(iii)

126 12 34
                                    

Seperti semalam, aku duduk termenung lagi di tingkap bilik, seolah-olah mengharap sebarang bintang akan jatuh lagi ke be bumi malam ini.

Tapi, of course la tak ada kan?

Keluhan lega aku lepaskan, terasa beban yang selama ini aku pikul sudah terlepas, aku mula belajar untuk menghargai orang di sekeliling aku sebab aku tahu, tanpa mereka aku bukan sesiapa dalam dunia ni.

Siapa yang ketuk pintu aku pagi tadi, korang tanya?

Ibu aku la, hehe.

"Kamu marah noona kamu, ya?"

Aku memuncungkan bibir dan mengangkat bahu. Ibu pula memandang tak puas hati.

"Kamu ni, tak baik buat noona macam tu." Ibu memulakan nasihat yang sudah penat aku dengar. Tapi aku tak pernah melawan kata ibu walaupun hati aku meronta-ronta nak balas balik.

See? Aku budak baik kan?

Chan nugu aegiiiii? Jeonghan- eomma's aegi. Yeah.. eomma. Jeonghan nugu?

"Eomma dah tak tau nak buat apa lagi.. haih.." keluhan ibu berjaya menarik perhatian aku kali ini. Selalunya ibu akan terus membebel suruh aku dan Seol jernihkan hubungan.

"Kalau kamu nak tahu, tujuan eomma dengan appa bawa kamu dan Seol ke sini tiap-tiap tahun sebab kami nak kamu berdua luangkan masa sama-sama. Tapi.. entahlah. Keadaan tak seperti yang kami mahu."

Buat pertama kali dalam hidup, aku rasa bersalah dengan ibu. Selama ni aku boleh dikatakan menjadi anak kebanggaan ibu dengan abah.

"Kalau macam ni setiap tahun, sampai kami mati pun tak dapat tengok kalian berdua berbaik. Kamu tahu bukan yang Seol hanya dapat cuti dari universiti pada musim sejuk sahaja? Semuanya gara-gara aktiviti tahunan keluarga kita ke sini. Bukan mudah untuk mohon pengecualian khas sebegini, Chan. Jadi kamu kena hargai masa yang ada ni sebaik-baiknya." Ibu menyambung.

Aku masih duduk diam tanpa memberi sebarang respon.

Ibu menepuk bahu aku perlahan sebelum bangkit dari duduknya. "Hargai orang sekeliling kamu sebelum mereka tiada, Chan. Hidup ini singkat." Nasihat ibu buat kali terakhir.

Entah bagaimana, aku teringat ayat Saerilium.

"Kadang-kala orang sekeliling awak yang tanpa awak sedar itulah akan menjadi orang yang paaaling penting dalam hidup awak. Hargai setiap orang yang berada dekat dengan awak, ya?"

"Chan?"

Aku segera memalingkan muka ke arah ibu yang sedang berdiri di muka pintu. "Nae, eomma?"

"Eomma pasti kamu pernah terfikir kamu ni anak angkat, kan?"

Aku sentap seketika. Aku tak tahu pula ibu pandai baca fikiran orang?

"Eomma dengan appa ingat nak rahsiakan perkara ini sampai bila-bila, tetapi nampaknya kamu kena tahu juga." Ibu menipiskan bibir, kelihatan teragak-agak untuk meneruskan ayat seterusnya.

"Apa eomma.. cakap ni?"

Ibu memandang lantai sambil menghela nafas dalam-dalam dan dihembusnya perlahan.

"Kalian bukan adik-beradik kandung."

Aku tercengang.

"Jangan risau, kamu anak kandung eomma dengan appa. Apapun.. tolong berbaik dengan Seol noona, okay?" Ibu tersenyum singkat sebelum menutup pintu bilik.

Kenapa? Kenapa baru.. sekarang?

Kalau aku anak kandung, maknanya..

Seol kakak angkat aku?

jatuhWhere stories live. Discover now