"Weh,kau tengok Fatin tuh,lawa kan dia."Kata Naz.
" Fatin mana?Kan kelas kita ada dua orang yang namanya Fatin."
"Fatin Ariana tu lah."kata Naz.
"Ouh."malas aku nak layan
"Weh,pandanglah dia"desak Naz.
"Yelah-yelah," "Ya Allah,sudah dua tahun aku kelas dengan dia,baru aku perasan ada bidadari dalam kelas ni."
"Betul tak apa aku cakap.dah lah,baik kita siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi."kata Naz.
Aku termenung melihat keayuan raut wajah si Fatin.Tiba-tiba Fatin perasan yang Aku sedang merenung wajahnya.Mata Aku secara automatik mengubah pandanganya kerana berasa malu.Aku terus buat kerja sekolah yang cikgu bagi
" Alif,jom balik...loceng dah bunyi tu"
"Kau balik lah dulu,aku ada hal sikit"
"ok lah,aku balik dulu"
Aku kemas beg lepastu bersihkan kelas yang bersepah. Aku pergi ke kantin sebab nak beli sebotol air mineral.Dahaga sangat.Aku minumlah seteguk dua sebab haus sambil jalan.Pappp....
"Opss....maaf..maaf saya tak perasan..biar saya ganti air awak"
"Ishh dia ni....takpe tak"
"maaf,maaf." Tanpa henti dia minta maaf
Aku terpesona dengan kecantikan seorang gadis ni.wajahnya sangat cantik.kulitnya putih melepak.Air mineral Aku habis tumpah tetapi tidak dapat mengalahkan hati aku yang telah tumpah ke pemilik hati yang bernama Fatin Ariana.
"Nah air ni"
"apa ni,kan saya kata takpe"
"Takpelah awak ambil,lagipun kan awak penat kemas kelas tadi"
"macam mana awak tahu?"
"Saya nampak tadi waktu nak ke kelas ambil barang saya yang tertinggal,saya tengok kelas bersih lepas awak tinggalkan"
"Oh,tak perasan pulak awak ada" muka aku dah merah dah
"patutlah setiap hari bersih je kelas kita."
"Mana ada bersih,biasa je"
"Maaflah,saya nak balik dulu"
"Kejap,kejap"
"kenapa?"
"Awak ada tetinggal something ni"
"Saya tertinggal apa?"
"Awak tertinggal hati awak kat saya."
"Ish awak ni,ada-ada jelah.Bye."
"hati-hati ya"
Tak pernah lagi aku rasa perasaan begini.Mungkin inikah yang dikatakan cinta.
"Hoi Alif,bila kau nak balik,mengelamun je kerja."tegur Wak Mad pak guard sekolah
"Nak balik dah ni pak samad"
Barulah aku boleh balik dengan tenang.Tapi betullah Allah kata,kita buat baik dibalas baik.Tak menyesal kemas kelas,dapat borak dengan Fatin cantik tu.Terima kasih ya Allah..
YOU ARE READING
Jodoh Nak Kemana
Teen FictionCerita ni mungkin banyak tertangguh.....tapi bersabarlah