercahaya akibat bintang jatuh itu masih agak jauh, jadi aku harap aku tak jatuh pengsan akibat kesejukan.

Semakin lama, aku semakin hampir dengan kawasan bintang jatuh itu. Pelik? Aku tidak rasa sebarang haba atau suhu yang melampau panasnya seperti yang aku belajar dalam subjek Sains.

Bintang biru paling panas, bintang kuning sederhana, bintang merah- okay cukup.

Di saat aku mengintai di sebalik batang pokok, aku lihat satu figura bercahaya sedang duduk di atas salji. Cahayanya biru malap dan keputihan.

"Cantiknya..." tanpa sedar aku berbisik saat melihat cahaya yang lembut itu.

Dan aku tak sangka figura bercahaya itu dengar. Dia bingkas bangun dari duduknya dan berpaling pandang ke arah tempat aku mengintai.

Aku segera menyorok di sebalik batang pokok dengan harapan makhluk tu tak perasan.

"Siapa tu? Saya nampak awak." Si bintang bertanya.

Aku panggil si bintanglah senang.

Aku masih tak mahu keluar, macam mana kalau dia ambil jasad aku sebab dia nak jadi manusia? Aku muda lagi nak mati. Banyak benda aku nak buat.

"Saya tak berbahaya, keluarlah." Si bintang berkata lagi.

No, Chan, jangan. Kau tak tahu helah bintang asing. Aku mengingatkan diri sendiri. Tapi sambil duduk terkumat-kamit menahan diri, kaki aku dengan suka hati kepala lutut dia khianat aku.

Aku melangkah keluar dari tempat menyorok tanpa rela dengan mata terkatup rapat. Takut.

"Oh? Seorang manusia? Saya Saerilium, selamat berkenalan." Si bintang menyapa aku ramah sambil menghulurkan tangannya.

Dia ada tangan? Okay...

Aku membuka mata sedikit. Si bintang yang bernama Saerilium yang aku sangkakan bermuka alien ini sebenarnya tidaklah pelik sangat rupanya. Dia kelihatan seperti susuk seorang perempuan, mukanya pun seperti manusia.

Ni bintang ke puteri alien?

Tanpa aku sedar, tangan aku menyambut salamnya.

"Saya Chan, selamat berkenalan."

jatuhWhere stories live. Discover now